MP PAS Bachok: Apakah justifikasi KPT mempengaruhi GLC memilih Universiti/Kolej

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 26 oktober 2009

Soalan tambahan MP PAS Bachok kepada soalan asal 3. Datuk Azalina binti Dato’ Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah institusi pengajian tinggi swasta yang telah mendapat kelulusan Lembaga Akreditasi Negara dan kaedah pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian. [26 Okt. 2009]

Bajet 2010: Rakyat didahulukan, apa dia?

Sidang media

Komen Pimpinan Pakatan Rakyat kepada bajet 2010 – Sidang media Ketua Pembangkan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR Permatang Pauh), Lim guan Eng (DAP Bagan) dan Nasharudin Mat Isa (PAS Bachok) di Lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2009.

Komen Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar [PAS Pokok Sena]

Komen Naib Presiden PAS, Salhuddin Ayub [PAS Kubang Kerian]

MP PAS Bachok ingin tahu jumlah Kes Penipuan Agensi Jemaah Haji

Sesi Pertanyaan jawab lisan 21 Oktober 2009

Soalan tambahan MP PAS Bachok kepada soalan asal No. 5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak kuota Haji untuk rakyat Malaysia yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini. [21 Okt. 2009]

MP PAS Bachok: Bahas Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009

Perbahasan Rang undang-Undang 1 Julai 2009

Ucapan 1

Ucapan 2

Gelagat Ahli Parlimen Pasir Mas

Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa membahaskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009 di Dewan Rakyat pada 1 Julai 2009.

MP PAS Bachok: Sesi soalan jawab lisan

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 29 Jun 2009

Soalan tambahan kepada soalan asal No. 1. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan peranan TEKUN, MARA, Bank Rakyat, Bank Pembangunan dalam usaha merealisasikan agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) termasuk mewujudkan 150, 000 usahawan Bumiputera dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Memandang berat pembinaan generasi muda akan datang – MP PAS Bachok

Perbahasan Rang Undang-Undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008:

MP PAS Bachok: Manfaatkan ‘intellectual property’ Tongkat Ali di pasaran antarabangsa

19 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Nasharudin Mat. Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan tentang intellectual property terhadap bahan-bahan pertanian, tanaman yang dihasilkan daripada negara kita.

Sejauh manakah ia telah benar-benar dapat kita manfaatkan intellectual property ini supaya tidak bahan yang dihasilkan daripada negara kita yang sekarang ini memasuki pasaran antarabangsa. Seperti maklumat yang ada pada saya adalah yang paling popular sekarang ini adalah Tongkat Ali contohnya, benar-benar dapat ia kita yang bermanfaat, kita yang mempunyai manfaat daripada bahan-bahan tersebut supaya tidak mudah terjual kepada orang lain.

Maklumat saya juga sekurang-kurangnya pihak kementerian melalui agensi FAMA telah menggariskan tiga jenama ataupun lambang sebagai tanda pengesahan kualiti dan keselamatan makanan hasil pertanian Malaysia supaya mampu bersaing di peringkat Malaysia dan juga antarabangsa. Tiga jenama tersebut adalah;
(i) Malaysia’s Best; (ii) Olimas; dan (iii) AgroMas.
Jadi saya ingin mendapat penjelasan terhadap tiga perkara tersebut, terima kasih.
Teruskan membaca

MP PAS Bachok: Kenapa Projek LCCT tidak dibentangkan di Parlimen?

12 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkaitan dengan lapangan terbang. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian tentang projek LCCT yang akan dibangunkan yang sudah pun disebut secara umum dua hari lepas bahawa tempat itu sudah dikenal pasti, katanya berhampiran dengan bangunan KLIA yang sedia ada.

Akan tetapi kenapa ianya tidak dibentangkan di dalam Parlimen ini untuk kita Ahli-ahli Dewan Rakyat mendapat maklumat lebih awal daripada projek tersebut dan keduanya saya ingin tahu tentang bangunan yang dahulunya Terminal Tiga di Subang.

Kalau kita lihat dari segi ubahsuainya sudah begitu hebat, begitu cantik, designnya begitu hebat luar dan dalam. Apakah projek yang ada dalam perancangan kerajaan untuk membangunkan atau untuk menjadikan apa airport ini ataupun lapangan terbang tersebut, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya soalan itu soalan baru kerana pertamanya tidak berkaitan. Soalan itu adalah mengenai lapangan terbang…
Tuan Yang di-Pertua: Saya setuju Yang Berhormat, tidak payah jawab.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Jadi kalau Yang Berhormat Bachok ingin tanya soalan, sila kemukakan soalan di Parlimen ini.

Soalan asal No. 5 – Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan Sibu merupakan bandar yang kedua terbesar di negeri Sarawak tetapi Lapangan Terbang Sibu jauh ketinggalan berbanding dengan Lapangan Terbang Kuching, Miri dan Bintulu:-
(a) bagaimanakah perkembangan projek pemanjangan terminal; dan
(b) bilakah projek ini akan dilaksanakan.

MP PAS Bachok: Kesal dengan kenyataan Menteri mengenai Perhimpunan membantah PPSMI

10 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya sebelum soalan tambahan saya, saya ingin mewakili rakan-rakan di sini ingin menyatakan kekesalan kami terhadap kenyataan Menteri Pelajaran yang menyebut bahawa parti pembangkang mendalangi perhimpunan…

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Memang betul pun
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Memang betul pun.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: …Di Istana Negara pada hari Sabtu lepas. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri tentang kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Saya bacakan di sini keratan akhbar, Isnin, 9 Mac, Berita Harian, “Kerajaan disaran mencontohi sekolah aliran Cina yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran
Sains dan Matematik di sekolah rendah sebelum bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dua subjek itu pada peringkat menengah.” Kenyataan ini dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri di Bachok semalam.

Jadi adakah kenyataan ini akan diambil kira dan mengakibatkan kementerian mengkaji semula dasar PPSMI? Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat. Kata orang, siapa yang makan cili, dia terasa pedas… [Disampuk] Kalau tidak makan, rasa tidak pedaslah itu. Yang kedua, saya rasa Yang Berhormat mengatakan kenyataan daripada Menteri Luar Negeri.

Sebenarnya setiap Ahli Kabinet mempunyai pandangan yang berlainan. Kalaulah perkara ini dibawa ke Jemaah Menteri, satu keputusan kolektif akan dibuat berdasarkan kepada pendapatpendapat yang mungkin berlainan dan akhirnya sampai kita dapat mencapai satu rumusan. Jadi saya rasa kalau Yang Berhormat hendak tanya mungkin kena Yang Berhormat Menteri Luar
Negeri sendiri. Saya tidak mempunyai posisi untuk menjawab atau mengulas apa yang telah dikatakan oleh menteri tersebut. Terima kasih.

Soalan asal No. 5 – Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar Bumiputera yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil di seluruh negara pada tahun 2006, 2007 dan 2008

MP PAS Bachok: Ingin tahu kos latihan kepada pekerja luar?

4 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Sumber Manusia menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sehubungan dengan pekerja asing dan kaitannya juga dengan
latihan.

Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan tentang laporan media baru-baru ini yang semua media menggunakan perkataan majlis graduasi beberapa orang tenaga kerja daripada luar yang semuanya dari negeri India yang terdiri daripada golongan artis, golongan-golongan agama yang telah diberikan satu pendedahan semacam orientasi induksi, pendedahan terhadap budaya dan keadaan di Malaysia sebelum mereka masuk ke dalam pasaran. Ini yang saya baca dalam media.

Saya ingin tahu sudah tentulah program yang sebegini melibatkan kos latihan kepada pekerja luar yang tadi kalau untuk anak tempatannya, retrenchment fund masih lagi sedang didebatkan.

Unemployment benefit kalau dilihat daripada jawapan Menteri tadi tidak akan diadakan tetapi kenapa kos yang sebegini boleh dibuat kepada tenaga pekerja luar, diberikan mereka pendedahan tentang budaya negara sebelum mereka masuk ke dalam pasaran kerja dan persoalan saya satu lagi adalah adakah program begini akan diperpanjangkan kepada semua pekerja luar yang hendak masuk bekerja di pasaran tempatan supaya mereka dapat didedahkan dahulu tentang budaya dan sebagainya supaya tidak timbul macam di Johor barubaru, pekerja makan anjing, makan kucing. Kepala anjing dibiarkan di taman perumahan hingga menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan. Minta penjelasan.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Menteri, saya minta sekali. Isu pekerja asing. Saya terkejut bilamana paparan akhbar…, minta maaf Tuan Yang di-pertua, minta izin dulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Saya merujuk kepada dua minggu yang lalu akhbar daripada Kosmo mengatakan bahawa hampir 140 pekerja asing berlonggok di Sri Damansara dan bila lawatan dibuat dan sebagainya, siasatan diperincikan, maka syarikat itu telah tampil dan menerangkan penjelasan dalam bentuk daripada perdagangan yang dimaksudkan itu.

Soalan saya ialah, Menteri bicaranya tadi macam seolah-olah pekerjapekerja asing yang kita nak ambil ini telah diberhentikan dalam sektor pembuatan, dalam pelbagai sektor.
Namun yang saya lihat ialah masih ramai lagi yang dilaporkan hadir ke dalam negara ini untuk mencari pekerjaan.

Saya khuatir dan keliru, berapa, tahap mana percentage nya Kementerian Sumber Manusia bersungguh-sungguh untuk mengatakan pekerja asing. Kamu haram masuk ke dalam negara ini ataupun mengambil tindakan kepada syarikat-syarikat yang durjana ini yang masih lagi mengimport atau mengambil orang asing ini. Apa peranan dia ini?
Teruskan membaca