MP PAS Hulu Langat: Masalah Hospital di Hulu Langat?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DR CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT ]
TARIKH : 24.10.2012 (RABU)

SOALAN 32 : Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah kemudahan katil di wad hospital-hospital dalam Parlimen Hulu Langat (Kajang, Serdang dan Putrajaya) masih belum mencukupi sehingga terpaksa menumpang wad di Hospital Seremban.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merancang keperluan katil bagi sesebuah hospital berdasarkan unjuran kepadatan penduduk di sesuatu kawasan. Di samping itu, Kementerian ini juga sentiasa memantau kadar penggunaan katil di hospital-hospital kerajaan seluruh negara bagi memastikan ia dapat menampung keperluan penduduk.

Pada dasarnya KKm mendapati kemudahan katil di hospital-hospital di dalam Parlimen Hulu Langat masih belum mencukupi. Jumlah katil hospital KKM dalam Parlimen Hulu Langat adalah 1,401 buah dan jumlah katil hospital swasta adalah 461 buah. Ini menjadikan nisbah katil kepada populasi adalah 1.6 katil :1,0000 populasi (berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 jumlah penduduk di Hulu Langat adalah1, 156,586 orang).

Pada masa ini, KKM menggunakan nisbah piawaian 2 katil: 1,000 populasi sebagai panduan dalam perancangan bagi penampung hospital untuk memenuhi keperluan katil di hospital di negara kita.

Antara sebab kemudahan katil tidak mencukupi adalah pembangunana yang pesat di Parlimen Hulu Langat dengan perusahaan, industri perkhidmatan dan institusi pendidikan serta jaringan pengankutan yang baik sehingga menjadi faktor penarik pertambahan penduduk, selain daripada lokasinya yang berdekatan Bandaraya Kuala Lumpur.

Terdapat situaasi di mana,beberapa perkhidmatan khusus seperti di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Unit rawatan Neonatal (NICU) yang menghadapi peningkatan kemasukan pesakit luar jangkaan. Kemasukan pesakit yang memdadak ini berlaku di dalam situasi tertentu seperti kemalangan besar, peningkatan bilangan bayi pra-matang serta permintaan bagi memindahkan pesakit dari hospital swasta. Ini diburukkan lagi sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan penjagaan rapi dalam jangka masa yang lama.

Bagi memastikan pesakit mendapat perkhidmatan terbaik yang diperlukan, pihak pengurusan hospital akan berusaha untuk menempatkan atau memindahkan pesakit ke hospital-hospital Kerajaan lain yang berhampiran yang dapat menyediakan kemudahan serta perkhidmatan yang diperlukan. Pemindahan pesakit ke hospital luar kawasan atau negeri merupakan kes terpencil termasuklah kes yang dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban,di mana hospital-hospital berhampiran tidak dapat menerima tambahan pesakit disebabkan kekangan kemudahan, peralatan serta kakitangan terlatih.

KKM sedang berusaha bagi meningkatkan lagi prasarana kemudahan kesihatan di kawasan Parlimen Hulu Langat bagi selaras dengan pembangunan yang amat pesat di kawasan ini. Sehubungan itu, KKM telah menyenaraikan cadangan bagi menaiktaraf Hospital Kajang di dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan datang dengan tambahan 120 katil.

KKM juga sedang berusaha mempertingkatkan lagi perkhidmatan rawatan intensif termasuk rawatan intensif neonatal di seluruh negara.Usaha ini akan dilaksanakan secara berperingkat memandangkan penyediaan kemudahan rawatan rapi melibatkan kos yang besar.

MP PAS Hulu Langat: geran penyelidikan 2008 hingga kini

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DR CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT]
TARIKH : 22.10.2012 (ISNIN)

SOALAN 41 : Minta MENTERI SAINS,TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan jumlah geran-geran penyelidikan bagi tahun 2008 hingga kini yang disediakan Kerajaan, sejauh manakah kajian yang dibiayai memberi impak positif kepada negara dan dimanfaati oleh masyarakat dan pelbagai peringkat kaum.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terlibat dalam mengendalikan dana-dana dan pembangunan (R&D) sejak rancangan Malaysia Ke-7 dengan pengenalan program penyelidikan Intensification of Research in Priority Area (IRPA) dan Industrial Grant Scheme (IGS). Bagi tempoh 2006 hingga September 2012,sejumlah RM 3.21 bilion dana R&D telah diperuntukan oleh Kerajaan kepada MOSTI.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), MOSTI telah diluluskan sejumlah RM 2.92 bilion geran penyelidikan bagi mengendalikan 16 jenis dana meliputi semua peringkat iaitu dari peringkat cetusan idea hingga ke peringkat pengkomersialan serta mencukupi bidang-bidang utama seperti bioteknologi, ICT, industry dan sains angkasa.

Manakala dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (Januari 2010-September 2012), sejumlah RM 294.8 juta telah diperuntukan kepada MOSTI bagi mengendalikan 8 dana yang merangkumi 146 projek.

Mengenai impak positif kepada negara dan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang Mulia ini, bahawa hingga Jun 2012, Projek-projek yang dibiayai telah menghasilkan sebanyak 505 prototaip, 1,672 harta intelek (IP), 15,663 buah penerbitan dan telah menerima 1,116 anugerah. Projek-projek ini menjana sebanyak 8,006 orang berkelulusan tinggi (Pasca PhD, sarjana, ijazah dan diploma) dan mewujudkan sebanyak 15,891 pelung pekerjaan.

Sebanyak 338 projek telah dikomersialkan, manakala bilangan projek yang berpontesi untuk dikomersialkan pula adalah sebanyak 1,341 projek.

Antara syarikat-syarikat yang menerima pembiayaan dana kerajaan dan berjaya memasarkan produk-produk mereka serta menempa nama di pasaran adalah:
i. Ambang Wibawa Sdn Bhd merupakan penerima Dana CRDF berjumlah RM 4 juta. Syarikat ini telah Berjaya meningkatkan daya saingnya dengan penjanaan jualan ikan tilapia sejuk beku teknologi daripada MARDI di pasaran tempatan dan juga luar negara berjumlah RM 23 juta. Syarikat ini telah menerima permintaan yang tinggi daripada negara-negara Timur Tengah.

ii. OSA Technology Sdn Bhd merupakan penerima dana CRDF berjumlah RM 2.89 juta dan Berjaya mengkomersialkan Orthopaedic Surgical trauma Implant. Syarikat Berjaya mendapat kontrak pusat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bernilai RM 95 juta melalui Skim Anak Angkat kementerian Kesihatan.

iii. Heng Hiap Industries Sdn Bhd telah menerima dana CRDF berjumlah RM 3.74 juta. Ia merupakan Malaysia yang membangunkan sistem untuk mengitarkan semula barangan plastic terpakai kepada resin yang bermutu tinggi dan memenuhi piawaian. Syarikat ini juga mendapat pengiktirafan Green Label daripada Singapura dan Sijil Substance of Very High Concern (SVHC) daripada Hong Kong. Syarikat telah Berjaya memasarkan produk bernilai RM 106.8 juta di Australia, Eropah, Jepun dan amerika Syarikat.

iv. Syarikat GlobeOSS Sdn Bhd Berjaya membangunkan dan mengkomersialkan projek GlobeOss Roaming Assurance. Ia merupakan produk yang berupaya untuk memudahkan pembekal perkhidmatan komunokasi mudah alih dalam memantau, mengurus dan menyelaras sebarang perkhidmatan capaian rangkaian komunikasi sama ada dalam jaringan tempatan (inbound roaming) atau jaringan antarabangsa (outbound roaming). Produk ini telah di gunakan oleh beberapa syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, DST Brunei, Telkomsel Indonesia dan Hutch3 Indonesia dan telah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM 36.15 juta dari 2008 hingga 2012.

v. Syarikat Brutesoft Solutions (M) Sdn Bhd telah berjaya menghasilkan Britesoft dan Brite Mobolity yang berfungsi membangunkan sesebuah aplikasi dengan mudah tanpa menggunakan sebarang “coding”. Sebaliknya ia hanya menggunakan fungsi “drag&drop” dan “fill in the blanks”. Perisian ini mampu mmebangunkan aplikasi 20 hingga 30 kali lebih pantas berbanding kaedan biasa serta mampu memberikan hasil lebih berkualiti. Perisian ini tirut boleh di bangunkan menerusi peranti mudah alih dengan menggunakan Brite Mobility. Nilai jualan yang telah berjaya diperolehi adalah sebanyak RM 12.23 juta dari 2008-2012. Produk ini turut menerima anugerah di MSC APICTA Award 2005,Performance – Centered Design USA (2005,2006 & 2007) dan mendapat 3-star MITI- Sme Corp Score+.

Selain daripada outcome yang disebutkan tadi,pelaburan Malaysia berkaitan hasil R&D telah membantu meningkatkan ranking Malaysia dalam Global Competitiveness Index (GCI) pada tahun 2011-2012 di kedudukan 21 berbanding pada tangga 26 pada tahun 2010-2011.Ranking Malaysia dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) meningkat 2 anak tangga kepada kedudukan 14 pada tahun 2012 berbanding pada tangga 16 pada tahun 2011.

MP PAS Hulu Langat: Sejauhmana penyelesaian masalah Air di Selangor?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DR.CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT]
TARIKH : 04.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 22 : Minta MENTERI TENAGA,TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh mana langkah penyelesaian masalah air Selangor-KL-Putrajaya yang dikatakan meruncing diaturkan oleh Kementerian.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Rizab bekalan air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini berada pada tahap yang rendah iaitu 78 JLH sahaja disebabkan kapasiti bekalan air yang boleh diagihkan adalah sebanyak 4,436 juta liter sehari (JLH) berbanding dengan permintaan air secara purata setakat 14 september 2012 sebanyak 4,358 JLH. Berdasarkan unjuran terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, kedudukan ini akan bertambah meruncing dengan rizab bekalan air mengalami defisit mulai tahun 2013 sekiranya tiada sebarang langkah diambil untuk menanganinya.

2. Berdasarkan perancangan yang dibuat pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor merupakan opsyen terbaik dari segi ekonomi,teknikal dan sosial bagi memenuhi permintaan bekalan aie di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang merupakan sebahagian daripada Skim tersebut tidak dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun 2014,disebabkan penangguhan kelulusan-kelulusan yang diperlukan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Bagi mengelakkan rakyat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi masalah bekalan air menjelang tahun tersebut, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 606 juta bagi melaksanakan projek-projek mitiogasi yang dijangka akan dapat memenuhi permintaan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2016.

3. Bagi memenuhi permintaan air bermula pada tahun 2017,Projek Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dilaksanakan segera supaya ia dapat disiapkan pada tahun tersebut. Atas dasar inilah Pengurusan Aset Air Berhad telah mengeluarkan tender bagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 pada 4 september 2012 supaya dapat disiapkan bagi memenuhi permintaan bekalan air di negeri Selangor,wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang tahun 2017.

Jika tidak, Kerajaan Persekutuan terpaksa menimbangkan pelaksanaan projek-projek mitigasi tambahan yang sudah tentu akan menyebabkan pembaziran wang rakyat sedangkan jawapan mudah kepada masalah ini ialah pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 memandangkan pembinaan terowong untuk menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor sedang berjalan lancar dan dijangka siap pada tahun 2014.

4. Oleh itu, saya menyeru supaya Kerajaan Negeri Selangor memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan bagi memastikan rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapatkan bekalan air yang mencukupi dan berterusan.

MP PAS Hulu Langat: Keberkesanan Penggunaan Teknologi Perubatan (Nuklear)?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DR CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT]
TARIKH : 01.10.2012(ISNIN)
SOALAN 8 : Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana kajian keberkesanan penggunaan teknologi perubatan (nuklear) dalam diagnosa dan rawatan perubatan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti teknologi perubatan nuklear sebagai satu teknologi yang penting bagi tujuan pengurusan pesakit.Kewujudan teknologi perubatan nuklear menambahbaik kemampuaan diagnosa penyakit dan juga membantu menambahbaik rawatan yang diperlukan oleh pesakit.Penambaihbaikan ini mungkin daripada segi pertukaran ubat-ubatan yang diperlukan ataupun modality rawatan sesuai dengan penemuan diagnosa yang lebih tepat.

Teknologi ini merangkumi tiga bidang iaitu bidang klinikal,bidang radiofarmasi dan bidang sains fizik.Bidang klinikal merangkumi aspek diagnose dan aspek terapeutik.Pada masa kini, teknologi perubatan nuklear membantu dalam bidang aspek diagnosa dengan penggunaan beberapa teknologi imbasan seperti positron emission tomography computed (PET CT) scanner,gamma camera dan pelbagai jenis pemeriksaan imbasan yang lain.Teknologi perubatan nuklear juga boleh digunakan bagi tujuan pemeriksaan jantung.

Dari aspek terapeutik dengan penggunaan bahan-bahan radiofarmaseutikal,teknologi perubatan nuklear digunakan bagi tujuan rawatan penyakit tertentu contohnya penggunaan Iodine 131 bagi rawatan kanser tiroid dan penyakit thyrotoxicosis.
Bidang radiofarmasi pula,memainkan peranan penting dari segi perolehan,penyediaan ,kawalan mutu bahan radiofarmaseutikal yang digunakan bagi tujuan diagnosa dan juga terepeutik.Manakala,bidang sains fizik membantu dari segi kawalan mutu peralatan scanner serta pemantauan keselamatan dan perlindungan radiasi di lokasi penyampaian teknologi berkenaan.

Langkah-langkah keselamatan termasuklah kalibrasi peralatan yang digunakan berdasarkan peruntukan Akta Pelesenan Tenaga Atom (Akta 304) diambil bagi mengawal tahap radiasi / pacaran sinaran semasa penggunaan teknologi perubatan nuklear.Pada masa yang sama,Program Kepastian Kualiti (Quality Assurance Program,QAP) dan kawalan kualiti (Qulity Control,QC) turut dilaksanakan dan dipantau secara berkala.

Tuan yang di-Pertua,
Bagi tujuan menggunakan teknologi perubatan nuklear dalam rawatan pesakit,KKM telah melengkapi beberapa buah hospital dengan kemudahan perubatan nuklear yang juga dikenalpasti selamat dan berkesan dalam pemeriksaan dan rawatan pesakit.Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Pulau Pinang (zon utara),Hospital Kuala Lumpur (dean Hospitan Putrajaya (zon tengah),Hospital Sultanah Aminah Johor Baru (zon selatan),Hospital Umum Sarawak (zon swarawak) dan pada masa hadapan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas(zon sabah).

Secara amnya,bilangan kes yang menggunakan teknologio perubatan nuklear telah meningkat dari tahun ke tahun.Pada tahun 2010 sebanyak 10,712 kes dan pada tahun 2011 pula sebanyak 11,296 kes.Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemeriksaan dan rawatan perubatan menggunakan teknologi perubatan nuklear amat membantu Pegawai-pegawai Perubatan dan pakar-pakar dalam membuat diagnosa dan disusuli dengan kaedah terapi yang sewajarnya.

Tuan yang diPertua,
Perkhidmatan Perubatan nuklear yang disediakan oleh KKM adalah selaras dengan piawaian dan ketetapan natarabangsa.Malaysia, menerusi KKM dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) mendapat bantuan konsultasi dari International Atomic Ener5gy Agency (IAEA) terutama bagi menjalani latihan di peringkat antarabangsa dan menjalani penyelidikkan yang berkaitan

Penanam Tembakau dapat nilai tambah bila tanam Kenaf?

PERTANYAAN : JAWAB LISAN SOALAN NO : 12
DARIPADA : Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]
TARIKH : 22 Oktober 2009 (Khamis)

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan status perkembangan tanaman alternatif seperti kenaf.

JAWAPAN : Tuan Yang Di-Pertua,
Terima kasih diatas pertanyaan dari Ahli Yang Berhormat. Izinkan saya menjawab pertanyaan yang dikemukakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tanaman alternatif seperti Kenaf telah diperkenalkan oeh Kerajaan kepada penanam-penanam tembakau. Kenaf telah dikenalpasti sebagai komoditi baru yang boleh dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baru. Kenaf berpotensi untuk dikomersialkan bagi menghasilkan produk-produk yang boleh digunakan di dalam industri binaan, automotif, biokomposit, tekstil, kertas dan makanan ternakan.

Antara bulan Januari hingga September 2009, Kementerian Perusahaan Perladangan clan Komoditi melalui Lembaga Tembakau Negara (LTN) telah menanam tanaman kenaf hampir 500 hektar di seluruh negara. Jumlah ini adalah termasuk keluasan tanaman untuk dikomersialkan dan tanaman untuk penghasilan biji benih. Hasil yang dikeluarkan di Kelantan clan Terengganu sahaja adalah sebanyak 2,796 tan dan secara keseluruhan pengeluaranya mencapai 5,000 tan batang kering di seluruh negara.

Antara langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan keluasan tanaman clan penggunaan kenaf adalah seperti berikut:

a. Bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan syarikat pemprosesan kenaf untuk memajukan kawasan tanah beris terbiar disepanjang pantai Kelantan dan Terengganu dengan sasaran 10,000 hektar sehingga tahun 2020.

b. Kerajaan Terengganu telah menyediakan tanah belum diteroka seluas 1,500 hektar di kawasan Saujana, Setiu yang akan dimajukan oleh LTN secara berperingkat untuk menjadikan Terengganu sebagai hub pengeluaran kenaf negara.

d. Bekerjasama dengan 4 syarikat kenaf untuk membangunkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran (Collection, Processing and Marketing Centre (CPMC). CPMC ini akan menghasilkan produk-produk berasaskan kenaf seperti biokomposit, fiber kenaf, powder kenaf, insulator dan light particle board.

e. Bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan MARDI untuk membangunkan teknologi penanaman dan pemprosesan kenaf bagi menghasilkan teknologi penuaian dan pemprosesan. Turut Bekerjasama dengan agensi seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk menjadikan kenaf sebagai tanaman integrasi sementara menunggu tanaman sawit dan getah matang.

f. Menggalakkan dan mempromosi penanaman di kalangan penanam-penanam tembakau serta penglibatan mereka dengan aktiviti nilai tambah yang dapat meningkatkan pendapatan petani.

Polisi Tenaga Baru masih dalam kajian

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO: 27
DARIPADA : YB. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT ]
TARIKH : 19 OKTOBER 2009 (ISNIN)

YB. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT ] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :
(a) bilakah Kementerian berhasrat untuk mengumumkan Polisi Tenaga Baru dengan mengambil kira tenaga nuklear sebagai satu pilihan; dan
(b) perkembangan terbaru status tenaga yang boleh diperbaharui dapat dimanfaatkan secara ekonomi dalam negara kita.

JAWAPAN Tuan Yang Dipertua, Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Pada masa ini Kajian Dasar Tenaga Negara sedang di peringkat kajian oleh Unit Perancang Ekonomi. Kajian tersebut dijangka akan dimuktamadkan pada bulan November 2009. Hasil kajian tersebut dijangka akan dapat membantu Kerajaan dalam usaha membuat penilaian terhadap opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik pasca 2025.

Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat berhubung tenaga boleh diperbaharu, di bawah Dasar Lima Bahan Api yang telah diperkenalkan pada tahun 2000, sumber Tenaga Boleh Diperbaharu, atau dengan izin Renewable Energy (RE) daripada biomass, biogas, sisa buangan bandaran (municipal waste), tenaga suria dan mini hidro telah dikenalpasti sebagai sumber tambahan kepada sumber bahan api fosil sedia ada untuk penjanaan tenaga elektrik.

Pada masa ini, sumber tenaga hidro iaitu mini, mikro dan piko hidro dianggap sebagai salah satu daripada teknologi yang ekonomi untuk digunakan bagi membekalkan tenaga elektrik di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak. Penggunaan sumber ini dijangka lebih kos efektif berbanding dengan penyambungan grid nasional ke kawasan pedalaman yang mempunyai bentuk mukabumi yang sukar untuk diakses memandangkan ia boleh di agihkan melalui grid mini yang terpencil (isolated grid) khusus untuk satu-satu kawasan.
Teruskan membaca

MP PAS Hulu Langat Bahas Bajet 2010 Kem. Tenaga, Teknologi Hijau, Air

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 2 Disember 2009.

– YB Dr Che Rosli Che Mat membahaskan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 2 Disember 2009.

MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (1)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) pada 25 November 2009

MP PKR Indera Mahkota – YB Azan Ismail Bahas Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

MP PKR Sg Petani – YB Dato’ Johari Abdul Bajet 2010 KPDN & Koperasi

MP PAS Hulu Langat – YB Dr Che Rosli Che Mat Bajet 2010 KPDN & Koperasi

MP PKR Balik Pulau – YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff

Nota: Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Kepala B25, P25; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 376,575,600 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 51,725,000.

MP PAS Hulu Langat: Skim Modal kerja kecil

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 17 November 2009

Soalan tambahan MP PAS Hulu Langat kepada soalan asal No. 2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) berapa banyak dana yang diperuntukkan bagi Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) yang diurus oleh SME Bank; dan (b) siapakah yang mendapat manfaat dari skim ini dan bagaimana kaedah pembayaran balik.

Penerbitan Saintifik diterbitkan dalam bahasa …

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar – Penggulungan oleh Menteri dan Timbalan Menteri), 10 November 2009

Penerbitan Saintifik diterbitkan dalam bahasa … – MP PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli bin Che Mat mencelah penggulungan Bajet 2010 Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 10 November