MP PAS Baling: Pemasaran keluaran IKS di Hypermarket masih kecil

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 4 November 2009

Soalan tambahan MP PAS Baling kepada soalan asal No. 8. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan penyertaan produk keluaran syarikat pembekal perusahaan industri kecil dan sederhana (TKS) tempatan dalam pembekalan ke pasar raya besar. [4 November 2009]

MP PAS Baling Bahas RUU Makanan Haiwan 2008

Perbahasan Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008

1.

2.

Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Makanan Haiwan 2008 di Dewan Rakyat. [18 Jun 2009]

MP PAS Baling: Ada dua perselisihan pendapat, maka kita perlu memahami waki’

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.

Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini.

Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.

Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kita perbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Allah hu ahad.
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Allah hus ahad, Allah hu samad. Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain. Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul
dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah… [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.

Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: Belum ada Akta sekat penggunaan logo Halal

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Setiap apa yang saya ketahui, setakat ini kita belum ada suatu akta untuk menyekat penggunaan logo halal yang berleluasa.

Mungkin yang disediakan sijil halal oleh HDC dan sebagainya tetapi bagaimana pula apabila kita dapati sijil-sijil halal yang digunakan itu bukan suatu sijil halal yang sah. Mungkin orang boleh lapor dan orang boleh buat report kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Akan tetapi pihak berkenaan sebenarnya dia tidak boleh ambil apa-apa tindakan sebab kita tidak ada lagi suatu akta yang menyekat penggunaan itu. Jadi di bawah kedudukan mana?
Teruskan membaca

MP PAS Baling: HDC lebih kepada orientasi perniagaan … beri autoriti penuh kepada JAKIM

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan Sijil Halal oleh Halal Development Corporation iaitu HDC, kita melihat sekarang ini sejauh mana kerajaan bertindak. Operasi yang dilakukan oleh HDC kita nampak lebih kepada orientasinya adalah untuk perniagaan dan kita dapati ada logo-logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang hanya boleh didapati dengan harga bayaran RM2,000 ke RM3,000 dan keadaan ini tidak meyakinkan.

Sebenarnya apakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk selepas ini kita balik semula kepada dasar dan konsep yang mula dibincangkan untuk kita wujudkan sijil halal ini di peringkat Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri iaitu BAHEIS dahulu dan sekarang ini sudah jadi JAKIM.

Kita beri autoriti penuh kepada BAHEIS dan JAKIM untuk melaksanakan tugas ini sebagai satu tugas, tanggungjawab kerajaan, bukan lagi untuk kita jadikan ini sebagai satu ruang untuk perniagaan dan sebagainya. Jadi, rasanya kita nampak sekarang ini mudah orang hendak dapat Sijil Halal dan mungkin JAKIM sendiri pun sudah tidak tahu siapa yang diberi Sijil Halal oleh HDC.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: Wanita duduk dalam Jawatankuasa Fatwa

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua, tiga perkara saya ingin mencelah untuk mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali berhubung dengan Jawatankuasa Fatwa.

Kita melihat setakat ini perjalanan fatwa di negara kita dilakukan sebegitu rupa daripada peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri sampai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Apakah Yang Berhormat Menteri merasakan sampai masa dan ketika ini supaya ada di kalangan wanita kita duduk dalam Ahli Jawatankuasa Fatwa. .. [Tepuk]

Saya yakin di negara kita ini, di kalangan wanita sudah ramai yang difikirkan sesuai dan layak untuk duduk di situ dengan pengetahuan dan penglibatan…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya ingat Yang Berhormat Rantau Panjang boleh, dan layak duduk.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: Berpolitik secara agama

25 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan dan laluan yang diberikan untuk turut sama membahaskan Titah Ucapan Menjunjung Kasih kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan ingin saya menyentuh terutama sekali dalam perkara yang
berkaitan dengan perkara 20 dan perkara yang berkaitan dengan perkara 8.

Tuan Yang di-Pertua, dalam situasi politik Malaysia masa kini, saya berpendapat bahawa politik sangat perlu dimurnikan dengan membawa peranan agama ke dalamnya iaitu dengan berpolitik secara agama. Jika berpolitik terpisah daripada agama dan moral, maka ini amat berbahaya kepada negara bahkan lebih bahaya daripada kemelesetan ekonomi. Politik tidak
diperlakukan secara pragmatik, ‘uliteration’ yang terpisah dari nilai keagamaan. Sikap dualistic, beragama secara murni, berpolitik secara permisif bukanlah sikap tauhid seperti yang dituntut oleh agama.

Sekarang ini kita sedang menyaksikan dengan jelas bagaimana nilai etika, moral dan agama sedang tercabar dengan hebatnya. Apabila berleluasanya politik wang, rasuah, penyelewengan, pendustaan, tipu daya dan sebagainya, semuanya ini saya percaya adalah akibat daripada tidak sensitif atau tidak percaya adanya balasan Allah SWT di akhirat nanti.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: ..Ilmu teras STAM telah ditiadakan …

24 Feb. 2009 – Sesi soalan jawab lisan
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Usaha untuk memperkasakan STAM memanglah sesuatu yang tidak dapat dinafikan baik. Cuma apa yang perlu kita lihat ialah bukan sahaja hendak meletakkan standard STAM itu sebagaimana STP untuk kemudahan-kemudahan mereka memasuki institusi-institusi pengajian bagi mereka melanjutkan pelajaran.

Akan tetapi yang penting di sana ialah STAM ini tujuan dia seberapa boleh ialah untuk menggarap ilmu, untuk membawa para pelajar kita menguasai bidang ilmu. Akan tetapi yang malangnya apa yang saya difahamkan bahawa ilmu-ilmu penting, teras
kepada STAM itu sendiri telah pun ditiadakan kebelakangan ini. Contoh dari segi usul-al-fiqh, ilmu balaghah sebagainya telah diabaikan dalam sistem atau silibus pengajian STAM itu sendiri, yang saya rasa sudah jauh pun daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Besut tadi mengenai Nizom Bu’us…..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ini kena bincang di dalamlah Yang Berhormat.
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Jadi soalannya ialah, apakah ke arah memperkasakan STAM itu perlu kita mengabaikan ilmu-ilmu utama yang seperti ini dicapai bagi mereka memudahkan untuk menguasai bidang-bidang ilmu terutama sekali ilmu-ilmu Islam. Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat Baling. Ingin saya memberi penjelasan sedikit. Sebenarnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat adalah salah satu subjek. Kalau menurut senarai 14 subjek yang ada miftah al-balaghah itu adalah salah satu subjek yang diperkenalkan. Ingin saya mengatakan bahawa apabila kita terima secara bulatbulat kurikulum daripada Universiti Al-Azhar, pada mulanya kita hendak menghantar anak-anak tempatan ini ke universiti tersebut, maka dari segi penerimaan dan pengiktirafan masyarakat luar tidak menjadi masalah. Jadi subjek yang diambil 14 itu sebenarnya bagaimana kita hendak rangkumkan ini supaya ianya boleh mengikut acuan Malaysia kerana kita lihat sekarang STAM ini dia tidak mengambil Pengajian Am seperti STPM dan yang lain.

Jadi saya rasa mungkin untuk kita dapatkan pandangan ikhtisas daripada MQA apabila diperluaskan lagi, mungkin salah satu subjek dan merangkumi subjek-subjek digabungkan mana yang boleh gabung dan lihat kandungan itu. Saya yakin standard yang memang diharapharapkan oleh semua pihak akan kita kekalkan, tetapi bagaimana kita hendak merangkumi ini
sebagai satu subjek, itu terpulang kepada MQA dan pandangan mereka akan kita terima baik supaya kita dapat memperkasakan STAM. Terima kasih.

Soalan asal No. 9 – Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk menaik taraf dan memperkasa Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi menjadikannya sebagai sebahagian daripada kurikulum Kebangsaan.

MP PAS Baling minta produk-produk Muslim di Kedai Mesra Petronas dipertingkat

6. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan sejauh manakah usaha kerajaan bagi memastikan produk usahawan Bumiputera Muslim dapat dipasarkan meluas di pasaran Kedai Mesra Petronas di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato’ Haji Noh bin Haji Omar]: Terima kasih Yang Berhormat Baling. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memastikan produk usahawan Bumiputera Muslim dapat dipasarkan secara meluas di seluruh rangkaian Kedai Mesra Petronas, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah melaksanakan pelbagai pendekatan yang meliputi aspek pembangunan dan peningkatan kualiti produk, pembiayaan dan kerjasama dengan Petronas menerusi program promosi dan pemasaran yang dilaksanakan oleh kementerian.

Setakat ini, produk yang telah dibangunkan di bawah program kementerian telah pun diterima dan mendapat tempat di kedai-kedai mesra seperti makanan ringan, jus minuman dan juga sejuk beku.

Sungguhpun begitu, kementerian akan meningkatkan lagi kerjasama dengan Petronas untuk meluaskan pasaran bagi produk-produk usahawan yang terpilih yang menepati standard piawaian.

Dalam hal ini, kementerian dengan kerjasama SIRIM Berhad dan MARDI menyediakan perkhidmatan untuk membangunkan produk-produk usahawan bumiputera daripada aspek pembungkusan, kualiti produk dan pelabelan.

Memandangkan penyenaraian di dalam Kedai Mesra memerlukan pembayaran daripada aspek listing fee, maka kementerian menerusi MARA dan juga TEKUN menyediakan pembiayaan bagi memudahkan urusan pembayaran tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Baling.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Kita tidak menafikan usaha-usaha yang telah pun dijalankan setakat ini oleh pihak kementerian. Cuma, berasaskan kepada penjelasan yang telah pernah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dalam sehari dua yang lalu untuk kita menyediakan satu produk alternatif bagi mengatasi bekalan atau import daripada barang-barang produk Israel ini, bagi pihak Israel, produk Israel.

Maka bagi kita, kesempatan yang ada di Kedai-kedai Mesra Petronas yang begitu banyak di seluruh negara, maka eloklah usaha untuk mempertingkatkan lagi pemasaran produk Muslim di Kedai-kedai Mesrai ini dipertingkatkan.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: Sesi soalan jawab lisan, 2 Dis 2008

11.04 pagi:

Soalan No. 8 – Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah Kerajaan sedar disebabkan kos pengangkutan yang amat tinggi ke kampung-kampung di luar bandar menyebabkan harga barangan runcit dan makanan lebih tinggi berbanding di bandar dan ini amat membebankan penduduk, apakah usaha Kerajaan untuk mengatasinya.