MP Pokok Sena: Soalan dan Usul Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan perbelanjaan pilihanraya umum ke13 dan berapakah peruntukan kewangan yang telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal serta namakan syarikat pembekal dakwat kekal.

2. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kontrak yang berasaskan Risk Service Contract (RSC) yang dikeluar dan diluluskan oleh Petronas dan senaraikan nama syarikat tempatan mengikut pecahan bumiputera dan bukan bumiputera yang telah dianugerahkan kontrak tersebut.

3. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan rancangan terkini penstrukturan dan penyemakan semula dasar industri besi dan keluli serta apakah cadangan dan saranan oleh Boston Consulting Group iaitu konsultan yang dilantik oleh kerajaan(MITI) untuk melaksanakan kajian semakan tersebut.

4. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Pengangkutan menyatakan hasil rumusan dan cadangan dari kajian keatas Projek High Speed Rail (Projek HSR) yang telah disiapkan oleh Mickensey & company konsultan yang dilantik oleh kerajaan, nyatakan kos pembanggunan, jarak, jajaran, masa perjalanan, kelajuan purata serta teknologi dan sistem keretapi berkelajuan tinggi yang bakal digunakan.

5. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sejauhmana proses perundingan yang telah diikuti Malaysia untuk menandatangani TPPA yang dijangka akan disempurnakan di Brunei Oktober 2013 telah dibincang diperingkat Kabinet. Sejauhmana kajian telah dibuat untuk mengenalpasti untung rugi TPPA ini jika Malaysia menandatanganinya.

6. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bagaimana kerajaan menjustifikasikan pemberian kelulusan lebuhraya-lebuhraya baru sebelum PRU 13 yang bakal dilaksanakan secara model pengswastaan (bertol) seperti Lebuhraya Pantai Barat dan East Valley Expressway yang konsesinya memerlukan pinjaman sokongan kerajaan (govermment soft loan) yang bernilai ratusan juta ringggit dengan kadar faedah yang rendah dari pinjaman kormersil.

7. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah pembaharuan yang dilakukan terhadap perlaksanaan program beras nasional gred ST15%.

8. Dato ‘Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Pengangkutan menyatakan statistik kemalangan di 14 lokasi AES sebelum 22 september 2012 dan selepas AES dikuatkuasakan bermula 22 September 2012.

9. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Kerja Raya menyatakan Proses penganuggerahan projek kerja baik pulih dan menaiktaraf kuarters di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Nyatakan berapakah harga, nama kontraktor dan cara pemilihan kontraktor.

10. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Perdana Menteri menyatakan prosedur dan syarat syarat pemilihan calon bagi jawatan KSN dan KSU kementerian.

Pertanyaan Jawab bertulis.
1. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah unit/lot saham FGVH Bhd yang diperuntukan kepada institusi-institusi bumiputra dan namakan institusi tersebut serta berapakah jumlah yang diberikan kepada Pengerusi dan lembaga pengarah Felda dan FGVH Bhd. Nyatakan mengikut jawatan.

2. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pendatang tanpa izin dan pendatang yang sah masih berada di Malaysia mengikut negeri.

3. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan mengikut pecahan jumlah unit dan kategori 1 juta rumah mampu milik yang dijanjikan dalam manefesto PRU 13 mengikut negeri.

4. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan
a. jenis kursus dan latihan dibawah kementerian belia dan sukan untuk Pembanggunan belia serta perbelanjaan dari setiap program sejak Tahun 1999.
b. Nyatakan jumlah belia yang menyertai program tersebut.

5. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] mohon Menteri Dalam negeri menyatakan jumlah pelajar pelajar sekolah yang terlibat dengan kes jenayah dari tahun 1999.nytakan mengikut negeri dan jenis kes.

Usul – Usul
1. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] mohon mencadangkan:
“Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini mengambil tindakkan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengurusi serta anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah melakukan penipuan dalam PRU 13 dengan menggunakan dakwat kekal yang tidak kekal dan menjadikan PRU13 sebagai tidak bersih.”

2. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] mohon mencadangkan:
“Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini memansuh dan membatalkan perlaksanaan dan operasi AES yang jelas hanya menguntungkan syarikat konsesi dan tidak menyelesai serta tidak mengurangkan kadar kemalangan dinegara Malaysia.”

3. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] mohon mencadangkan:
“Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini memansuh dan membatalkan pinjaman pendidikkan PTPTN dan menyediakan pendidikan tinggi yang percuma untuk rakyat Malaysia.pemansuhan PTPTN akan mengelak dari masyarakat Malaysia dari beban hutang yang berpanjangan.”

4. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] mohon mencadangkan:
“Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini memastikan Rang Undang Undang GST mesti ditolak,kerana GST akan menambah beban hidup rakyat.perlaksanaan GST nanti adalah satu kezaliman pada rakyat Malaysia yang majoratinya berpendapatan rendah dan sederhana.”

5. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] mohon mencadangkan:
“Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini mengutuk sekeras kerasnya kenyataan-kenyataan berbau perkauman yang dikeluarkan oleh pimpinan parti politik dan media perkauman UMNO/BN seperti menyatakan keputusan pru13 adalah tsunami politik Cina dan ‘apa lagi Cina Mau’ adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan bertentangan dengan amalan demokrasi.”

6. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] mohon mencadangkan:
“Bahawa Parlimen yang bersidang pada hari ini meminta Kerajaan menurunkan harga minyak Ron 95 dari RM1.90 kepada RM1.40 bagi meringankan bebanan hidup rakyat dan dan membolehkan lebihan pendapatan dalam poket serta mengujudkan pendapatan boleh guna rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: