MP Kuala Terengganu: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

SOALAN JAWAB LISAN
1. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MENYATAKAN APAKAH LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU PINTU MASUK (GATEWAY) ANTARABANGSA KE PANTAI TIMUR YANG DI KENALPASTI OLEH KERAJAAN MALAYSIA UNTUK MENGGALAKKAN PELANCONGAN PANTAI TIMUR ?

2. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN APAKAH POLISI RASMI KERAJAAN TENTANG PENGAWASAN-PENGAWASAN KERJA DI TAPAK PROJEK YANG DI KENDALIKAN OLAH PERUNDING SWASTA DI PANTAU OLEH WAKIL PERUNDING SWASTA ATAU KERAJAAN ?

3. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN HASIL SIASATAN OLEH KEMENTERIAN KERJA RAYA PADA 2009 TENTANG KERUNTUHAN BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN SIAPAKAH PIHAK YANG BERTANGGUNG JAWAB ATAS TRAGEDI KERUNTUHAN TERSEBUT?

4. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR MENYATAKAN ADAKAH KAJIAN E.I.A (PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR) DIJALANKAN UNTUK KERJA-KERJA PENAMBAKAN TANAH YANG SEDANG DI LAKSANAKAN (JUN 2013) DI SUNGAI TERENGGANU DI MUARA KUALA TERENGGANU DI BELAKANG KAMPUNG CINA ?

5. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN APAKAH LANGKAH-LANGKAH DAN TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL UNTUK MENGELAKKAN TRAGEDI-TRAGEDI KERUNTUHAN BEGITU BANYAK BANGUNAN-BANGUNAN PROJEK KERAJAAN DI TERENGGANU KEBELAKANGAN INI ?

6. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MENYATAKAN SEJAUH MANAKAH PIHAK KERAJAAN MENGGALAKKAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN TRADISI YANG TERTIB BERBANDING DENGAN PERSEMBAHAN-PERSEMBAHAN HIBURAN BARAT YANG TIDAK ADA KAITAN DENGAN TRADISI DAN BUDAYA TEMPATAN ?

SOALAN JAWAB BERTULIS
1. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MENYATAKAN BERAPAKAH PERUNTUKAN BAGI KERJA-KERJA PEMBORONG DAN BAYARAN PERUNDING PADA 2007 / 2008 UNTUK MEMBAIK PULIH / UBAH SUAI PASAR PAYANG DI KUALA TERENGGANU DAN ADAKAH KEMENTERIAN MENGIKTIRAF PASAR PAYANG SEBAGAI SALAH SATU DAYA TARIKAN UTAMA PELANCONGAN UNTUK TERENGGANU / MALAYSIA

2. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN SIAPAKAH JURUTERA BERTANGGUNG JAWAB REKABENTUK BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN YANG RUNTUH PADA TAHUN 2009 DAN APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL BAGI MEMASTIKAN INSIDEN SEPERTI ITU TIDAK BERULANG MEMANDANGKAN BUMBUNG KEDUA RUNTUH PULA PADA 20HB FEBRUARI 2013?

3. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN ADAKAH PEMBORONG KOREA – SOWON CONSTRUCTION YANG MEMBINA BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN YANG RUNTUH PADA 2009 BERDAFTAR DENGAN C.I.D.B. DAN ADAKAH PEMBORONG YANG MEMBUKA BUMBUNG KEDUA YANG RUNTUH PADA FEBRUARI 2013 BERDAFTAR DENGAN C.I.D.B. SEBELUM MEREKA DILANTIK?

4. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI KERJA RAYA MENYATAKAN BERAPAKAH KOS PEMBINAAN SEMASA LEBUH RAYA PERSEKUTUAN KUANTAN KE KUALA TERENGGANU DAN APAKAH KOS ASALNYA SERTA SEBAB-SEBAB KELAMBATAN SIAPNYA PROJEK SERTA JANGKAAN SIAP SEMASA KESELURUHANNYA?

5. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] MINTA MENTERI PENGANGKUTAN MENYATAKAN APAKAH KOS KESELURUHANYA MEMBINA LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU YANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN IMIGRESEN DAN KASTAM DAN MENGAPAKAH TIADA PENERBANGAN ANTARABANGSA KE LAPANGAN TERBANG TERSEBUT SETELAH BEGITU LAMA BEROPERASI ?

MP PAS Kuala Terengganu: Isu Tuntutan Royalti Petroleum terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: TUAN MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT [KUALA TERENGGANU]
TARIKH : 08.10.2012 (ISNIN)
SOALAN 16 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini tuntutan Royalti Petroleum terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat setelah saman ditarik balik oleh Kerajaan Terengganu.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, Kerajaan Negeri Terengganu telah menarik balik saman tuntutan Royalti Petroleum terhadap PETRONAS dan Kerajaan Malaysia pada 23 Mac 2012. Tindakan menarik balik saman tersebut adalah prerogative Kerajaan Negeri Terengganu.

Mulai 1 Disember 2000 bayaran tunai yang diterima dari PETRONAS dimasukkan dalam Akaun Amanah Dana Khas Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya disalurkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Perkara ini kekal sehingga hari ini.

Dalam hal ini, bagi mencari penyelesaian secara objektif mengenai isu pembayaran tunai, Kerajaan Persekutuan telah pada 4 Ogos 2012 yang lalu mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, termasuklah Negeri Terengganu.

Jawatankuasa Khas ini dianggotai ahli bebas/pakar yang akan menjalankan kajian terperinci secara neutral, adil dan telus berhubung perkara-perkara yang berikut:
a) mengenal pasti jika ada negeri-negeri yang wajar menerima Bayaran Tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
b) Menentukan kaedah serta jumlah pembayaran Bayaran Tunai tersebut kepada negeri-negeri yang wajar.

MP PAS Kuala Terengganu: Kos Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB.TUAN MOHD.ABDUL WAHID BIN ENDUT [ KUALA TERENGGANU ]
TARIKH : 27.09.2012 (KHAMIS)
SOALAN : Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah keseluruhan kos terkini Projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), tarikh jangka siap dan jumlah kos yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang menanggung 50% pembiayaan kos projek tersebut sehingga kini.

JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah anggaran kos keseluruhan projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur , Fasa 2 (LTP2) sehingga kini ialah sebanyak Rm 4.25 bilion. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 2.73 bilion merupakan kos projek untuk pelaksananan pakej-pakej di bawah selian dan pengawasan Jabatan Kerja Raya (JKR) , manakala bakinya sebanyak RM 1.52 bilion lagi di bawah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). Pembiayaan projek LTP2 ini dilaksanakan menerusi peruntukan tahunan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.4 bilion atau RM 56.5%, dan sebanyak RM 1.85 bilion lagi menggunakan peruntukan Dana Khas Negeri Terengganu ( 43.5%)

Sehingga 31 ogas 2012, kemajaan fizikal keseluruhan projek LTP2 telah siap sebanyak 85 %, iaitu setelah mengambil kira tempoh penjadualan semula. Projek ini mengalami kelewatan berikutan terdapat 10 pakej yang terpaksa ditender semula setelah kontraktor asal menarik diri berikutan kesan dari kenaikan harga bahan binaan pada tahun 2007/2008. Pada masa kini kontraktor penyiap telah dilantik untuk meneruskan pakej-pakej yang ditender semula itu, kecuali untuk pakej 4 dan pakej 7 yang sedang dalam peringkat akhir penilaian tender dan dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan fizikal sebelum akhir tahun ini. Oleh itu, mengambil kira tempoh kontrak selama 16 bulan untuk baki kerja pakej 4 dan 20 bulan lagi untuk pakej 7, projek LPT2 ini dijangka akan siap dan dibuka keseluruhannya pada pertengahan tahun 2014.

Walaupun begitu, Kerajaan mulai bulan ogas 2011 telah melaksanakan pembukaan LTP2 secara berperingkat kepada lalu lintas untuk jajaran yang telah disiapkan. Ia melibatkan jajaran sebelah utara, iaitu dari persimpangan bertingkat bukit besi ke persimpangan berperingkat Kuala Terengganu sepanjang 72 kilometer. Manakala untuk pakej-pakej lain, khususnya jajaran di sebelah selatan, ia akan dibuka secara berperingkat mulai tahun hadapan (2013) sehingga keseluruhan projek ini disiapkan kelak.

Sekian . Terima kasih.

RM 7.6 Bilion tunai dan RM 7.7 bilion Projek kepada Terengganu dalam tempoh 2000-2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 25
DARIPADA : TUAN MOHD. ABDUL WAHID BIN ENDUT (KUALA TERENGGANU)
TARIKH : 26.10.2009 dan 17.11.2009.

Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut (Kuala Terengganu) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan di bawah perunfiukan dana khas dari wang royalti petroleum Terengganu yang digunakan oleh Kementerian-kementerian, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri dari tahun 2000 hingga tahun 2009. Bilakah jumlah kewangan tersebut akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu; dan

Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut (Kuala Terengganu) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah wang royalti petroleum yang dijanjikan untuk dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS pada bulan September 2008 masih belum dibayar. Sila nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar dari tahun 2000 hingga tahun 2009.

JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat yang dijadualkan pada 26.10.2009 bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat pada 17.11.2009 kerana ia menyentuh isu yang sama.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak RM16.6 bilion Dana Khas Kerajaan Persekutuan dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2000 hingga Oktober 2009. Daripada jumlah ini, RM7.6 bilion telah diberi kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam bentuk tunai dan RM7.7 bilion dalam bentuk projek yang dilaksanakan oleh kementerian clan jabatan kerajaan. Ini bermakna, 92% daripada Dana Khas Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam bentuk tunai dan projek. Sebanyak 8% atau RM 1.3 bilion lagi masih dalam pegangan Kementerian Kewangan dan akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu setelah Perjanjian Penyelesaian antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Terengganu di muktamadkan.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bayaran ketiga Dana Khas Kerajaan Persekutuan sebanyak RM444.1 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu akan dibuat pada bulan Oktober 2009.

Royalti Terengganu RM7.6 bilion dibayar tunai antara tahun 2000 – 2009

Pertanyaan Jawab bertulis Dewan Rakyat pada HARI SELASA : 17 NOVEMBER 2009

DARIPADA : TUAN MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT (KUALA TERENGGANU), SOALAN: NO.25

Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut (Kuala Terengganu) meminta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah wang royalti petroleum yang dijanjikan untuk dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS pada bulan September 2008 masih belum dibayar. Sila nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar dari tahun 2000 hingga 2009.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak RM16.6 bilion Dana Khas Kerajaan Persekutuan dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2000 hingga Oktober 2009. Daripada jumlah ini, RM7.6 bilion telah diberi kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam bentuk tunai dan RM7.7 bilion dalam bentuk projek yang dilaksanakan oleh Kementerian dan Jabatan Kerajaan. Ini bermakna, 92% daripada Dana Khas Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam bentuk tunai dan projek. Sebanyak 8% atau RM1.3 bilion lagi masih dalam pegangan Kementerian Kewangan dan akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terngganu setelah Perjanjian Penyelesaian antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Terengganu di muktamadkan.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, bayaran ketiga Dana Khas Kerajaan Terengganu sebanyak RM444.1 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu akan dibuat pada bulan Oktober 2009.

MP PAS Kuala Terengganu: PM terdahulu janji Royalti akan dikembalikan

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar), 4 November 2009

MP PAS Kuala Terengganu Bahas Bajet 2010 – YB Mohd Abdul Wahid Endut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (Peringkat Dasar) di Dewan Rakyat pada 4 November 2009.

MP PAS Kuala Terengganu: Kontrak KSN disambung halang kenaikan pegawai-pegawai lain

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 24 Jun 2009

Soalan tambahan kepada soalan asal No. 2. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional melanjutkan kontrak Ketua Setiausaha Negara setelah tempoh lanjutan kontraknya selama dua tahun berakhir Jun ini. Tidakkah langkah pelanjutan seperti ini
menghalang peluang pegawai-pegawai lain dalam sektor awam sekali gus mencetuskan ketidakpuasan hati di kalangan mereka yang boleh menjejaskan produktivitinya.

MP PAS Kuala Terengganu: Kestabilan harga minyak peruncit penting bagi mengelak kerugian pengusaha stesen

25 Feb. 2009 – Sesi Soalan Jawab lisan
6. Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kerugian yang dialami oleh pengusaha stesen minyak setiap kali penurunan harga minyak di pam diumumkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ Shahrir Abdul Samad]: Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa memang terdapat kesan penurunan harga petrol dan diesel kepada pendapatan pengusaha-pengusaha stesen minyak. Kerajaan berpendapat bahawa ia merupakan salah satu risiko perniagaan yang perlu dihadapi oleh pengusaha-pengusaha ini. Namun begitu kerajaan sedaya upaya cuba mewujudkan satu situasi yang munasabah dan seimbang bagi semua pihak yang terlibat iaitu rakyat yang mengharapkan harga yang munasabah, pengusaha stesen minyak yang juga mengharapkan kepada keuntungan dan juga syarikat minyak yang beroperasi bagi tujuan mendapatkan keuntungan.

Bermula daripada 23 Ogos 2008, kerajaan telah menurunkan harga petrol dan diesel sebanyak tujuh kali. Ia selaras dengan penurunan harga minyak mentah di peringkat global.

Dalam hal ini, bagi mengurangkan kesan penurunan harga petrol dan diesel kepada pengusaha stesen minyak, antara langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah:
(i) menurunkan harga secara berperingkat-peringkat dan dalam quantum yang munasabah iaitu antara RM0.10 sen dan RM0.15 sen setiap kali penurunan berbanding dengan keuntungan penjualan setiap liter yang diperoleh oleh pengusaha-pengusaha stesen;
(ii) perbincangan berkala dengan wakil syarikat minyak dan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia;
(iii) meminimumkan jumlah stok minyak di stesen minyak daripada lima hingga tujuh hari kepada dua hingga empat hari;
(iv) memastikan syarikat minyak mempunyai jumlah lori yang mencukupi bagi menampung permintaan selepas penurunan harga; dan
(v) syarikat-syarikat minyak memberi kemudahan pembayaran pembelian minyak secara fleksi mengikut tempoh yang tertentu.
Teruskan membaca

MP PKR Gombak: Ingin tahu Perjanjian antara Kerajaan dengan ERL

24 Feb. 2009 – Sesi soalan jawab lisan
6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] minta Menteri Pengangkutan menyebabkan berapakah jumlah hasil cukai lapangan terbang dari tahun 2004 hingga sekarang dan ke manakah hasil tersebut disalurkan.

Menteri Pengangkutan [Dato’ Sri Ong Tee Keat]: Tuan Yang di-Pertua, jumlah hasil cukai lapangan terbang yang dikutip di semua lapangan terbang di seluruh negara dari tahun 2004 hingga 2008 adalah sebanyak RM1.86 bilion. Hasil cukai lapangan terbang yang dikutip tersebut adalah digunakan bagi membiayai kos penyelenggaraan lapangan terbang serta emolumen pekerja, pembayaran utiliti, baik pulih peralatan lapangan terbang dan juga pentadbiran lapangan terbang. Sekian.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, daripada maklumat awal yang saya peroleh, sebahagian besar daripada kutipan airport tax ini juga disalurkan untuk membiayai kos perkhidmatan KLIA Ekspres yang dimiliki oleh ERL Sdn. Bhd. semenjak tahun 2002. Kita sedia maklum bahawa airport tax ini dikenakan kepada
semua penumpang termasuk penumpang yang tidak menggunakan KLIA Ekspres.

Maka persoalan saya ialah bagaimana ini berlaku di mana kerajaan masih membayar subsidi kepada satu projek yang telah pun diswastakan dan bolehkah saya tahu apakah tempoh yang telah dipersetujui di antara kerajaan dengan pihak ERL ini yang terkandung dalam perjanjian untuk membiayai kos perkhidmatan KLIA Ekspres ini dan berapakah jumlah yang telah disalurkan kepada ERL semenjak ianya beroperasi mulai tahun 2002 bulan April tahun itu. Terima kasih.

Dato’ Sri Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak tadi. Walaupun dakwaan beliau bahawa sebahagian besar daripada kutipan cukai lapangan terbang yang dimaksudkan itu akan adalah untuk membiayai khidmat ERL sebenarnya sememangnya tidak benar walaupun sebahagian kecil daripada kutipan yang
berkenaan itu adalah diperuntukkan untuk membiayai caj ERL, sebahagian kecil.

Umpamanya kalaulah seseorang penumpang yang mengambil khidmat penerbangan antarabangsa yang membayar RM51 misalnya untuk bayaran PSC atau Passenger Service Charge dengan izin, maka RM5 adalah untuk caj ERL, ini benar dan kutipan ini mula dikuatkuasakan sejak tahun 2002 dan tempoh konsesi yang berkenaan adalah 30 tahun. Walaupun demikian suka saya hendak jelaskan bahawa projek ERL sebenarnya adalah satu-satunya projek yang tidak dapat sebarang peruntukan dari kerajaan dan ia adalah bulat-bulan bergantung kepada kutipan yang dimaksudkan tadi.

Walaupun demikian sejak 1 April tahun lalu, satu perubahan telah pun berlaku iaitu jumlah yang telah dibiayai oleh pihak MAHB kepada pihak pengusaha ERL itu jumlahnya dipulangkan kepada pihak MAHB walaupun perjanjian konsesi itu masih berjalan lagi. Dan ini pun satu-satunya tindakan yang sejajar dengan apa yang digelar sebagai Marginal Course
Support Scheme yang bertujuan untuk membantu pihak MAHB.

Jadi Yang Berhormat, kadangkala apa yang kita dengar itu kenalah kita kaji juga sebab apa maklumat Yang Berhormat peroleh itu tidak semestinya lengkap dan saya memang sentiasa sanggup maklumkan Yang Berhormat sekiranya perlu yang jumlahnya jumlah yang spesifik saya akan berikan Yang Berhormat secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kuala Terengganu. Selamat datang Yang Berhormat, selamat menyoal.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya soalan tambahan. Seperti mana yang kita tahu projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu menggunakan peruntukan dana khas daripada duit royalti yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri Terengganu. Saya hendak tanya apakah sebab dan alasan menggunakan duit negeri Terengganu yang sepatutnya dibayar untuk membina ataupun menaik taraf projek Lapangan Terbang Sultan Mahmud padahal hasil airport tax, cukai airport itu diperoleh oleh syarikat MAB Berhad, terima kasih.

Dato’ Sri Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi. Beliau buat kali pertama menyentuh tentang soal yang berkaitan dengan kementerian saya. Walaupun demikian, saya kena betulkanlah apa yang dianggap oleh beliau. Rupa-rupanya beliau masih lagi beranggapan bahawa pembiayaan
perbelanjaan untuk membina Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu itu adalah dalam bidang kuasa kementerian saya.

Sesungguhnya soalan ini saya kira kalau Yang Berhormat betul-betul prihatin kenalah tujukannya kepada kementerian yang berkenaan iaitu Kementerian Kewangan sebab ianya juga menyentuh ataupun berkaitan dengan kutipan royalti minyak. Jadi ini serba sedikitlah yang saya dapat jelaskan Yang Berhormat.

MP PAS Kuala Terengganu: ..keseluruhan duit royalti habis dirompak..

23 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah Diraja)
Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Tidak ada masa ya? DariTerengganu ini. Mahu tolong jawab..
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Ha, okey.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Kalabakan. Rintihan yang dibuat tadi mengatakan bahawa Terengganu dapat sebahagian daripada janji duit yang hendak diberikan tetapi Sabah tidak diberi. Namun untuk makluman, tahu tidak Yang Berhormat Kalabakan, Terengganu bukan soal dapat sedikit tetapi habis keseluruhan royalti habis dirompak. Apa yang kita dapat? Itu semua penipuan sama sekali. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Itu saya tidak tahu hal Terengganu tetapi saya nampak dalam akhbar dibagi RM400 juta jadi kita pun mahu, orang Sabah pun mahu. Mungkin pemimpin persekutuan boleh datang ke Sabah bagi di mana sejuta inilah wang ihsan daripada royalti minyak ke jadi mungkin itu menyenangkan rakyat
Sabah, itu dia.

Jadi Terengganu punya hal itu saya tidak tahu dirompak ke, saya tidak boleh komen sebab saya cerita fasal hal Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, kalau dahulu saya kata pembangunan di Sabah dan Sarawak di antara bumi dan langit dibanding dengan Semenanjung. Antara bumi dan langit berapa jauh pembangunan kalau kita boleh bezakan. Antara bumi dan langit Tuan Yang di-Pertua.

Ini kerana kalau kita nampak di Sabah kita nampak semua jalan seluruh negeri Sabah daif. Jalan daripada Kota Kinabalu ke Beaufort ke Tenom dan lain-lain semuanya single lane sahaja. Kalau kita nampak di sini dia dual carriage way dua-dua hala semua. Daripada Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Tuan Yang di-Pertua ini masalah yang kita hadapi.

Saya mahu tanya ini Kementerian Pelancongan dia promote pelancong adakah dia pergi tengok jalan di Sabah? Apa macam pelancong mahu datang kalau Menteri sendiri tidak pernah pergi. Dia tidak penah pergi check tengok jalan boleh tidak kita menarik pelancongan kalau kemudahan asas ini kita tidak buat? Boleh ke? Tentu sama sekali tidak boleh.

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong bertitah kita mahu cara menarik pelancong-pelancong dengan mengadakan medical tourism dan lain-lain. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua saya bawa satu syarikat besar untuk melabur di Sabah medical tourism setahun sudah. Bagi jumpa menteri dua kali sampai sekarang kelulusan yang senang sahaja tidak dapat.
Mana ini Menteri? Dia asyik pergi luar negeri adakah dia pernah pergi di pedalaman Sabah dan di tempat-tempat lain? Tidak pernah.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Titiwangsa minta laluan sedikit. Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Kalabakan. Saya ada pengalaman pergi ke Kundasang di mana dilihat di situ itu beberapa tahun yang lepas dan baru-baru ini seorang rakan saya juga baru balik dari Kundasang bercuti di sana. Dia mengatakan banyak
sangat sumber-sumber alam yang ada di situ buah-buahan, tumbuh-tumbuhan, beras dan sebagainya tetapi gerai-gerai di situ macam orang kata apa gerai-gerai yang sangat daif.

Kenapa agaknya tidak ada satu usaha untuk memastikan pusat pelancongan seperti ini diberi satu dana untuk membangunkan gerai yang cantik. Di mana ini ada memberi satu peluang pekerjaan yang sangat baik untuk rakyat. Kalau boleh dapat sedikit penjelasan.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Itu Titiwangsa saya memang setuju. Itulah saya katakan tadi menteri tidak tahu jaga apa, tidak pernah pun pergi Sabah. Mungkin dia tidak pernah drive daripada Kota Kinabalu pergi Tawau. Dia tidak tahu keadaan kemudahan asas ini tidak ada. Dia tidak ada jadi dia sibuk sahaja. Jadi kalau orang seperti begini mungkin majlis tertinggi pun saya tidak undi lagi. Jadi itu kita punya masalah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua memang kalau kita betul-betul lihat kita betul-betul mundur Tuan Yang di-Pertua pun sendiri tahu di Kota Marudu dan di tempat-tempat lain. Banyak tempattempat di luar bandar yang kita patut dapat peruntukan besar untuk di bangun tetapi di bangun.

Misalnya dikata kalau di Titiwangsa kita pergi ke Gunung Kinabalu kita lintas jalan yang berliku-liku kenapa kita tidak buat satu jalan yang betul-betul dual carriage empat jalan untuk promote betul-betul kita punya tourism di Sabah. Akan tetapi masalah dia, menteri saya minta maaflah mungkin ada dua tiga menteri sahaja yang menjelajah. Macam JKR dia menjelajah
tetapi dia pun mungkin dia bermasalah dengan peruntukan yang terhad untuk dia punya kementerian.

Jadi inilah Tuan Yang di-Pertua saya minta supaya kerajaan di bawah kepimpinan Dato’ Najib nanti make sure dia punya menteri, menteri yang bekerja. Bukan Menteri yang kasi duduk di aircond dan memanaskan kerusi sahaja. Kita minta menteri yang bekerja, timbalan menteri yang bekerja.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Tuan Yang di- Pertua, kegawatan ekonomi …
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan Yang Berhormat. Sedikit sahaja. Saya amat bersetuju dengan kenyataan oleh Yang Berhormat, menteri yang bekerja. Kalau menteri hendak menarik pelancong tidak rela untuk pergi ke kawasan pedalaman apakah Yang Berhormat Kalabakan setuju sekurang-kurangnya boleh hadir dalam Parlimen sebab wakil rakyat
sudah turun padang untuk sampaikan. Kalau menteri yang paling minimum ini juga kurang mampu apakah beliau fit untuk terus menjadi menteri? Pohon penjelasan Yang Berhormat Kalabakan.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Itu saya katakan tadi kalau menteri tidak fit tidak usah jadi menteri. Kita minta kepimpinan baru supaya menteri-menteri dilantik ini memang betul-betul untuk rakyat. Kalau sekiranya pucuk pimpinan mahu kami kerja menteri pun mesti kerja kerana kalau tidak kita punya masalah Tuan Yang di-
Pertua. Kita punya masalah kita kerja menteri tidak kerja apa macam? Apa macam dia mahu buat laporan apa keadaan yang sebenarnya yang ada di Sabah.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Maaf Yang Berhormat Kalabakan maksud saya sekurang-kurangnya boleh buat ialah hadir dalam Parlimen mendengar ucapan keluhan apa yang sebenarnya berlaku di kawasan di Sabah. Maksud saya ialah sekurang-kurangnya buat ialah hadir di Parlimen kalau malas untuk turun padang.