Isu Teminal Bas Plaza Rakyat Puduraya

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 23 November 2009

Soalan tambahan MP PKR Bandar Tun Razak kepada soalan asal No. 2. Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan penaiktarafan “Terminal Bas Plaza Rakyat” di Puduraya telah diambil alih oleh syarikat “Global Upline Sdn. Bhd.” (GUSB) (rujuk jawapan bertulis 19 Februari 2009). Apakah perancangan seterusnya bagi memastikan projek ini tidak terbengkalai dan tidak menjejaskan kelancaran perkhidmatan bas dan bilakah projek ini akan dijangka siap sepenuhnya [23 Nov 2009]

MP PKR Bandar Tun Razak: Apakah kesan-kesan Pakej Rangsangan RM7 bilion yang lalu?

26 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah DiRaja)
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana saya dapat menyertai perbahasan tentang Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Saya akan membuat ucapan mengenai tentang isu ekonomi dan kemelesetan sebelum pembentangan bajet mini yang dijangka pada 10 Mac 2009.

Bajet mini yang dijangka dibentangkan di Parlimen akan menyentuh tentang situasi ekonomi seluruh dunia yang sekarang dalam kemelesetan.

Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu menjalankan langkah-langkah pemulihan segera yang hanya dapat dilihat kesannya dalam tempoh satu hingga dua tahun yang berlaku serentak dengan dasar-dasar pembangunan jangka panjang
yang sedang dilakukan.

Memang Kerajaan Persekutuan bakal melakukan usaha dengan menyediakan Pakej Rangsangan Kedua bagi memastikan asas-asas ekonomi negara ini terus kukuh dan stabil. Namun begitu, kita harus ingat bahawa pakej bernilai RM40 bilion itu hanya sesuai diperlukan untuk menyelamatkan ekonomi negara kita ketika menghadapi krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-1998. Maksudnya, ketika menghadapi kemelesetan ekonomi global, untuk tahun 2009-2010, saya mengesyorkan kalau betul-betul Kerajaan Persekutuan serius, ia perlu memperuntukkan sekurang-kurannya mini bajet melebihi RM50 bilion.

Di samping itu, Kerajaan Persekutuan dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi baru ini juga bertanggungjawab
memberitahu Dewan ini bagaimana dana tersebut dibiayai dan perkara-perkara yang dilakukan seperti perkara-perkara yang dilakukan dalam negara lain menyatakan bagaimana pakej rangsangan itu dibiayai.

Pertama, adakah cara pinjaman dari pasaran. Kedua, adakah melalui penjualanpenjualan bon atau security. Soalan ini ialah dari manakah Malaysia hendak mendapatkan dana bagi membiayai pakej rangsangannya. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah beberapa cadangan yang saya fikir boleh difikirkan dalam membuat strategi belanjawan mini yang akan kita bincangkan.
Teruskan membaca

MB Selangor bahas Usul 18 mengenai Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Ipoh Timur membahaskan Usul 18 mengenai Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa, 10 Dis. 2008. Usul dikemukakan Ahli Parlimen Gombak di bawah Peraturan 18 (1) diterima Speaker untuk dibahaskan.

MB Selangor dan MP Kota Raja mencelah ucapan MP Pasir Mas

27 November 2008:

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor dan MP Kota Raja mencelah ucapan Ahli Parlimen Pasir Mas membahaskan peruntukan Kementerian Pelajaran, 27 Nov. 2008