MP Shah Alam: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Kerja Raya menyatakan status pembinaan Hospital Shah Alam serta berapakah kos keseluruhannya setelah ditender kembali?

2) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Kerja Raya menyatakan status pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam serta berapakah nilai kontraknya dan jumlah bilik darjahnya?

3) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Kewangan menyatakan samada pihak kerajaan akan laksana GST dan sekira ya, bila?

4) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah sikap kerajaan Persekutuan terhadap pembelian dakwat kekal yang jelas tidak kekal dan memaklumkan siapa pembekal dan berapakah kosnya?

5) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah sikap kerajaan Persekutuan terhadap peranan SPR dalam soal menentukan daftar pengundi yang bersih?

6) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah kerakyatan baru yang diberikan dalam tempoh 3 tahun lepas berbanding dengan 3 tahun sebelumnya dari mana negeri asal mereka?

7) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Perdana Menteri menyatakan samada kerajaan bersedia untuk membentuk sebuah Suruhanjaya Penyiasatan Di Raja (RCI) berhubung PRU ke 13 kerana ramai rakyat tidak berpuas-hati akan ketelusannya?

8) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Kewangan menyatakan samada kerajaan bersedia untuk memansuhan Tol di Batu Tiga dan Sungei Rasah?

9) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan samada kerajaan Persekutuan akan membenarkan pengambil alihan SYABAS oleh kerajaan Negeri Selangor atau sebaliknya?

10) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Pendidikan menyatakan status projek Hub Pendidikan di Pagoh yang telah dilancarkan pada 2012 ia itu konsepnya, siapa kontraktor yang dilantik dan berapakah kos pembinaannya?

Pertanyaan Jawab Bertulis
11) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Kewangan menyatakan bila dan bagaimana penurunan harga kereta akan dilakukan?

12) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan samada kerajaan merancang untuk menstruktur kembali industri penjanaan letrik untuk membenarkan persaingan yang sihat?

13) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Luar menyatakan apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan Pusat dalam usaha menghentikan pembantaian ummat Islam di Myanmar dan penindasan gerakan Islam di Bangladesh?

14) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] Minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah Hutang Negara pada 31hb Disember 2012 dan bayaran bulanan berhubungnya?

15) Tuan Khalid Abdul Samad [ Shah Alam ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah orang yang telah meninggal dunia dalam tahanan Polis sepanjang tempoh 2012 dan 2013 mengikut keturunan/bangsa.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: