Langkah meredakan Ketegangan Agama

PERTANYAAN LISAN DIJAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [MARANG]
TARIKH : 12 MAC 2014 [RABU]
SOALAN : 33
Yang Berhormat Dato’ Seri Abdul Hadi Bin Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan melalui Kementerian-kementerian berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri sendiri untuk meredakan ketegangan agama dan kaum yang semakin hari semkain memuncak mutakhir ini.

JAWAPAN :
Tan Sri Yang Di-Pertua
(Pertanyaan ini dijawab bersekali dengan Pertanyaan Lisan pada 19 Mac 2014 yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Nibong Tebal).
Bagi meningkatkan persefahaman dan perpaduan di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di Negara ini, kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menubuhkan Jawatankuasa Mempromiskan Persefahaman dan Keharmonian di Antara penganut Agama (JKMPKA) sejak 9 Februari 2010.

Berpandukan kepada perlembagaan Persekutuan dan semangat keterangkuman (inclusiveness) mengikut gagasan 1Malaysia, ianya berfungsi sebagai satu mekanisme untuk berdialog, berunding dan menyelesaikan isu-isu antara penganut agama. Empat (4) jawatankuasa kerja diwujudkan untuk memupuk persefahaman terhadap isu-isu antara penganut agama, menggalakkan aktiviti-aktiviti bersama, mengadakan mediasi antara penganut-penganut agama dan menganjurkan acara bersama kerajaan dan pemimpin masyarakat

Di samping mesyuarat dan forum formal melalui JKMPKA, pertubuhan-pertubuhan dan pemimpin-pemimpin agama juga mengambil inisiatif sendiri untuk menganjurkan dan menyertai pelbagai forum, dialog, sesi perbincangan meja bulat (RTD) dan kegiatan bersama dan galakan dengan bantuan JPNIN. Antara pertubuhan-pertubuhan yang aktif dan sering terlibat termasuklah Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism & Taoism (MCCBCHST), Interfaith Spiritual Fellowship (INSAF), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Islamic Information Services (IIS), Malaysia Inter-Faith Network, Global Peace Foundation dan Cheng Ho Multi Cultural & Education Trust.

Maka jelaslah bahawa hubungan di antara kaum untuk tujuan mengekal dan mengukuhkan kedamaian di antara agama di Malaysia adalah melalui proses pergaulan, perbincangan dan penyertaan dalam pelbagai forum, dialog, perbincagan dan aktiviti bersama yuang bermakna. Ianya memerlukan semangat keterangkuman (inclusiveness), sikap positif dan terbuka, serta pendekatan membina daru semua pihak mengikut Gagasan 1 Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: