MP Kota Bharu: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KE-13 PADA 24 JUN – 18 JULAI 2013

SOALAN JAWAPAN LISAN:
1) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan Persekutuan melaksanakan Konsep Federalisma dalam pentadbirannya dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri khususnya berdasarkan peruntukan Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan dan bagaimanakah ia dilaksanakan?

2) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan Pusat bercadang membenarkan Kerajaan-Kerajaan Negeri melantik Penasihat Undang-Undang Negeri tersendiri bagi mengelakkan percanggahan kepentingan (conflict of interest) terutama apabila berlakunya sesuatu tuntutan Mahkamah antara Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan atau sebaliknya?

3) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan masih berhasrat mengekalkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPPK) yang telah diwujudkan sejak Kerajaan Negeri Kelantan diambil alih pemerintahannya oleh PAS daripada Barisan Nasional pada tahun 1990, walaupun pada hakikatnya ia bercanggah dengan amalan demokrasi mahupun dari sudut Sistem Tadbir Urus yang baik?

4) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah Kerajaan Persekutuan mengambil langkah untuk menjadi ‘Pencelah’ (Intervenor) dalam kes Saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas yang menuntut tunggakan Royalti Minyak di Mahkamah, sedangkan Kerajaan Persekutuan bukanlah satu pihak dalam Perjanjian Antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan yang ditandatangani olek kedua-duanya pada tahun 1975?

5) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan akan terus membenarkan parti-parti politik tertentu menggunakan bangunan, dewan mahupun padang sekolah-sekolah untuk kegiatan politik yang dibuat atas nama jawatan dalam Kerajaan, umpamanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar dan seumpamanya, dan apakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membenarkan kegiatan politik yang sama dianjurkan di situ oleh parti-parti Pembangkang?

6) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah jumlah dan bagaimanakah Kaedah Agihan Peruntukan untuk Galakan/Promosi Pelancongan dan Aktiviti Pelancongan untuk Negeri Kelantan bagi tahun 2008 hingga 2013?

7) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan kenapakah Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan Kompleks Kebudayaan Negeri Kelantan yang terletak di atas Tanah Kerajaan Negeri di Tanjong Chat, Kota Bharu, sedangkan persefahaman awalnya kompleks tersebut adalah untuk “Guna Sama” bagi segala kegiatan kebudayaan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri?

8) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta MENTERI MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan akan membuat suatu ‘master plan’ perparitan bagi seluruh bandar di Negeri Kelantan, terutama Bandar Kota Bharu, bagi mengelakkan berlakunya banjir atau banjir kilat semasa musim hujan?

9) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta MENTERI KERJARAYA menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan Benteng Tebatan Banjir di Tebing Sungai Golok (sebelah Malaysia) di Rantau Panjang bagi mengelakkan bencana banjir yang saban tahun melanda negara ini, khususnya di Negeri Kelantan?

10) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu FAM bagi meningkatkan mutu bolasepak negara sekarang ini yang kini menduduki ‘ranking’ FIFA melebihi tangga ke-100 dunia, sedangkan di suatu masa dahulu Malaysia adalah antara Gergasi Bolasepak terutamanya di Benua Asia, malahan pernah dua kali melayakkan diri dalam acara bolasepak di Temasya Sukan Olimpik?

Pertanyaan Jawab Lisan
11) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu membendung gejala rasuah yang diterajui oleh‘bookies’ dalam arena sukan terutamanya bolasepak di negara ini, yang mana ini bukan sahaja menjejaskan mutu bolasepak negara malahan boleh menjejaskan imej negara terutama dari segi Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index) ?

12) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk mewujudkan semula Sekolah Aliran Inggeris dalam Sistem Pendidikan Negara sebagai salah satu langkah mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar sekarang ini?

13) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk mewujudkan suatu institusi atau Pusat Latihan Pembantu Rumah bagi melatih rakyat tempatan dengan menetapkan pula Gaji Minima Pembantu Rumah daripada mengharapkan tenaga asing yang agak membebankan pihak yang memerlukan perkhidmatan mereka?

14) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan Skim Usahawan Tani kepada para belia dengan memberikan latihan secukupnya untuk mereka mengusahakan Tanah-tanah Kerajaan dalam semua aspek pertanian termasuk penternakan, dan kemudiannya Kerajaan menyediakan kemudahan pemasaran produk-produk tersebut di pasaran dalam mahupun luar negara?

15) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan Integrasi dan Perpaduan Nasional di kalangan penduduk berbagai kaum dan agama agar rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman, hormat menghormati di antara satu sama lain, tanpa sebarang prasangka, rasa irihati dan dendam seterusnya mewujudkan sebuah negara yang menjamin Keadilan, Keamanan dan Kesamarataan (justice, peace and equality) di kalangan semua rakyatnya?

16) DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] Minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan ada melaksanakan Projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dan juga Skim Perumahan Rakyat1 Malaysia (PRIMA) di Negeri Kelantan sejak tahun 1990 hingga kini, jika ada mohon disenaraikan projek-projek tersebut mengikut Jajahan/Daerah di Kelantan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: