MP Temerloh: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Nasrudin bin Hassan (Temerloh) minta Menteri Pendidikan menyatakan statistik enrolmen kanak-kanak pra sekolah di kawasan pendalaman dan luar bandar

2. Tuan Nasrudin bin Hassan (Temerloh) minta Menteri Pendidikan menyatakan cabaran utama bagi mencapai sasaran Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) pada tahun 2012

3. Tuan Nasrudin bin Hassan (Temerloh) minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah inisiatif-inisiatif baru dan unik yang telah diperkenalkan oleh Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2012 dalam meningkatkan kualiti kurikulum kepada para pelajar

4. Tuan Nasrudin bin Hassan (Temerloh) minta Menteri Pendidikan menyatakan bila pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Berchang, Kuala Lipis akan dimulakan

5. Tuan Nasrudin bin Hassan (Temerloh) minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Janda Baik

6. Tuan Nasrudin bin Hassan (Temerloh) minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah bidang-bidang kurikulum terbaru yang telah diperkenalkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam sejak tahun 2010 hingga 2012

7. Tuan Nasrudin bin Hassan (Temerloh) minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan yang akan dilakukan terhadap bekas tapak pembinaan Universiti Teknologi MARA di Kuala Lipis setelah ia dipindahkan ke Raub

8. Tuan Nasrudin bin Hassan (Temerloh) minta Menteri Pendidikan menyatakan peratus tenaga kerja berpendidikan tertiari di Malaysia bagi tempoh 2010 hingga 2012

9. Tuan Nasrudin bin Hassan (Temerloh) minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah justifikasi Majlis Perundingan Gaji Negara menentapkan perintah gaji minimum sebanyak RM 900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia manakala RM 800 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

10. Tuan Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah mekanisme yang telah dilakukan bagi menangani masalah mobiliti kemasukan pekerja-pekerja asing ke dalam pasaran buruh negara

Pertanyaan Jawab Bertulis
1. Tuan Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta Menteri Pendidikan minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan misi utama pihak kerajaan dalam merencana Pelan Transformasi Sekolah Pendalaman Sabah dan Sarawak

2. Tuan Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tahap pencapaian Pusat Transformasi Komuniti Universiti dalam menjayakan peranannya sebagai pemberi khidmat kepada masyarakat

3. Tuan Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta Menteri Pendidikan menyatakan bagaimana sambutan pihak universiti terhadap projek Bank Harta Intelek IPT (Idea Interchange and Connection Bank)

4. Tuan Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta Menteri Pendidikan menyatakan selain daripada moratorium ke atas penubuhan IPTS baharu, apakah langkah dan hasil yang telah dicapai bagi menangani masalah kualiti perkhidmatan dan prestasi IPTS

5. Tuan Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah inisiatif-inisiatif yang telah ditawarkan oleh kerajaan kepada pihak NGO dan sektor korporat untuk berkolaborasi dalam program 1AZAM

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: