MP Bachok: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status kemajuan pembinaan lebuhraya baru Kuala Lipis-Gua Musang. Berapakah jumlah kenderaan yang melalui jalan sedia ada dan jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

2. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah langkah yang diambil oleh kementerian dalam mengatasi kejadian hakisan pantai dan tebing sungai khususnya di negeri Kelantan yang semakin teruk.

3. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pendekatan pihak kementerian dalam menyediakan keselesaan kepada penjawat awam yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga ahli keluarga yang sakit. Adakah pihak kementerian bercadang untuk mempertimbangkan skim cuti khas bagi tujuan tersebut.

4. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kes kemalangan maut yang berpunca daripada keadaan Jalan Persekutuan yang rosak dan nyatakan jumlah kilometer Jalan Persekutuan di negeri Kelantan yang rosak dan serta kos pembaikiannya.

5. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah telaga petroleum berserta nama-nama telaga tersebut dan berapakah jumlah pengeluaran setiap telaga yang berada di kawasan perkongsian sempadan Thailand dengan Kelantan.

6. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pampasan pengambilan tanah yang dibayar oleh Petronas kepada penduduk di Kerteh dan Pengerang bagi pembinaan zon perindustrian petroleum.

7. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh diluluskan, tarikh mula dan tarikh dijangka siap projek pembinaan Hospital Bachok. Apakah kesan buruk kepada rakyat akibat kelewatan pembinaan tersebut.

8. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kaedah atau sumber ekonomi yang boleh dijana oleh bekas bekas penanam tembakau selepas tanaman tersebut sudah tidak menjadi keutamaan oleh kerajaan.

9. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan di mana tapak pelupusan sisa radioaktif Lynas akan ditempatkan. Lebih-lebih lagi, apabila Nicholas Curtis, pengerusi Syarikat Lynas berkata tidak ada peruntukan untuk membawa sisa-sisa Lynas ke luar negara sebelum ini.

10. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peratus ubatan yang digunakan di hospital menggunakan ubatan generik (generic) Adakah pihak kerajaan sedar keberkesananya kurang memuaskan.

Pertanyaan Jawab Bertulis
1. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut tahap pengajian. Apakah usaha kukuh kerajaan dalam melahirkan OKU berpendidikan tinggi.

2. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah bangunan surgical Hospital USM yang sepatutnya siap dalam RMK9 dapat dimulakan pembinaan? Mengapa bangunan trauma Hospital USM masih belum dapat digunakan lagi walaupun bangunan sudah siap?

3. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menjelaskan tentang masalah kekurangan mesin radioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk kegunaan rawatan pesakit di Kelantan serta negeri Pantai Timur dan untuk kegunaan pengajaran peringkat Sarjana. Apakah usaha pihak kerajaan dalam menangani kekurangan peralatan peralatan utama lain yang sangat penting

4. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah surat pertukaran guru yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke 13 mengikut jajahan.

5. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pendirian kerajaan terhadap kehadiran ramai anak muda pelbagai kaum dalam Himpunan BlackOut 505. Apakah langkah kerajaan dalam menyuburkan nilai demokrasi di kalangan anak muda.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: