MP PKR Machang: Perbelanjaan Wang Ehsan Kelantan 2010 – Sept 2012

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN SAIFUDIN NASUTION BIN ISMAIL [MACHANG]
TARIKH : 16.10.2012 (SELASA)

SOALAN 22 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perincian perbelanjaan wang ehsan kepada negeri Kelantan yakni jumlah dan kemana dibelanjakan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi tempoh mulai tahun 2010 sehingga 30 September 2012 jumlah perbelanjaan Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah sebanyak RM 49,186,529 yang telah dibelanjakan untuk bantuan seperti berikut:

i. Bantuan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah sebanyak RM20.18 juta kepada seramai 95,174 pelajar
ii. Bantuan Pelajar Cemerlang sebanyak RM 1.82 juta iaitu UPSR seramai 8,996 pelajar,PMR ( 4,000 pelajar), SPM (1,243 pe;ajar) dan STPM (390 pelajar)
iii. Bantuan kemasukan ke IPTA/Politeknik sebanyak RM 21.65 juta iaitu Diploma seramai 13,313 pelajar, ijazah (17,116 pelajar) dan matrikulasi/Asasi (4,344 pelajar)
iv. Bantuan kepada pesakit penyakit kronik sebanyak RM 134 ribu kepada 268 orang pesakit
v. Bantuan bencana sebanyak RM 3.87 juta kepada 13,286 penerima bantuan
vi. Bantuan kepada Pelajar ke Mesir sebanyak RM 696 ribu
viii. Sebanyak RM 820 ribu untuk mengadakan majlis penyampaian bantuan kepada pelajar.

MP Pakatan Rakyat vs Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, Air (1)

Sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air) pada 2 Disember 2009.

MP PKR Machang, YB saifuddin Nasution Ismail mencelah penggulungan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air keatas perbahasan peringkat jawatankuasa mengenai kementeriannya.

Nota: Bajet 2010 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kepala B29, P29; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 121,123,900 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,326,865,000.

MP PKR Machang Bahas Bajet 2010 Kem Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) pada 1 Disember 2009.

YB Saifuddin Nasution Ismail membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) pada 1 Disember 2009.

Nota: Bajet 2010 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kepala B29, P29; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 121,123,900 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,326,865,000.

Kerajaan bantu Usahawan Bumiputera?

Sesi Pertanyan Jawab Lisan, 24 November 2009

– Soalan tambahan MP PKR Machang kepada soalan asal No. 9. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang diambil Kerajaan bagi membantu usahawan Bumiputera yang menyertai sistem francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS) tetapi terpaksa berhenti disebabkan kepincangan dan penindasan oleh francaisor [24 Nov. 2009]

MP PKR Machang dan Kuala Kedah Bahas Bajet 2010 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ) pada 23 November 2009

MP PKR Machang Bahas

MP PKR Kuala Kedah Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Kepala B21, P21; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 2,494,702,400 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,119,238,000.

MP Pasir Puteh dan Machang Bahas Bajet 2010 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi) pada 23 November 2009

YB Ustaz Muhammad Husin Bahas

YB Saifuddin Nasution Ismail bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Kepala B20, P20; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 709,308,500 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 372,000,000.

Monopoli saham Bernas: Kerajaan hilang kawalan terhadap industri strategik negara

Ahli Parlimen Pokok Sena dan Machang terus mempersoal kepekaan kerajaan berhubung monopoli saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) iaitu sebuah sektor strategik makanan utama negara oleh seorang tokoh perniagaan.

Jika sebelum ini, isu pemilikan 32 peratus saham Bernas oleh syarikat asing Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dipertikai, kini isu pengambilan milikan Wan Tak tersebut pula dipersoal.

Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli kesemua milikan Wan Tak, selepas kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan syarikat berpengkalan di Hong Kong itu memegang saham tunggal terbesar Bernas.

Hasil pembelian 32 peratus itu, dan ditambah 55 peratus lagi milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media di parlimen siang tadi berkata, monopoli pemilikan saham Bernas sebanyak itu oleh entiti berorientasikan keuntungan semata-mata telah memperjudikan sektor strategik makanan utama negara.

Lebih malang apabila rakyat yang akan menerima kesannya apabila hanya keuntungan diletakkan mengatasi kepentingan rakyat secara keseluruhan.

“Kita bimbang bahawa Syed Mokhtar yang memiliki bisnes yang begitu besar dan pelbagai dan akhirnya akan mempertaruhkan sektor pemakanan asasi ini untuk memastikan dia terus mendapat peluang-peluang bisnes yang lain,” katanya.

Menurutnya lagi, beberapa kes pernah berlaku sebelum ini membuktikan kerajaan hilang kawalan terhadap Bernas.
Teruskan membaca

Sejauhmana pencapaian 5 strategik KETENGAH

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 19 November 2009

– Soalan tambahan MP PKR Machang kepada soalan asal No. 7. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh mana langkah-langkah yang telah diambil dalam usaha memasukkan seluruh daerah Hulu Terengganu ke dalam wilayah KETENGAH. [19 Nov 2009]

Negara sebagai Hub Pengeluar Industri Pertahanan

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 19 November 2009

– Soalan tambahan MP PKR Machang kepada soalan asal No. 6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluaran kelengkapan pertahanan (defence equipments) di rantau ini dan senaraikan syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi untuk menjayakan matlamat tersebut. [19 Nov. 2009]

MP PKR Machang vs Tim. Menteri Kewangan

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa), 18 November 2009

YB Saifuddin Nasution Ismail mencelah Ucapan Timbalan Menteri Kewangan menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa) bagi Kepala B10-12 dan P70 Kementerian Kewangan pada 18 November 2009.

Nota: Bajet 2010 Kementerian Kewangan
1. Kepala B10, P10, (Perbendaharaan) ; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM2,295,431,500 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM1,486,129,000.
2. Kepala B11, (Perkhidmatan Am Perbendaharaan) ; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 17,783,304,100.
3. Kepala B12, (Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun) ; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 3,984,800,100.
4. Kepala P70, (Simpanan Luar Jangka) ; bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM2,000,000,000.