MP PAS Baling: Syarikat Bumiputera sukar bersaing di pasaran terbuka?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [BALING]
TARIKH : 18.10.2012 (RABU)

SOALAN 24 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kerajaan sedar Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) begitu sukar mendapat tempat di pasaran terbuka disebabkan persaingan sengit dengan pelabur-pelabur luar jika sedar, apakah langkah-langkah yang diambil.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan sedar bahawa masih terdapat ketidakseimbangan dalam pegangan ekuiti korporat, pemilikan aset ekonomi dan tahap pendapatan masyarakat Bumiputera sehingga kini. Justeru Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) telah ditubuhkan dan berperanan sebagai sekretariat bagi menerajui, menyelaras dan memacu penyertaan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai bidang inisiatif baru dan sedia ada. Bagi tujuan ini, hala tuju transformasi ekonomi bumiputera telah diperkenalkan dengan memnggariskan langkah dan tindakan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi lebih seimbang.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan bagi pembangunan usahawan Bumiputera, Program syarikat Bumiputera berprestasi tinggi (TERAS) telah diperkenalkan. Syarikat-syarikat yang dikenalpasti mempunyai potensi tinggi akan dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi, sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kerajaan turut sedar persaingan di arena perniagaan dari dalam dan luar negara amatlah sengit terutamanya dikalangan usahawan Bumiputera.Justeru Kerajaan sedang dan akan mengatur langkah untuk mempertingkatkan keupayaan dan daya saing usahawan-usahawan syarikat di bawah Program TERAS.

Ke arah ini, badan-badan Kerajaan (IDO) seperti SIRIM,MDEC,CIDB dan juga EDO seperti SME corp,PUNB dan MARA ditugaskan untuk membangunkan usahawan-usahawan Bumiputera.Dengan ini,harapan Kerajaan adalah supaya syarikat-syarikat TERAS bukan sahaja boleh berdaya saing dalam negara malahan dapat menerusi pasaran antarabangsa.

MP PAS Baling: Silibus dan Pencapaian STAM?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DATO TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [BALING]
TARIKH : 11.10.2012(KHAMIS)
SOALAN 10 : Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian berpuas hati dengan silibus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dilaksanakan serta pencapaian oleh para calon dan apakah rasional bagi calon yang gagal satu daripada 10 subjek keseluruhan dikira gagal dan tidak layak mendapat Sijil STAM.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kurikulum yang merangkumi Sukatan Pelajaran atau Silibus Sijil Tinggi agama Malaysia (STAM) seperti yang dinyatakan adalah kurikulum maahad biith al azhar yang ditetapkan oleh pihak al Azhar dan terkandung dalam perjanjian persefahaman (MoU) yang telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Mesir.

Buat masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) berpuas hati dan kukuh kepada penguasaan Bahasa Arab dan ilmu agama untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Berhubung dengan pencapaian calon dalam pemeriksaan STAM pada 2011 menunjukkan jumlah calon yang lulus meningkat iaitu 9% mumtaz (cemerlang), 12% jayyid jiddan (kepujian), 32% jayyid (baik), dan 17% maqbul (lulus).

Namun begitu, KPM belum berpuas hati dengan penguasaan bahasa arab pelajar jika berdasarkan kepada keputusan ujian kelayakan bahasa arab (UKBA) yang telah dilaksanakan oleh Universiti Al Azhar kepada semua pelajar asing untuk kemasukan tahun pertama university tersebut. Sehubungan dengan itu, KPM akan melaksanakan UKBA di Malaysia serta mengadakan kursus Persediaan UKBA kepada calon-calon STAM.

Untuk makluman ahli yang berhormat,seorang pelajar tidak layak mendapatkan Sijil STAM dan tidak layak memasuki Universiti Al-Azhar sekiranya gagal dalam satu daripada keseluruhan (10) subjek dalam pemeriksaan tersebut. Ini merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Al-Azhar dan terkandung dalam MoU STAM (perkara 5.11). Walau bagaimanapun, calon berkenaan boleh membaiki keputusan STAM mereka dalam pemeriksaan ulangan yang dilaksanakan dalam masa tidak melebihi tiga tahun seperti dalam perkara 5.8 (c) MoU STAM menggunakan sistem Patching dan mereka boleh mendapatkan sijil STAM sekiranya mereka lulus dalam peperiksaan tersebut.

MP PAS Baling: Projek TEKIH perlu Kontraktor Penyelamat?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : Y.B. DATO’ TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [ KAWASAN BALING ]
TARIKH : 09.10.2012
NO. SOALAN : 26 Y.B DATO’ TAIB AZAMUDDEN BIN MAD TAIB minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan projek TEKIH terutama pakej B dengan segmen C dan D dari Pedu ke Sungai Chapar dan Sungai Sok ke Weng Baling, Apakah tempoh 18 bulan yang dijanjikan Kementerian benar-benar dapat dilaksanakan.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Projek membina Jalan durian Burung/Pedu/Gubir/Kupang atau Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) sepanjang 115 kilometer telah dilaksanakan secara berperingkat mulai dari tahun 2005. Projek ini dibahagikan kepada 2 pakej, iaitu pakej A sepanjang 75 kilometer dari durian Burung ke Pedu; dan Pakej B yang terbahagi pula kepada 5 segmen sepanjang 40 kilometer.

Sehingga kini seluruhan pelaksanaan projek tersebut telah disiapkan, kecuali untuk Pakej B. segmen C dan D, iaitu dari Pedu ke Sungai Chapar dan Sungai sok ke Weng sepanjang 16.6 kilometer yang tepaksa ditamat kan dan ditender semula berikutan kegalan kontraktor asal.

Untuk malumat Ahli Yang Berhormat, pada masa kini Jabatan Kerja Raya (JKR) telah selesai melantik kontraktor penyerlamat untuk melaksanakan baki kerja-kerja yang tertinggal untUk kedua-dua segmEn tersebut. Untuk segmen C sepanjang 7.2 kilometer, pihak kontrakor baru sahaja memasuki tapak, iaitu pada 12 September 2012.

Projek dengan harga kontrak semasa sebayak RM 29 juta itu dijangka akan siap pada bulan Mac 2013. Manakala untuk Segman D pula – iaitu sepanjang 9.4 kilometer pihak kontraktor pun telah memasuki tapak mula dari bulan Februari 2012 yang lalu. Projek dengan harga kontrak semasa sebanyak RM36.3 juta itu dijangka akan siap pada bulan Ogos 2013.

Oleh itu berdasarkan kemajuan semasa dia tapak kedua-dua pakej berkenaan dijangka akan dapat disiapkan sebagimana mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh JKR.

Sekian, terima kasih.

Hampir RM45 juta belanja PDRM sepanjang Pilihanraya Kecil 2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 42
DARIPADA : TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [ BALING ]
TARIKH : 29 OKTOBER 2009

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah perbelanjaan PDRM untuk mengawal keselamatan ketika setiap kali pilihan raya kecil di Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang Berlangsung.

JAWAPAN : Tuan Yang Di Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang mengemukakan pertanyaan.

Jumlah perbelanjaan untuk mengawal keselamatan bagi keenamenam kawasan pilihanraya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah RM44.9 juta.

Pecahan terperinci perbelanjaan mengikut kawasan pilihanraya berkenaan adalah seperti berikut:

Pijak Kepala Lembu: YB Sembrong tidak diambil tindakan

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 38
DARIPADA : TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [ BALING ]
TARIKH : 21 OKTOBER 2009

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah sebabnya Menteri bertemu dan melayani sekumpulan orang dari Seksyen 23, Shah Alam selepas mereka itu mengarak dan memijak-mijak kepala lembu yang jelas menghina agama lain yang dilarang oleh Islam seperti yang disebut dalam Surah AI-An’am

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, hasil siasatan pihak polis mendapati laporan polis yang dibuat terhadap Y.B. Sembrong tersebut tidak mengandungi kesalahan jenayah. Oleh yang demikian, ia diklasifikasikan sebagai NOD [No Offence Disclosed] dan tiada siasatan lanjut dijalankan ke atas laporan-laporan tersebut.

Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Y.B. Sembrong berjumpa dengan suspek yang terlibat dalam insiden memijak kepala lembu di Shah Alam tidak boleh dilihat sebagai merestui tindakan kumpulan terbabit.

Sebaliknya, tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah bagi mendapatkan penjelasan terperinci disamping cuba untuk menenangkan keadaan daripada menjadi lebih tegang dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Isu Pegangan ekuiti asing keatas BERNAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN DI JAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 8
DARIPADA : TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB (BALING)
TARIKH : 19 OKTOBER 2009 (ISNIN)

YB TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI Menyatakan adakah Kerajaan sudah berjaya pula dalam hasratnya untuk membeli kembali saham Bernas yang dimiliki oleh syarikat negara asing itu.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua, Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk membeli ekuiti BERNAS selaras dengan dasar penswastaan. Kedudukan terkini pegangan ekuiti BERNAS berakhir 16 Oktober 2009 adalah seperti berikut:

Mengenai isu pegangan ekuiti BERNAS oleh pihak asing iaitu Wang Tak Company Limited (Hong Kong), BERNAS telah mengambil tindakan iaitu pada 28 Ogos 2009, Tradewind (M) Berhad iaitu sebuah syarikat tempatan telah menandatangani perjanjian bersyarat dengan Wang Tak Company Limited untuk mengambil alih 31.5% kepentingan ekuiti BERNAS dengan nilai sebanyak RM308.4 juta.

Pengambilalihan ini walau bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham Tradewind (M) Bhd clan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Pengambilalihan ini dijangka akan dapat dimuktamadkan pada akhir bulan Oktober 2009.

Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan Memorandum. dan Tataurusan Syarikat, Kerajaan Malaysia mempunyai pegangan Saham Khas (Golden Share) di dalam BERNAS yang diwakili oleh Kementerian Kewangan (Diperbadankan). Ini bermakna Kerajaan mempunyai hak-hak istimewa sebagai Pemegang Saham Khas seperti berikut:

Artikel 7(7) Tataurusan Syarikat -Hak Pemegang Saham Khas Untuk Menyemak
Pemegang Saham Khas mempunyai hak untuk menyemak semua polisi, program, projek clan aktivitiaktiviti komersil oleh Syarikat untuk memastikan semua polisi, program, projek clan aktiviti-aktiviti komersil tidak akan menjejaskan kepentingan nasional clan keselamatan negara.

Artikel 7(8) – Kuasa Pemegang Saham Khas untuk veto resolusi
Pemegang Saham Khas mempunyai kuasa veto ke atas sebarang resolusi Lembaga Pengarah dan/atau pemegang saham BERNAS, sekiranya Kerajaan mendapati ia perlu berbuat demikian demi kepentingan nasional dan keselamatan negara.

Artikel 7(9) – Kuasa Pemegang Saham Khas untuk veto resolusi
Pemegang Saham Khas mempunyai kuasa veto ke atas sebarang resolusi oleh Lembaga Pengarah dan/atau pemegang saham Syarikat, yang bertujuan untuk meminda peruntukan dalam Memorandum dan Tataurusan Syarikat yang menjejaskan hak-hak atau apa-apa perkara berkenaan dengan Saham Khas.

Yang berhormat sekalian, antara langkah yang diwujudkan bagi memastikan bahawa saham BERNAS tidak jatuh ke syarikat asing adalah dengan mewujudkan Memorandum dan Tataurusan Syarikat yang memperuntukkan sekatan terhadap kawalan asing dalam BERNAS seperti berikut:

i) Artikel 3(1) Kawalan: Apa-apa percantuman, penggabungan, atau lain-lain perancangan yang akan mengakibatkan pindahan pengurusan atau kawalan Syarikat kepada mana-mana individu atau firma asing atau mana-mana firma kawalan asing tidak dibenarkan.

ii) Artikel 3(3) Kawalan: Selain daripada Individu Yang Berhak, individu atau sekumpulan individu yang lain boleh dilantik dalam Lembaga Pengarah dengan mendapat persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Pemegang Saham khas.

Selain daripada kelulusan daripada Lembaga Pengarah, BERNAS perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti clan Kementerian Kewangan sebelum sebarang urusan pembelian saham syarikat berlaku.

MP Pakatan Rakyat bahas Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan (4)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pengangkutan) pada 1 Disember 2009

MP PAS Tumpat – YB Dato’ Kamarudin Jaffar Bahas

MP PKR Bagan Serai Bahas

MP PAS Baling – YB Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan
Kepala B28, P28; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 925,588,600 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM2,168,687,000.

Selaras Pengagihan Wang Zakat

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 1 Disember 2009


Selaras Pengagihan Wang Zakat – Soalan tambahan MP PAS Baling kepada soalan asal No. 7. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana zakat telah dapat menjana ekonomi golongan fakir dan miskin serta mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan. [ Soalan tambahan: BN Dungun, [1 Disember 2009]


Bantuan kepada Projek Mega Kerajaan Kedah? – Soalan asal No 10. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah bentuk kerjasama dan usaha yang diberikan oleh Kerajaan Pusat terhadap Projek Mega Kerajaan Negeri Kedah iaitu projek penapisan minyak ‘Hub Hidrokarbon (SULIHH)’ di Sungai Limau Yan, Kedah untuk menarik pelabur luar sebanyak mungkin. [1 Disember 2009]

Perbelanjaan digunakan 39%, kenapa perlu perbelanjaan tambahan?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 25 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Shah Alam kepada soalan asal No. 4. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa jumlah peruntukan pembangunan telah diluluskan untuk Bandaraya Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri dalam tahun 2007, 2008 dan 2009. Berapa daripada jumlah yang diluluskan itu telah dibelanjakan. [25 Nov 2009]

MP PAS Baling Bahas Bajet 2010

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar), 4 November 2009

YB Ustaz Taib Azamuddin membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (Peringkat Dasar) di Dewan Rakyat pada 4 November 2009.