Kecoh!! Usul Gantung Tugas MP PKR Padang serai 6 bulan tanpa siasatan

Dewan Rakyat 14 November 2013 – Usul Gantung Tugas MP PKR Padang serai 6 bulan tanpa siasatan

[yutube=http://www.youtube.com/watch?v=iNsAVBAiApk]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
BAHAWA pada Selasa,12 November 2013, Yang Berhormat N. Surendran, Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai telah mengeluarkan suatu kenyataan semasa sidang media di lobi Parlimen yang telah disiarkan di dalam beberapa media. Kenyataan itu merupakan satu tuduhan ke atas Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana menolak usul Yang Berhormat berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) pada 12 November 2013. Tuduhan itu menyatakan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat antara lain memberikan fakta yang “complete and utter lies” (fakta yang tidak benar) dan Yang Berhormat Padang Serai juga membuat tuduhan bahawa Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah “Speaker yang bias”.

DAN BAHAWA tuduhan-tuduhan itu adalah merupakan satu penghinaan kepada Tuan Yang di-Pertua yang menjalankan tugas sebagai Pengerusi Dewan ini dan demikian bererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat N. Surendran, Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam (6) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: