MP Bachok: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status kemajuan pembinaan lebuhraya baru Kuala Lipis-Gua Musang. Berapakah jumlah kenderaan yang melalui jalan sedia ada dan jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

2. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah langkah yang diambil oleh kementerian dalam mengatasi kejadian hakisan pantai dan tebing sungai khususnya di negeri Kelantan yang semakin teruk.

3. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pendekatan pihak kementerian dalam menyediakan keselesaan kepada penjawat awam yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga ahli keluarga yang sakit. Adakah pihak kementerian bercadang untuk mempertimbangkan skim cuti khas bagi tujuan tersebut.

4. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kes kemalangan maut yang berpunca daripada keadaan Jalan Persekutuan yang rosak dan nyatakan jumlah kilometer Jalan Persekutuan di negeri Kelantan yang rosak dan serta kos pembaikiannya.

5. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah telaga petroleum berserta nama-nama telaga tersebut dan berapakah jumlah pengeluaran setiap telaga yang berada di kawasan perkongsian sempadan Thailand dengan Kelantan.

6. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pampasan pengambilan tanah yang dibayar oleh Petronas kepada penduduk di Kerteh dan Pengerang bagi pembinaan zon perindustrian petroleum.

7. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh diluluskan, tarikh mula dan tarikh dijangka siap projek pembinaan Hospital Bachok. Apakah kesan buruk kepada rakyat akibat kelewatan pembinaan tersebut.

8. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kaedah atau sumber ekonomi yang boleh dijana oleh bekas bekas penanam tembakau selepas tanaman tersebut sudah tidak menjadi keutamaan oleh kerajaan.

9. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan di mana tapak pelupusan sisa radioaktif Lynas akan ditempatkan. Lebih-lebih lagi, apabila Nicholas Curtis, pengerusi Syarikat Lynas berkata tidak ada peruntukan untuk membawa sisa-sisa Lynas ke luar negara sebelum ini.

10. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peratus ubatan yang digunakan di hospital menggunakan ubatan generik (generic) Adakah pihak kerajaan sedar keberkesananya kurang memuaskan.

Pertanyaan Jawab Bertulis
1. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut tahap pengajian. Apakah usaha kukuh kerajaan dalam melahirkan OKU berpendidikan tinggi.

2. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah bangunan surgical Hospital USM yang sepatutnya siap dalam RMK9 dapat dimulakan pembinaan? Mengapa bangunan trauma Hospital USM masih belum dapat digunakan lagi walaupun bangunan sudah siap?

3. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menjelaskan tentang masalah kekurangan mesin radioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk kegunaan rawatan pesakit di Kelantan serta negeri Pantai Timur dan untuk kegunaan pengajaran peringkat Sarjana. Apakah usaha pihak kerajaan dalam menangani kekurangan peralatan peralatan utama lain yang sangat penting

4. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah surat pertukaran guru yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke 13 mengikut jajahan.

5. Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pendirian kerajaan terhadap kehadiran ramai anak muda pelbagai kaum dalam Himpunan BlackOut 505. Apakah langkah kerajaan dalam menyuburkan nilai demokrasi di kalangan anak muda.

Advertisements

Faktor penyumbang kepada kemalangan jalanraya

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 35
DARIPADA : TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA [BACHOK]
TARIKH : 27 OKTOBER 2009 2066

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci faktor-faktor penyebab jumlah kematian nahas jalan raya dalam Ops Sikap yang diadakan ketika sambutan Aidilfitri 2009 baru-baru ini.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, PDRM telah mengenalpasti sebanyak 377 sektor `hot spots’ Ops Sikap di mana kemalangan kerap berlaku. Sebanyak 17,335 kes kemalangan telah direkodkan sepanjang Ops Sikap Ke-20. Jumlah kematian yang dicatat ialah seramai 265 orang. Angka kematian ini didapati meningkat sebanyak 57 kes iaitu kira-kira 27% lebih tinggi berbanding dengan tahun 2008.

Tuan Yang Dipertua,
Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada nahas jalan raya semasa Ops Sikap perayaan Aidilfitri. Antaranya seperti:

i) Peningkatan jumlah kenderaan baru sebanyak 862,136 (4.9%) dari 17,530,988 buah pada kenderaan pada tahun 2008 kepada 18,393,124 buah pada tahun 2009. Pada musim perayaan Aidilfitri tahun 2009 sahaja, lebih 2 juta kenderaan menggunakan jalan-jalan lebuhraya berbanding 1.5 juta kenderaan pada tahun 2008. Angka ini jauh lebih tinggi lagi di jalan-jalan persekutuan dan di jalan-jalan negeri. Pertambahan jumlah kenderaan tersebut adalah tidak seimbang dengan proses pembangunan jalan-jalan bagi tujuan menampung pertambahan tersebut.

ii) Selain itu, sikap pemandu sendiri di jalan raya turut dikenalpasti menjadi penyumbang utama kepada berlakunya kemalangan jalan raya. Antaranya kes-kes seperti:

5 Kriteria Artis luar negara buat persembahan konsert di Malaysia

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS SOALAN NO : 16
DARIPADA : TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA [BACHOK]
TARIKH : 20 OKTOBER 2009

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kriteria artis-artis luar negara yang dibenarkan untuk mengadakan konsert di Malaysia.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,

Setiap permohonan kemasukan artis luar negara ke Malaysia diluluskan oleh satu Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pusat Penggambaran Filem clan Persembahan Artis Luar Negara (Jawatankuasa PUSPAL) yang bersidang setiap minggu bagi menilai semua permohonan yang diterima.

Semua permohonan berhubung konsert dan untuk membawa masuk artis luar negara perlu mematuhi kriteria berikut:

i. Artis hendaklah berpakaian mengikut kesesuaian jenis persembahan dan bersesuaian dengan budaya masyarakat tempatan.

ii. Artis tidak mempamerkan perlakuan yang ada unsur-unsur lucah dan melakukan perbuatan atau mengeluarkan tuturkata yang bertentangan dengan nilai-nilai serta norma masyarakat tempatan.

iii. Kandungan/lirik lagu-lagu artis hendaklah sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.

iv. Lagu-fagu yang dipersembahkan hendaklah tidak mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan dan membawa kesan negatif kepada muda-mudi.

v. Artis tidak ditaja oleh syarikat minuman keras, jenama rokok dan perjudian.

Pembekuan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia berkuatkuasa serta merta

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS SOALAN NO: 12
DARIPADA: Y.B. TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA
TARIKH: 19 OKTOBER 2009

Y.B. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan punca dan implikasi akibat dari kelewatan keputusan antara Malaysia dan Indonesia mengenai isu pembekuan amah dan kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua,
Pada 25 Jun 2009 Kerajaan Indonesia melalui Kedutaannya di Kuala Lumpur telah membuat pengumuman untuk membekukan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia berkuatkuasa serta merta. Tindakan ini diambil ekoran daripada laporan akhbar tempatan mengenai penderaan ke atas seorang pembantu rumah warga negara Indonesia oleh majikan Malaysia.

Susulan daripada itu, satu pertemuan di antara Menteri Sumber Manusia dengan rakan sejawatnya dari Indonesia telah diadakan pada 6 Julai 2009 di Putrajaya bagi membincangkan dan menyelesaikan isu berkaitan. Telah dipersetujui bahawa mesyuarat 1 Jawatankuasa Kerja antara dua negara perlu diadakan bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan.

Kementerian ini berharap isu ini dapat diselesaikan dalam suasana yang kondusif. Di samping itu delegasi Malaysia akan memastikan kepentingan negara tidak akan dikompromi dalam mencapai sebarang keputusan.

Sehubungan itu, adalah ditegaskan bahawa proses perbincangan ini akan mengambil kira kebajikan dan keperluan majikan tempatan supaya mereka tidak dibebankan dengan kos yang berlebihan dikenakan oleh agen di Malaysia dan juga di Indonesia.

Di samping itu, sebagai tindakan alternatif, Kerajaan akan memberi penumpuan kepada negara sumber lain untuk mendapatkan pembantu rumah. Pada masa kini, negara sedang mendapatkan pembantu rumah daripada negara-negara seperti Indonesia, Filipina, India, Thailand, Sri Langka, Kambodia dan Laos.

MP PAS Bachok dikejarkan ke IJN selepas mengadu sakit dada

Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa, 47, dikejarkan ke IJN selepas mengadu sakit dada kepada Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar yang duduk bersebelahan dengannya semasa sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat yang kemudiannya membawa ke Klinik Parlimen yang berada tidak jauh dari Dewan Parlimen.

Selepas melakukan rawatan ECG di Klinik Parlimen, beliau terus dikejarkan ke IJN sebentar tadi.

Apakah kesan bila Ekonomi tidak bergantung kepada AS/ Eropah

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 10 November 2009

Apakah kesan bila Ekonomi tidak bergantung kepada AS/ Eropah – Soalan tambahan MP PAS Bachok kepada soalan asal No. 7. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kedudukan pengaliran Foreign Direct Investments (FDI) yang masuk ke dalam dan yang keluar dari ekonomi Malaysia dalam tempoh setahun yang lepas. Dalam masa yang sama, sila nyatakan saiz dana kepunyaan Malaysia yang dilaburkan di luar negara [ 10 November 2009]

MP PAS Bachok: Kerajaan diminta fikir masalah pelajar ..

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 3 November 2009

Soalan tambahan MP PAS Bachok kepada soalan asal No. 9. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah pihak Kementerian dapat mempertimbangkan untuk menambah kemudahan asrama di kawasan sekolah luar bandar di kawasan Parlimen Sibuti seperti di sekolah luar bandar Miri iaitu Sekolah Menengah Suai dan Sekolah Menengah Bekenu. [3 November 2009]