MP Kubang Kerian: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Perdana Menteri menyatakan Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas dan berjanji untuk melaksanakan 7 perkara besar bagi rakyat negeri itu. Apakah ianya akan terus dilaksanakan walaupun BN tidak berjaya mengambil alih pentadbiran Negeri Kelantan?

2. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan Menteri telah mengeluarkan kenyataan akan memberi kesamarataan kepada semua tanpa mengira fahaman politik. Apakah Kementerian bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina dan menyiapkan sebuah stadium baru di Bukit Merbau?

3. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Perdana Menteri menyatakan sejak ditubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan. Berapakah jumlah kakitangan, termasuk lantikan politik seumpama Penyelia Pembangunan Mukim yang dilantik, dan berapa pula perbelanjaan tahunan yang terpaksa ditanggung oleh pihak JPP?

4. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Perdana Menteri menyatakan Apakah jenis-jenis peruntukan untuk Kerajaan Negeri Kelantan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, sejak ditubuhkan hingga kini dan berapakah jumlahnya?

5. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan Apakah usaha Kerajaan untuk mengurangkan jurang digital dan penggunaan internet antara penduduk bandar dan luar bandar?

6. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan Bilakah kemudahan UNIFI akan dapat dirasai oleh seluruh rakyat Negeri Kelantan?

7. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan Apakah pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan harga minyak ron95 dan diesel?

8. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan Bilakah Kerajaan berhasrat untuk memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menggunakan media Kerajaan seumpama RTM tanpa mengira fahaman politik?

9. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Perdana Menteri menyatakan Berapakah jumlah royalti yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan, hasil daripada petroleum yang didapati di perairan pantai negeri itu sejak tahun 2006 hingga sekarang?

10. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Perdana Menteri menyatakan Berapakah jumlah wang ‘ehsan’ yang telah dibelanjakan di Negeri Kelantan dan apakah mekanisma yang dipakai untuk pengagihan wang tersebut?

Pertanyaan Bagi Jawab Bertulis
11. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menreti Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan Apakah mekanisma yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barang yang membebankan?

12. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan Apakah kriteria yang perlu ada bagi sesebuah stesyen radio dan televisyen untuk kelulusan operasinya?

13. Tuan Ahmad Baihaki Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan Berapakah jumlah sebenar warga asing seumpama bangsa Bangladesh, Indonesia, Sulu dan lain-lain yang mendapat taraf warganegara Malaysia sejak tahun 2000 hingga sekarang?

MP PAS Kubang Kerian: Kewajaran JK Khas Isu Bayaran Royalti Petroleum?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB. TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [ KUBANG KERIAN ]
TARIKH : 23.10.2012

NO. SOALAN : 38 minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa maksud Jawatankuasa Khas Berhubungan isu bayaran Royalti Hasil Petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
untuk maklumat Yang Berhormat, Jawatankuasa Khas bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai dariapda Hasil Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah ditubuhkan untuk menentukan kawajaran Bayaran Tunai diberikan kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, dan Pahang berkenaan Hasil Petroleum yang dikeluarkan di kawasan luar pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Terma-terma rujukan Jawatankuasa Khas ini adalah seperti Berikut:-
(i) Mengenalpasti jika ada negeri-negeri yang wajar menerima Bayaran Tunai daripada hasil Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia; dan

(ii) Menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan.

MP PAS Kubang Kerian: Nasib Penduduk berdepan dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan minyak dan Petrokimia (RAPID)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [KUBANG KERIAN]
TARIKH : 18.10.2012 (RABU)

SOALAN 36 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana dibuat kajian terhadap nasib dan mata pencarian penduduk selepas diambil tanah mereka serta dipisahkan dari sumber pendapatan mereka untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan minyak dan Petrokimia (RAPID) petronas di Pengerang dan sejauh manakah kajian terhadap pencemaran alam sekitar akibat projek itu.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Nasib penduduk pengerang yang terlibat dalam program pengambilan tanah dan penempatan semula terus di bela oleh pihak kerajaan.Kajian telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan pihak pelabur iaitu PETRONAS dan DIALOG bagi menentukan jumlah penduduk yang terlibat, pecahan kaum jantina, pekerjaan, jumlah isi rumah dan lain-lain.

Melalui kajian ini, satu program penempatan semula telah dirangka atas prinsip para penduduk yang terlibat mendapat manfaat lebih besar dan kehidupan lebih baik berbanding keadaan asal sebelum pengambilan balik tanah.

Kajian terperinci kesan alam sekitar telah dilakukan oleh pihak PETRONAS bagi projek RAPID dan DIALOG untuk projek terminal laut dalam atau pengerang independent Deepwater Petroleum Terminal (PIDPT). Kedua-dua kajian ini diluluskan oleh jabatan alam sekitar pada 4 april 2011 untuk projek DIALOG dan 27 Ogos 2012 untuk projek RAPID.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia mempunyai syarat-syarat yang ketat bagi dipenuhi oleh pihak pemaju projek sebekum sesebuah projek industri dilaksanakan. Segala aspek alam sekitar telahpun diambil kira di dalam kajian EIA untuk kedua-dua projek ini.

Untuk makluman dewan, segala aktiviti di Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) yang menetapkan projek RAPID PETRONAS dan PIDPT DIALOG adalah aktiviti industri yang telah sekian lama dijalankan di malaysia seperti Kertih Terengganu, Sungai Udang Melaka, dan Gebeng Pahang. Sepanjang operasi perkilangan dan industri penapisan minyak dan petrokimia di tempat yang telah disebutkan tadi,tiada rekod kes pencemaran alam sekitar yang dilaporkan.

Untuk makluman dewan juga tiada sebarang aktiviti di PIPC akan melibatkan pemprosesan atau penghasilan sisa radioaktif.

MP PAS Kubang Kerian: PRU selepas 5 tahun?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [KUBANG KERIAN]
TARIKH : 16.10.2012(SELASA)

SOALAN 34 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana beliau setuju untuk menubuhkan Jawatankuasa ke arah mengadakan Pilihan Raya Umum hanya selepas berakhirnya penggal lima tahun.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman dewan yang berhormat, semenjak merdeka 55 tahun yang lalu,Negara telah mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dengan kata lain,kita menounyai sistem dasar dan undang-undang yang telah sekian lama digariskan yang perlu kita ikut dan patuh untuk memastikan demokrasi dan hak-haknya dilaksanakan mengikut kehendak raykat terbanyak, melalui keputusan suara mereka yang diwakili atau Wakil Rakyat di dalam Parlimen.

Wakil Rakyat pula di pilih melalui sistem pilihan raya yang juga telah diasaskan semenjak 55 tahun yang lalu, berdasarkan Sistem Westminster di United Kingdom iaitu Sistem Demokrasi Berparlimen model Parlimen dan Kerajaan British. Sistem ini berteraskan kepada tiga prinsip utama seperti berikut.

a) berasaskan kepada sistem First Past the Post ataupun majority mudah ini bermakna mana-mana calon yang memperoleh undi yang terbanyak akan di istiharkan sebagai calon yang menag walaupun beliau hanya mendapat kelebihan satu undi mengatasi calon lawannya yang lain.

b) berasaskan kepada pemilihan seorang pewaklilan bagi setiap bahagian pilihan raya sama ada bagi pilihan raya Parlimen atau bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri.

c) berasaskan kepada sistem penyertaan pelbagai parti politik dan pihak-pihak yang layak bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

SPR pula ditubuhkan mengikut perkara Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Manakala Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan fungsi utama SPR adalah seperti berikut:

i. menjalankan pilihan raya umum (PRU) ke dewan rakyat dan dewan undangan negeri dan menjalankan pilihan raya kecil (PRK) sekiranya berlaku kekosongan.

ii. menjalankan urusan pendaftaran pemilihan dan semakan daftar pemilih

iii. membuat kajian dan bersempadan semula bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan bersempadan semula yang terdahulu.

Dalam erti kata lain, tanggungjawab SPR hanya menentukan tarikh mengundi bagi PRU dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan dan menyediakan gelanggang pertandingan yang bebas dan adil.

Untuk maklumat ahli yang berhormat, undang-undang membenarkan PRU Parlimen dan PRU DUN diadakan secara berasingan. Sebarang tarikh pembubaran dewan rakyat atau DUN terpulang kepada pucuk kepimpinan kerajaan terbabit iaitu pembubaran Parlimen menjadi menjadi hak Perdana Menteri, manakala DUN hak Menteri Besar atau ketua menteri.

Bagaimanapun, adalah wajar bagi semua parti politik termasuk pembangkang mengambil kira kepentingan bersama yang mana dengan mengadaklan pilihan raya serentak ia dapat mengelakkan pembvaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya semua parti politik dapat mencapai persetujuan bersama mengadakan PRU DUN serentak dengan PRU Parlimen dalam PRU Ke-13 nanti.

Walaupun wujud perspektif supaya PRU hanya boleh diadakan apabila mandate pentadbiran kerajaan selama lima tahun berakhir.Namun soal penetapan tarikh adalah persoalan dasar yang perlu dikaji terutama dari aspek perundangan. Ini termasuk mengkaji keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan jika PRU hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun.

Walau bagaimanan pun, sementera Kerajaan meraikan sebarang cadangan, inisiatif dan penambahbaikan proses pilihan raya, sekali gus demokrasi berparlimen di Malaysia sebagai respon terhadap tuntutan dan kehandak the majoriti. Perlu juga diingatkan bahawa sebarang usaha tersebut hendaklah berpandukan kepasa asas berpelembagaan persekutuan dan lunas demokrasi negara.

MP PAS Kubang Kerian: Blok L dan M, Petronas Cuai?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [ KUBANG KERIAN ]
TARIKH : 15 OKTOBER 2012 (ISNIN)

SOALAN : 20 Minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengapakah Kerajaan menyerahkan Blok L & M kepada Brunei Darussalam sedangkan dalam Production Sharing Contact Petronas dengan jelas menunjukkan bahawa Blok L dan M telah diberikan kepada Murphy Oil oleh petronas untuk diterokai dan adakah penyerahan kepada Brunei itu berlaku kerana petronas cuai atau adakah Kerajaan Malaysia yang melakukan kesalahan.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Seperti mana dewan yang mulia ini sedia maklum, isu tuntutan bersama Malaysia dan Brunei Darussalam ke atas Blok L dan M pun diselesaikan melalui Pertukaran Surat atau dengan izin Exchange of Letters pada 16 Mac 2009. Pertukaran surat ini telah Berjaya memuktamadkan penyelesaian pertindihan tuntutan dan perbatasan maritim antara kedua-dua Negara berlandaskan aspek-aspek teknikal persempadanan maritim dan undang-undang antarabangsa termasuk dengan izin United nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982.

Melalui Pertukaran Surat ,kedua-dua Negara bersetuju untuk mengadakan Aturan Komersial atau dengan izin Commercial Arrangement bagi memblehkan perkongsian hasil daripada penerokaan dan eksploitasi sumber hidrokarbon di Blok L dan M dalam zon maritim Brunei.

Bagi tujuan kerjasama di Blok L dan M, Blok-blok ini telah dinamakan sebagai Blok CA1 dan Blok CA2. Perjanjian perkongsian pengeluaran atau dengan izin Production Sharing Agreement (PSA) untuk Blok CA1 telah ditandatangani di Putrajaya pada 21 September 2010,manakala bagi Blok CA@ pala pada 13 Disember 2010 di Bandar seri Begawan.

Kedua-dua PSA tersebut telah dimeterai oleh PETRONAS dan Petroleum BRUNEI bersama-sama dengan operator-operator dan kontraktor-kontraktor yang dilantik.

Kerjasama penerokaan dan eksploitasi sumber hidrokarbon di Blok CA1 dan Blok CA2 kini sedang giat dijalankan semenjak akhir 2011. Lebih dari itu, kerjasama antara pihak-pihak berkuasa petroleum kebangsaan dari kedua-dua negara jaga terus dikembangkan meliputi potensi eksploitasi sumber hidrokarbon di blok-blok lain dalam zon maritim Brunei serta potensi kerjasama di negara ketiga.

TASK FORCE 2010 bantu Kerajaan Thailand selesai isu Selatan telah dibubar

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 35
DARIPADA : YB TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB (KUBANG KERIAN)
TARIKH : 26 OKT 2009 (ISNIN)

YB TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB (KUBANG KERIAN) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Task Force 2010 di bawah Kementerian masih relevan dan adakah terdapat cadangan untuk membubarkannya.

JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,

TASK FORCE 2010 telah ditubuhkan pada Januari 2007 sebagai Agensi Kerajaan Malaysia untuk membantu Kerajaan Thailand dalam usaha membawa keamanan ke Selatan Thailand.

Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, TASK FORCE 2010, telah melaksanakan pelbagai program, aktiviti serta usaha-usaha khusus ke arah memenuhi misi yang dipertanggungjawabkan. Sehingga kini usaha-usaha tersebut telah menampakkan hasil.

Walau bagaimanapun Kerajaan telah membuat keputusan untuk membubarkan TASK FORCE 2010 pada penghujung tahun ini. Peranannya akan diambil alih oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan bagi mempastikan kesinambungan usaha-usaha ke arah keamanan di selatan Thailand

Skandal MAS: Peguam Negara arah SSM ambil tindakan terhadap Tajuddin Ramli

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 15
DARIPADA : TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [ KUBANG KERIAN ]
TARIKH : 21 OKTOBER 2009 2044

Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah siasatan laporan polis dengan nombor laporan 347/02 di Balai Polis Dang Wangi pada 4 Januari 2002 dan laporan polis oleh Dato’ Ong Jyh Jong dengan nombor laporan 12532/05 di Balai Polis Dang Wangi pada 4 Mei 2005 berhubung skandal urus niaga melibatkan MAS.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia, pihak polis telah selesai menjalankan siasatan mengenai dakwaan salah laku jenayah berkaitan keputusan memilih Syarikat Advance Logistics sebagai pengendali kargo MAS di Lapangan Terbang Hahn, Jerman serta penyewaan kapal terbang kargo Atlas Air Amerika Syarikat.

Pejabat Peguam Negara telah mengarahkan kes ini dirujuk dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tindakan kompaun di bawah Seksyen 371A Akta Syarikat 1965 terhadap Tan Sri Tajuddin Ramli dan Wan Aishah Wan Hamid.

Salahuddin hantar surat kepada PAC minta siasat Kerugian MAS RM8 bilion

Merujuk kepada laman blog Malaysia Today bertarikh 21hb. Julai 2009, terdapat apa yang dikatakan sebagai salinan surat daripada Dato’ Ramli bin Yusuff, bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke5. Saya dapati ada beberapa perkara yang memerlukan penelitian dan penyiasatan yang lebih mendalam terhadap perkara ini.

Surat tersebut bertarikh 26hb Mac 2007 berkisar tentang penyiasatan PDRM terhadap dua (2) Laporan Polis yang telah dibuat oleh pengurusan Malaysia Airlines Bhd(MAS). Kedua-dua Laporan Polis itu dikategorikan sebagai, Dang Wangi Report No.347/02 on 4/1/2002 dan Dang Wangi Report 12532/05 on 4/5/2005.

Apa yang membangkitkan kemusykilan dan keresahan saya adalah kemungkinan MAS telah ditipu atau diperdayakan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM8 billion daripada tahun 1994 hingga tahun 2001. Dokumen yang dikatakan sebagai surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Komersial PDRM kepada Perdana Menteri itu juga mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa individu warganegara Malaysia dan juga warganegara asing.

Teks penuh surat YB Salahuddin Ayub kepada Pengerusi PAC adalah seperti berikut:
Dato’ Seri Azmi bin Khalid
Pengerusi, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Bangunan Parlimen 50680 Kuala Lumpur 13 Disember 2009

Yang Berhormat Dato’ Seri,

Mohon Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Menyiasat kerugian RM8 billion dalam MAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Merujuk kepada laman blog Malaysia Today bertarikh 21hb. Julai 2009, terdapat apa yang dikatakan sebagai salinan surat daripada Dato’ Ramli bin Yusuff, bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke5. Saya dapati ada beberapa perkara yang memerlukan penelitian dan penyiasatan yang lebih mendalam terhadap perkara ini.

3. Surat tersebut bertarikh 26hb Mac 2007 berkisar tentang penyiasatan PDRM terhadap dua (2) Laporan Polis yang telah dibuat oleh pengurusan Malaysia Airlines Bhd(MAS). Kedua-dua Laporan Polis itu dikategorikan sebagai, Dang Wangi Report No.347/02 on 4/1/2002 dan Dang Wangi Report 12532/05 on 4/5/2005.

4. Apa yang membangkitkan kemusykilan dan keresahan saya adalah kemungkinan MAS telah ditipu atau diperdayakan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM8 billion daripada tahun 1994 hingga tahun 2001. Dokumen yang dikatakan sebagai surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Komersial PDRM kepada Perdana Menteri itu juga mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa individu warganegara Malaysia dan juga warganegara asing.
Teruskan membaca

MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan (5)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pengangkutan) pada 1 Disember 2009

MP PKR Sungai Petani – YB Dato’ Johari Abdul Bahas

MP PAS Kubang Kerian, YB Salahuddin Ayub Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan
Kepala B28, P28; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 925,588,600 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM2,168,687,000.

Usul bincang Royalti Petroleum ditolak Speaker

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad menghantar usul di bawah perkara 18(1) mencadangkan Dewan Rakyat merundingkan semula status pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Negeri Kelantan.

Ini berikutan tindakan kerajaan Pusat dan Petronas yang telah melanggari terma-terma kontrak sekaligus mengingkari ‘sanctity of contact’ untuk membayar 5 peratus wang tunai dari hasil minyak di luar pesisir Kelantan seperti termaktub dalam Fasal 4 dalam Akta 144 Keajuan Petroleum (PDA) 1974.

Bagaimanapun usul tersebut telah ditolak dalam kamar oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi.

Dzulkifli yang kesal dengan penolakan itu berkata, isu itu jelas melibatkan kepentingan rakyat, bukannya melibatkan kepentingan mana-mana parti politik.

“Kami akan terus mengangkat isu ini kerana Pakatan Rakyat mahukan isu ini terus dibawa supaya seluruh rakyat mengetahui perkara sebenar yang terkandung dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974,” katanya yang juga bekas Pengarah Pusat penyelidikan PAS.

Perkara itu juga ujarnya disokong oleh pimpinan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parimen Gua Musang.

“Tengu Razaleigh sendiri dalam kenyataanya menegaskan bahawa isu ini merupakan bipartisan, tidak melibatkan kepentingan mana-mana parti politik,” ujarnya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub tetap akan mengemukakan satu lagi usul kepada Speaker Dewan Rakyat esok bagi mencadangkan satu jawatankuasa khas di bawah parlimen dibentuk bagi mengkaji terma-terma perjanjian petroleum di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Dalam sidang medianya hari ini, Salahuddin berkata, tindakan tersebut dibuat ekoran usul pertama membincangkan isu royalti Kelantan yang dihantar kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia Isnin lalu ditolak dalam kamar pagi tadi.

“Sudah sampai masanya satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh parlimen bagi mengkaji terma-terma perjanjian di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Bila kita guna seluruh ruang dalam parlimen berbahas tentang isu ini, Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri tetap dengan keputusan bahawa kelantan tak ada hak (royalti),” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Usul tersebut juga akan dibawa ke mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat petang ini untuk dibincangkan