MP PAS Kota Raja Bahas Titah Diraja 2013

Dewan Rakyat 3 Julai 2013

MP PAS Kota Raja Bahas Titah Diraja 2013

MP Kota Raja: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN MALAYSIA KE 13 PADA 24 JUN – 18 JULAI 2013

SOALAN JAWAB LISAN
1. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kematian dalam tahanan (OKT) dari tahun 2000 hingga sekarang serta punca kematian yang telah disahkan dan serta pecahan mengikut bangsa dan keturunan. Adalah Kementerian bercadang memperbaiki tatacara penyiasatan (SOP) OKT?

2. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Dalam Negeri memberi menyatakan kenapa pihak kerajaan enggan menubuhkan IPCMC untuk menyiasat dakwaan kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh anggota polis.

3. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan pelan tindakan kerajaan untuk memastikan jumlah perwakilan wanita meningkat di dalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.

4. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem biometrik di dalam pengesanan pendatang asing dan apakah tindakan pihak kerajaaan untuk mengawal peningkatan pendatang asing tanpa izin (PATI).

5. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Perdana Menteri menyatakan apakah tanggung jawab (job specs) seorang Ahli Dewan Rakyat terhadap pengundi dan rakyat di dalam kawasannya

6. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah aduan/kes yang telah diterima dan berjaya diselesaikan oleh EAIC (Enforcement Agencies Integrity Commission) dan kos pengendalian badan ini semenjak ditubuhkan.

7. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kenapa pihak kerajaan enggan membawa kembali pilihanraya kerajaan tempatan.

8. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan status terkini projek perumahan sakit dan tergendala dan tindakan ke atas pemaju yang gagal “deliver” rumah kepada pembeli. Apakah tahap perlaksanaan konsep / polisi Bina dan Jual (Build and Sell) industri perumahan di negara kita?

9. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kegagalan Keramat Mall menjadi pusat perniagaan walaupun kedudukannya amat strategik dan apakah langkah kerajaan untuk memastikan pusat ini tidak menjadi satu lagi projek gajah putih?

10. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah pelanggaran undang- undang dan peraturan apabila pembinaan pagar haram disekeliling kebanyakan kawasan perumahan awam menjadi berleluasa akibat kejadian jenayah yang semakin meningkat.

SOALAN JAWAB BERTULIS
1. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah penerima BR1M 2.0 dan jumlah dana yang dikeluarkan untuk tujuan ini. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan yang penerima BR1M adalah golongan yang layak dan bagaimanakah kerajaan memastikan tiada penyelewengan berlaku di peringkat pengagihan dana tersebut.

2. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah projek menaik taraf Jalan Bukit Kemuning (dalam kawasan Parlimen Kota Raja) akan dilaksanakan.

3. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah Sekolah Menengah Kota Kemuning II (dalam kawasan Parlimen Kota Raja) akan dibina?

4. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan nisbah polis ke penduduk yang ingin dicapai oleh PDRM dan berapa ramai lagi jumlah polis yang diperlukan di seluruh negara dan berapa jawatan kosong yang belum terisi. Berapakah anggota polis yang ditempatkan dikawasan Klang Utara dan Selatan.

5. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kawasan-kawasan yang mengalami masalah “gangsterisme” mengikut keseriusannya dan apakah pelan tindakan PDRM untuk menangani masalah “gangsterisme” di kalangan remaja India terutamanya.

MP PAS Kota Raja: Keperluan menyediakan Sekolah Menengah di Kota Kemuning

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA ]
TARIKH: 29.10.2012

NO. SOALAN: 26 Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan status permohonan pembinaan Sekolah Menengah Kota Kemuning.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menilai dan meneliti keperluan sekolah di kawasan Kota Kemuning dan mendapati terdapat keperluan bagi menyediakan kemudahan sekolah menengah baru di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, KPM akan mengemukakan permohonan bagi cadangan membina sebuah sekolah menengah baru di kawasan Kota Kemuning dalam Third Rolling Pan (3RP) RMKe-10. Namun, kelulusan projek bergantung kepada klulusan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) serta kemampuan kewangan semasa Kerajaan.

MP PAS Kota Raja: Dakwaan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERULIS
DARIPADA : DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD [KOTA RAJA]
TARIKH : 11.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 20 : Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah dakwaan yang telah dibuat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang/Akta 670 semenjak ini diluluskan dan sejauh mana (secara empirikal) Pelan Tindakan Nasional Anti Pemerdagangan Manusia (NAP) telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pihak Kerajaan sentiasa peka dan menyedari akan cabaran yang dihadapi di dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang. Faktor-faktor seperti kedudukan geografi Malaysia yang strategik serta tahap ekonomi negara yang lebih tinggi berbanding negara-negara jiran telah menyebabkan Negara kita menjadi sebuah negara transit dan destinasi bagi jenayah ini.

Untuk makluman ahli yang berhormat, semenjak Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran dikuatkuasakan pada Februari 2008 hingga 30 Ogos 2012 sebanyak 3,066 mangsa telah berjaya diselamatkan. Di samping itu, dari segi pendakwaan ke atas pesalah, sebanyak 475 kes telah berjaya dituduh di mahkamah. Daripada jumlah tersebut, 201 kes telah berjaya diselesaikan dengan membawa jumlah sebanyak 91 kes yang telah disabitkan.

Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan antipemerdagangan Orang (2010-2015) pada 31 Mac 2010 sebagai satu panduan untuk melaksanakan usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang. Pelan Tindakan Kebangsaan ini menggariskan strategi Kerajaan dalam membanteras jenayah ini di peringkat domestik dan juga antarabangsa.

Antara bidang-bidang program yang terkandung dalam Pelan Tindakan Kebangsaan adalah:
i. memperkukuhkan mekanisme perundangan
ii. tindakan bersepadu di kalangan agensi-agensi penguatkuasaan
iii. kesedaran awam dan pencegahan
iv. perlindungan dan pemulihan
v. membanteras pemerdagangan buruh
vi. bina upaya
vii. pengurusan maklumat
viii. kerjasama pintar
ix. mengukur prestasi dan ketahanan

Sidang dewan yang dihormati,
Pemantauan program-program di bawah Pelan Tindakan Kebangsaan, telah dibuat secara berterusan oleh Majlis Anti pemerdagangan orang dan Anti penyeludupan Migran (MAPO) melalui makenisme laporan terperinci pada setiap mesyuarat MAPO.Sejak Februari 2010 sehingga sekarang, MAPO telah berjaya mengadakan mesyuarat pada tiap-tiap bulan dengan tujuan meneliti pencapian program-program yang akan menyumbangkepada matlamat strategik Pelan Tindakan Kebangsaan.

Di peringkat domestic, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bina upaya bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran di kalangan pegawai penguatkuasaan,perundangan dan kehakiman mengenai pemerdagangan manusia dan penyeludupan migrant. Kefahaman dan kemahiran pegawai perlu dipertingkatkan kerana mereka adalah anggota barisan hadapan yang perlu berhadapan dengan kes-kes pemerdagangan orang dan penyeludupan orang dan penyeludupan migrant secara langsung.

Dari tahun 2010 sehingga kini, kerajaan telah melaksanakan sebanyak 53 program bina upaya untuk pegawai penguatkuasaan, perundangan dan perlindungan.Ini tidaklah termasuk kursus-kursus dan latihan-latihan yang dijalankan secara berjadual oleh setiap jabatan penguatkuasaan secara berasingan.

Selain itu, program-program kesedaran awam telah diperhebatkan termasuklah mengadakan kempen-kempen kesedaran awam, menyiarkan poster-poster mengenai jenayah pemerdagangan orang di media-media cetak dan elektronik dalam pelbagai bahasa, memasang billboard di laluan utama ke KLIA dan juga pengumuman udara dalam penerbangan serta di Lapangan Terbang Antarabangsa. Pendekatan ini diambil kerana Kerajaan sedar bahawa penglibatan dan kerjasama rakyat secara keseluruhan amatlah penting dalam membantu menangani isi pemerdagangan orang.

Usaha terkini yang diambil oleh kerajaan adalah dengan melaksanakan Program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. Melalui program ini semua pekerja warga asing akan didaftarkan melalui National Enforcement Registration System (NERS) yang dikendalikan oleh jabatan Imigresen Malaysia.Usaha ini dilihat akan membantu Kerajaan mengekang jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

MP PAS Kota Raja: Pas Lawatan disalahguna?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD [KOTA RAJA]
TARIKH: 04.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 06 : Minta MENTERI DALAN NEGERI menyatakan jumlah serbuan atau tindakan ke atas pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut,spa dan sebagainya. Dari jumlah yang ditahan pihak berkuasa, beberapa peratus dari pekerja di pusat-pusat ini yang mempunyai permit kerja dan berapa pula yang dikategorikan sebagai PATI atau yang menyalahguna visa atau permit kerja.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk maklumat ahli yang berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak mengeluarkan sebarang pas pekerja di pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut malainkan untuk kategori spa sahaja.Mengikut rekod Bahagian Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalan Negeri ,mulai Januari sehingga ogos 2012,sebanyak 148 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah dikeluarkan untuk kategori spa kepada pekerja asing yang melibatkan 12 orang majikan.

Tuan Yang di-Pertua,
Sehubungan dengan jumlah serbuan yang dibuat ke atas pusat-pusat hiburan ini sebanyak 287 serbuan telah dijalankan yang melibatkan tangkapan seramai 1,427 atas kesalahan menyalahgunaan pas. Bagi tahun 2012 (Januari hingga Jun), sebanyak 191 serbuan telah dijalankan yang mana melibatkan tangkapan sebanyak 1,150 orang atas kesalahan yang sama.
Kategori kesalahan menyalahgunakan pas adalah melibatkan:-

Bil Kategori Pas Jumlah Kes pada Tahun
1. Pas Lawatan Sosial 1324 kes 2011
1038 kes 2012

2. Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (isteri/suami warganegara)
75 kes 2011
48 kes 2012

3. Pas Pelajar 28 kes 2011
64 kes 2012

Tuan yang di-Pertua,
Selain daripada JIM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga membuat operasi bagi tujuan memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat lesen yang lehan ditetapkan dan juga bagi memastikan aktiviti-aktivi yang dilakukan dalam –pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut,spa dan sebagainya bersih daripada kegiatan yang melanggar undang-undang.

MP PAS Kota Raja: Jumlah Pegawai2 Sains Bersekutu di Kementerian Kesihatan?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD [KOTA RAJA]
TARIKH : 03.10.2012 (RABU)
SOALAN 39 : Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pegawai-pegawai sains kesihatan bersekutu (allied health sciences) seperti ahli audiologi, optometri,fisioterapi,terapi pertuturan dan terapi carakerja yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan dan berapakah nisbah bilangan pegawai-pegawai tersebut kepada kependudukan (population) negara yang disasarkan oleh Kementerian.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, sehingga 30 jun 2012, jumlah anggota sains kesihatan bersekutu yang sedang berkhidmat di Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak 33,971 orang. Ini termasuklah Pegawai sains, Pegawai Teknologi makanan, pegawai dietetik, penolong pegawai perubatan, pegawai pemulihan perubatan (pendengaran), pegawai pemilihan perubatan (carakerja), pegawai pemulihan Perubatan (anggota), pegawai pemulihan perubatan (pertuturan) dan sebagainya.

Pada masa ini, sasaran keperluan anggota sains kesihatan bersekutu di KKM tidak ditentukan berdasarkan nisbah penduduk negara. Sebaliknya ia adalah mengikut keperluan perkhidmatan di fasiliti-fasiliti KKM.

Teras KPI KPKT meningkatkan tahap infrastruktur pengurusan sisa pepejal kawasan bandar

PERTANYAAN  JAWAB LISAN BAGI SOALAN NO : 14 
DARIPADA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)
TARIKH : 11 NOVEMBER 2009 ( RABU )

Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah KPI Kementerian di dalam menangani masalah sampah pepejal dan apakah Kementerian bercadang untuk menggubal apa-apa akta baru bagi menangani masalah pelupusan sampah pepejal yang semakin meruncing di kawasan-kawasan bandar.

JAWAPAN : Tuan Yang DiPertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) belum lagi menggariskan Key Performance Indicator (KPI) mengenai pengurusan sisa pepejal.

Namun begitu, salah satu teras KPI KPKT adalah meningkatkan tahap infrastruktur pengurusan sisa pepejal di kawasan bandar.

Selain itu, KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah merangka KPI Strategik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta menyediakan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang mesra alam, berteknologi tinggi, kos efektif dan menambahbaik kemudahan yang sedia ada.

KPI strategik tersebut antara lain meliputi perjanjian konsesi, pelantikan kontraktor dan perunding bagi projek-projek penutupan selamat dan menaik taraf tapak pelupusan, pembinaan tapak pelupasan baru dan penilaian teknologi serta KPI bagi aktivitiaktiviti kesedaran awam dan aduan awam.

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyediakan KPI yang sesuai bagi mengukur prestasi perkhidmatan syarikat konsesi yang akan dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang telah diwartakan pada 17 Julai 2007 meliputi semua aspek pengurusan sisa pepejal termasuk pelupusan, pemusnahan, penunuan, pelonggokan atau pengkomposan.

Kementerian buat masa ini tidak berhasrat untuk menggubal apa-apa akta baru memandangkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) masih belum dikuatkuasakan.

MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan (2)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pengangkutan) pada 1 Disember 2009

MP DAP PJ Utara – YB Tony Pua Bahas

MP DAP Ipoh Timur Bahas

MP PKR Kuantan bahas

MP PAS Kota Raja Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan
Kepala B28, P28; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 925,588,600 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM2,168,687,000.

Menara telekomunikasi: Tiada penyelarasan SKMM-Majlis Bandaraya

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 1 Disember 2009

Tiada Penyelarasan antara SKMM-Majlis Bandaraya? – Soalan tambahan MP PAS Kota Raja kepada soalan asal No. 4. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan Kementerian seterusnya kepada pihak CELCOM (M) Sdn. Bhd. yang sehingga hari ini gagal mematuhi arahan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk merobohkan menara telekomunikasi yang terletak di Lot 2778, Taman Jati Indah, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor. [1 Disember 2009]

MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kementerian Kerja Raya (2)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Kerja Raya) pada 30 November 2009.

MP PAS Jerai bahas

MP PKR Sg Petani bahas

MP PKR Ampang Bahas Bajet 2010 Kementerian Kerja Raya

MP PAS Kota Raja Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Kerja Raya
Kepala B27, P27; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 1,490,643,000 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,029,727,000.