Usul 18 – ISU KEBANJIRAN PENDATANG ASING DI SABAH – KERAJAAN DIMINTA BENTANG LAPORAN SIASATAN DIRAJA

Tarikh: 24 November 2014

Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.

Kepada

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia
Yang Di Pertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur,

YB Tan Sri,
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1) dan (2)

Usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) dan (2). Dengan ini diberi notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

ISU KEBANJIRAN PENDATANG ASING DI SABAH – KERAJAAN DIMINTA BENTANG LAPORAN SIASATAN DIRAJA

Bahawa saya, Mohamed Hanipa bin Maidin, Ahli Parlimen Sepang memohon dewan yang mulia ini menangguhkan majlis permesyuaratan di bawah Peratutan 18 (1) Peraturan Mesyuarat bagi tujuan membincangkan keperluan Kerajaan membentangkan di dewan yang mulia ini laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Di Raja mengenai isu kebanjiran pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan di mana ia yang ditubuhkan pada 21 September 2012

Tan Sri Yang Di Pertua,
Suruhanjaya tersebut telah memanggil seramai 211 saksi termasuk mantan Perdan Menteri, Tun Mahathir Mohamed sebelum penutupan inkuiri pada bulan September 2013. Suruhanjaya telah pada bulan Mei 2014 menyerahkan laporan lengkap inkuiri tersebut kepada Yang DiPertuan Agong dan Perdana Menteri namun sehingga kini laporan tersebut tidak dibentangkan ke dewan yang mulia ini atau kepada pihak awam

Memandangkan Perdana Menteri telah dilaporkan berkata Kerajaan akan hanya membentangkan laporan inkuiri tersebut pada awal Disember 2014 maka Parlimen yang akan berakhir sidangnya pada 27 November 2014 akan dinafikan pembentangan laporan tersebut sekaligus ini merupakan satu penafian yang jelas dan ketara hak ahli ahli Parlimen untuk membincangkan dan berbahas mengenai laporan tersebut.

Saya percaya isu mengenai keperluan pembentangan laporan Suruhanjaya ini di Parlimen bagi tujuan dibahas oleh dewan yang mulia ini adalah isu yang begitu spesifik dan berkepentingan ramai kerana segala kos perbelanjaan penubuhan dan penyiasatan Suruhanjaya Di Raja tersebut adalah melibatkan dana awam dan isu pemberian kad pengenalan kepada mereka yang tidak layak menjadi warganegara juga melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Isu ini juga wajar dan amat perlu disegerakan perbincangannya di dewan yang mulia ini kerana jika laporan tersebut tidak dibentangkan sebelum 27 November 2014 di dewan ini maka dewan yang mulia ini akan dinafikan pembentangan satu laporan penting sekaligus menafikan ahli ahli Parlimen untuk membahaskan laporan tersebut di dewan yang mulia ini.

Saya memohon untuk mencadangkan.

Sekian,

Yang benar,

Mohamed Hanipa Maidin
Ahli Dewan Rakyat, Sepang

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: