MP Kuala Krai: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1) Dr Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] Minta Perdana Menteri menyatakan perincian asas-asas demografi dan geografi yang akan digunakan oleh SPR untuk melakukan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya.

2) Dr Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] Minta Perdana Menteri menyatakan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihanraya Umum ke 13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

3) Dr Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] Minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas kegagalan mematuhi peraturan pilihanraya mengenai dakwat kekal.

4) Dr Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] Minta Perdana Menteri menyatakan langkah yang akan diambil bagi memberi legitimasi kepada kerajaan yang tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.

5) Dr Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] Minta Menteri Kewangan menyatakan samada Kerajaan akan mengurangkan cukai eksais dan cukai impot kereta seperti yang dijanjikan dalam Manifesto BN dan berapakah penurunan cukai tersebut.

6) Dr Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] Minta Perdana Menteri menyatakan bilakah Petronas akan mula membayar wang tunai royalti Petroleum kepada kerajaan Kelantan dan berapakah kadar yang akan dibayar.

7) Dr Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian Kerajaan Pusat terhadap larangan kemasukan oleh pihak Imigresen negeri Sabah dqn Sarawak ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang.

8) Dr Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] Minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan peratusan kawasan di Parlimen Kuala Krai yang boleh mengakses internet melalui kemudahan jalur lebar.

9) Dr Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan jalan-jalan kampong yang akan dinaiktarafkan bagi tahun 2013 di Parlimen Kuala Krai.

10) Dr Mohd Hatta Md Ramli [ Kuala Krai ] Minta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah perlaksanaan meletakkan SPR di bawah pengawasan Parlimen.

MP PAS Kuala Krai: Rasional Penubuhan JK Kaji Pemberian Royalti Petroleum kepada Negeri?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB DR MOHD HATTA BIN MD RAMLI [KUALA KRAI]
TARIKH : 24.10.2012 (RABU)

SOALAN 18 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional mewujudkan Jawatankuasa Mengkaji Pemberian Royalti Petroleum kepada negeri yang tetrdapat bahan petroleum tersebut memandangkan telah terdapat perjanjian yang sah antara petronas dan Kerajaan Negeri.

JAWAPAN
Untuk makluman yang berhormat, Jawatankuasa Khas bagi Penentuan Tuntutan Bayaran TunAI daripada hasil Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah ditubuhkan untuk menentukan kewajaran bayaran tunai diberikan kepada negeri-negeri Pantai timur Semenanjung Malaysia yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang berkenaan hasil Petroleum yang dikelurkan di kawasan luar pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Terma-terma rujukan Jawatankuasa Khas ini adalh seperti berikut:
i. Mengenalpasti jika ada negeri-negeri yang wajar menerima Bayaran Tunaidaripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

ii. Menentukan kaedah serta jumlah pembayaran Bayaran Tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan.

MP PAS Kuala Krai: Status Hospital Kuala Krai

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DR MOHD HATTA BIN MD RAMLI [KUALA KRAI]
TARIKH : 11.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 12 : Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pembinaan Hospital baru Kuala Krai.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Cadangan Membina Hospital Kuala Krai (268 katil), Kelantan telah diluluskan dalam Rolling Plan Kedua (2012-2013) Rancangan Malaysia kesepuluh, dengan kos siling RM300 juta.

Projek ini dibahagikan kepada dua Fasa iaitu fasa Pertama untuk kerja-kerja awalan tanah dan Fasa Kedua untuk kerja bangunan.

Bagi Fasa Pertama,projek sedang dilaksanakan oleh kontraktor RIS Capital (m) sdn Bhd dengan harga kontrak RM9,729,885.22. Tempoh bagi menyiapkan kerja-kerja tanah adalah selama 6 bulan (15 Julai hingga 14 Januari 2013).

Sehingga 4 September 2012, kemajuan fizikal pembinaan (jadual) ialah 10.88% dan kemajuan fizikal pembinaan sebenar ialah 18.58% iaitu dengan mendahului jadual sebanyak 7.7%

Di antara kerja yang sedang dilaksanakan pada masa ini ialah kerja membersih kawasan, kerja menambun tanah, kerja meratakan tanah dan membina pagar chainlink di seluruh kawasan tanah seluas 100 ekar.

Bagi fasa kedua iaitu kerja-kerja bangunan masih di peringkat rekabentuk awalan dan penyediaan anggaran kos. Adalah dijangka dokumen pra-bida akan dapat dijual kepada penender pada bulan Januari 2013.

MP PAS Kuala Krai: Kaji semula Cukai Eksais Kereta Impot?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB. DR. MOHD HATTA BIN MD RAMLI [ KAWASAN KUALA KRAI ]
TARIKH : 10.10.2012
NO. SOALAN : 16 Y.B. DR MOHD HATTA BIN MD RAMLI minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula cukai eksais bagi kereta-kereta import dan jika ya bila akan bermula dan berapa peratusan penurunannya.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk maklumat ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa mengenalpasti pendekatan terbaik dalam mengkaji semula duti dan cukai termasuklah duti eksais ke atas kereta CBU import bagi maksud mengurangkan tanggungan kepada pengguna. Proses tersebut memerlukan satu kajian yang komprehensif dan teliti. Ini bagi memastikan hasil kajian semula tersebut dalam memberi manfaat kepada golongan yang disasarkan sahaja. Tambahan pula jumlah kutipan duti eksais kereta CBU import memberi sumbangan yang besar kepada hasil Negara iaitu RM 2.8 bilion pada tahun 2011.

2. Kementerian Kewangan juga mengambil perhatian bahawa harga kereta juga dipengaruhi dan tentukan oleh beberapa faktor seperti kos pengeluaran, pengangkutan, pengiklanan, pengedaran dan juga keuntungan syarikat pengeluar dan pengedar, selain daripada komponen duti dan cukai. Dengan itu, pendekatan untuk menurunkan kadar duti dan cukai semata-mata tidak semestinya menjamin harga kereta akan berkurangan sekiranya faktor-faktor yang disebutkan tadi tidak mengalami penurunan.

3. Mengambil kira kedudukan industri pengeluaran kereta tempatan pada masa ini, tumpuan perlu diberi ke arah menggalakkan pemasangan kereta dalam Negara dan mematapkan lagi pembangunan industri kereta tempatan supaya dapat mengekalkan daya saing dalam jangka panjang. Ini kerana kemajuan industri pengeluaran kereta tempatan dapat menjana hasil Negara, mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat, mewujudkan kilang pengeluaran komponen kereta tempatan, menggalakkan penggunaan perkhidmatan tempatan, meningkatkan tahap penguasaan teknologi, mewujudkan rantaian industri dan seterusnya dapat melonjakkan kemajuan bagi menembusi pasaran eksport.

Justeru itu, kajian kesan pengurangan duti dan cukai kereta CBU import ke atas kemajuaan industri pengeluaran kereta tempatan juga perlu diberi perhatian sewajarnya.

Bila Skim Pembiayaan Kesihatan akan dilaksanakan?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 16
DARIPADA : DR. MOHD HATTA BIN MD RAMLI [ KUALA KRAI ]
TARIKH : 10 NOVEMBER 2009

Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai j minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila Skim Pembiayaan Kesihatan akan dilaksanakan setelah kajian dilakukan sejak tahun 1985.

JAWAPAN : Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Tuan Yang di-Pertua,

Mekanisme pembiayaan kesihatan yang bersesuaian untuk negara bagi memberikan liputan perlindungan yang menyeluruh untuk semua golongan masyarakat, masih dalam peringkat perbincangan dan penelitian rapi. Penampilan dan perancangan skim pembiayaan kesihatan adalah amat kompleks dan serius. Banyak perkara perlu dikaji dengan teliti sebelum dilaksanakan. Di antara perkara ini ialah isu kesaksamaan (equity), penggunaan wang pembiayaan dengan efisien (efficiency), cara pembiayaan yang tidak memudaratkan rakyat, peningkatan kualiti khidmat kesihatan yang dibiayai dan hubungkait rekabentuk sistem pembiayaan dengan sistem penyampaian penjagaan kesihatan.

Skim pembiayaan kesihatan yang distrukturkan semula mesti digabungkan dengan penstrukturan semula sistem kesihatan negara supaya lebih berkesan dan menambahkan faedah kepada rakyat. Ini akan membawa sistem kesihatan Malaysia ke arah penyampaian dan pembiayaan kesihatan yang setaraf dengan negara maju selaras dengan usaha murni kerajaan untuk melonjakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Sistem penyampaian penjagaan yang mengintegrasikan tenaga kerja dan tenaga mahir dari sektor awam dan swasta juga sedang dirancang dan dipertimbangkan dari semua aspek yang relevan.

Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Pusat, Perunding Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Perunding tempatan juga sedang menjalankan kajian seperti analisa risiko, implikasi kewangan jangka panjang dan mendapatkan pendapat serta maklumbalas dari mereka yang berkepentingan (stakeholders), sebagai input kepada satu model pembiayaan dan penyampaian kesihatan yang sesuai bagi Malaysia dalam tahap pembangunan negara masakini dan masa hadapan.

Penelitian rapi yang telah mengambil masa sekian lama akan memastikan tidak timbul nanti jurang dalam rawatan dan akses oleh orang ramai dan seterusnya memastikan pelaksanaan mekanisma pembiayaan kesihatan negara ini memenuhi matlamat yang ditetapkan, antara lain bagi memberikan lebih kesaksamaan dan kebolehsampaian terhadap liputan rawatan kesihatan yang menyeluruh, bermutu tinggi, efisien dan bersepadu dengan matlamat untuk meningkatkan lagi tahap dan kualiti kesihatan rakyat.

Adalah diharapkan bahawa konsep penstrukturan semula sistem penyampaian dan pembiayaan kesihatan akan dipertimbangkan dan diterima dalam tempoh RMK-9 ini dan perancangan terperinci dibuat bagi menyediakan jalankerja untuk dilaksanakan (blueprint for implementation) seterusnya dibuat supaya perlaksanaan secara berperingkat boleh dijalankan dalam tempoh RMK-10 dan RMK-11 kelak.

Filem Malaysia di Astro memberi Imej Negatif?

Sesi Pertanyaan jawab Lisan, 25 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Kuala Krai kepada soalan asal No. 3. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah usaha pihak Kementerian untuk mengatasi kekangan utama kepada usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pesaing penting dalam bioteknologi yang dianggap sebagai ‘bidang masa depan’, seperti mana yang telah diutarakan oleh YAB Perdana Menteri kita, bahawa kita gagal untuk melahirkan ‘high caliber science, technology and innovative human capital’ [25 Nov 2009

MP Bahas Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Sesi Perbahasan Rang Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) pada 24 November 2009

MP DAP Ipoh Timur – YB Lim Kit Siang bahas

MP Bebas Pasir Mas – YB Dato’ Ibrahim Ali bahas

MP PAS Kuala Krai – YB Dr Mohd Hatta Ramli Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kepala B24, P24; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 535,440,800 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,283,672,000.

Hospital Baru Kuala Krai …

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 16 November 2009

Soalan tambahan MP PAS Kuala Krai kepada soalan asal No. 2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju melaksanakan pembinaan hospital baru Kuala Krai secara ‘build-operate-transfer’ oleh syarikat swasta bagi menyegerakan penyiapannya dalam tempoh RMK-9. [16 Nov. 2009]

Hasil penyelidikan yang telah dipasarkan?

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar – Penggulungan oleh Menteri dan Timbalan Menteri), 10 November 2009

Hasil penyelidikan yang telah dipasarkan? – MP PAS Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mencelah penggulungan Bajet 2010 Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 10 November 2009

Misi Perdagangan: Kesan kepada FDI

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (peringkat Dasar), 10 November 2009

Misi Perdagangan: Kesan kepada FDI – MP PAS Kuala Krai, YB Dr Mohd Hatta Ramli mencelah penggulungan Bajet 2010 Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 10 November 2009