GST: Kos RM365 juta telah dibelanjakan

PERTANYAAN LISAN DIJAWAB BERTULIS
DARIPADA : Y.B. TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD [SHAH ALAM]
TARIKH : 18 MAC 2014 [SELASA]
SOALAN : 44
Minta Menteri Kewangan menyatakan kos kempen dan iklan GST sehingga pelaksanaannya.

pc shah alam 24 mac 14

JAWAPAN :
Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program kesedaran dan latihan GST telah dijalankan semenjak tahun 2010 kepada tiga golongan sasaran iaitu pengguna, peniaga dan jabatan Kerajaan. Program penerangan GST kepada pelajar-pelajar sekolah, IPTA, dan IPTS serta penduduk kampong juga turut dilaksanakan. Sehingga 28 Februari 2014, sebanyak 4,967 program telah dijalankan dan dihadiri oleh 271,288 orang.

Bagi golongan yang merupakan kumpulan kritikal dalam pelaksanaan GST, Kerajaan telah merangka dan sedang menjalankan program-program taklimat dan latihan melalui tiga kaedah iaitu samada dianjurkan sendiri oleh pihak Kerajaan atau pihak Swasta ataupun secara bersama oleh Kerajaan dan pihak swasta.

Bagi aktiviti publisiti, pelbagai saluran media telah dijalankan seperti di akhbar arus perdana, televisyen, radio, dan billboard serta melalui media sosial seperti blogspot, laman web, twitter, dan facebook.

Tuan Yang Di-Pertua,
Perbelanjaan yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan termasuk :
i. RM98 juta bagi sistem perkomputeran GST yang telah siap dibangunkan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (tahun 2013/2014);
ii. RM150 juta penyediaan perisian perakaunan bersubsidi kepada PKS yang sedang diuruskan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (RM125 juta : 2014 : RM25 juta : 2015). Perisian ini akan dikendalikan oleh 55 syarikat yang dipilih oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia;
iii. RM100 juta bagi geran latihan kepada peniaga yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan (RM50 juta : 2013 ; RM50 juta : 2014); dan
iv. RM 17 juta bagi program publisiti melalui pelbagai saluran media seperti di akhbar arus perdana, televisyen, radio, dan billboard serta melalui media sosial iaitu blogspot, laman web, twitter, dan Facebook yang diuruskan oleh Kementeriaan Kewangan (2012-2014)

Berkenaan kos pelaksanaan GST di Negara-negara lain, kos sebenar yang berbangkit adalah berbeza dan tidak didedah melalui terbitan rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: