MP Kuala Nerus: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada usahawan tani luar bandar dan apakah ia patuh syariah.

2. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Menteri Kerjaya menyatakan kos terkini dan faktor kelewatan menyiapkan Lebuhraya Pantai Timur 2

3. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Perdana Menteri menyatakan statistik jenayah minum arak, judi, bunuh, rompak, zina dan khalwat mengikut negeri dari tahun 2009 hingga 2012

4. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Perdana Menteri menyatakan kadar kemiskinan berdasarkan kaum/bangsa dan negeri mulai 2008 hingga kini.

5. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Perdana Menteri menyatakan prosedur pengambilan tanah untuk pembangunan.

6. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjelaskan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang membekalkan air di negeri-negeri dalam tempoh 2008 hingga 2012

7. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan adakah pihak kerajaan bercadang untuk menyediakan peluang pemasaran dengan kos rendah bagi para petani

8. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha-usaha yang telah diambil untuk mengawal peningkatan harga rumah kediaman di kawasan bandar

9. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Perdana Menteri menyatakan sejauhmana kejayaan dan kegagalan projek-projek pelaburan zakat oleh institusi zakat di Malaysia.

10. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Perdana Menteri menyatakan adakah terdapat kajian khusus antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri untuk menyekat kebebasan murtad.

Pertanyaan Jawab Bertulis
1. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perkembangan terkini cadangan untuk menaik taraf Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil kepada Suruhanjaya Penyelarasan dan Penyeragaman Undang-Undang Syariah.

2. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Perdana Menteri menyatakan sejauhmana usaha yang telah dilakukan untuk memartabatkan skim perkhidmatan hal ehwal Islam

3. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Perdana Menteri menyatakan adakah cadangan untuk mewujudkan Dewan Pentadbiran Islam telah direalisasikan

4. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Perdana Menteri menyatakan respon dan tindakan kerajaan untuk mengadaptasi Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Dalam Islam (CDHRI) pada tahun 1990 di Kaherah dalam konteks demokrasi di Malaysia

5. Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta Perdana Menteri menyatakan sejauhmana fatwa-fatwa yang diwarta telah dikuatkuasakan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: