Nasrudin Hassan [ PAS Temerloh ] Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013

Dewan Rakyat 15 Julai 2013

PAS Temerloh Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013

b. USUL-USUL DAN RANG UNDANG-UNDANG BACAAN KALI KEDUA
1. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“BAHAWASANYA, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula beberapa Kementerian berkuat kuasa 16 Mei 2013 seperti berikut :
(a) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan dengan Kementerian Pelajaran yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan;
(b) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi berkaitan kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipindahkan ke Kementerian Pelancongan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan
(c) Fungsi-fungsi dan agensi-agensi kesejahteraan bandar di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang kini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

DAN BAHAWASANYA-
(i) perbelanjaan pengurusan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian yang disusun semula itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2013 [Akta A1446];
(ii) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementeriankementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];
(iii) perbelanjaan pmbangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan Kementerian-kementerian yang disusun semula telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukaan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013;
(iv) amaun yang belum dibelanjakan yang berhubungan dengan Kementerian-kementerian yang peruntukan untuknya perlu dikurangkan itu telah disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406];
(v) bagi Kementerian-kementerian yang disusun semula itu, perlu dibuat penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunannya berikutan dengan penyusunan semula fungsifungsinya; dan
(vi) menurut Peraturan Majlis Mesyuarat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri, MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DEWAN INI, membuat ketetapan seperti berikut:

1. Berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus-
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima bilion lapan ratus tiga puluh enam juta sembilan ratus tujuh puluh lima ribu sembilan ratus empat puluh tujuh ringgit (RM5,836,975,947) di bawah Maksud B.49 Kementerian Pengajian Tinggi kepada Maksud B.41 Kementerian Pendidikan;
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus empat puluh dua juta tiga ratus tujuh belas ribu seratus dua puluh tiga ringgit (RM242,317,123) di bawah Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Maksud B.31 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi tujuh juta enam ratus lima puluh empat ribu lapan ratus tiga puluh empat ringgit (RM7,654,834) di bawah Maksud B.32 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kepada Maksud B.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan-
(a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion sembilan ratus tujuh puluh lima juta seratus tujuh puluh satu ribu tiga ratus tujuh puluh satu ringgit (RM1,975,171,371) di bawah Maksud P.49 Kementerian Pengajian Tinggi kepada Maksud P.41 Kementerian Pendidikan;
(b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam puluh empat juta tiga ratus empat puluh ribu lapan ratus enam puluh ringgit (RM64,340,860) di bawah Maksud P.32 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kepada Maksud P.43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan
(c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima puluh tujuh juta tiga puluh ribu tiga ratus lapan puluh lima ringgit (RM57,030,385) di bawah Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Maksud P.31 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.”

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: