Sumbangan negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan kepada pengeluaran Petroleum negara

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 36
DARIPADA : Y.B. DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [ MARANG ]
TARIKH : 21 OKTOBER 2009

Y.B. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus sumbangan negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan kepada pengeluaran Petroleum negara antara tahun 2005 hingga 2008 serta jumlahnya dalam Ringgit Malaysia.

JAWAPAN : YB TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP

Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peratus pengeluaran minyak mentah, kondensat dan gas dari luar pantai Malaysia antara tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005 hingga 2008 adalah seperti berikut:

Sehingga kini, tiada sebarang pengeluaran minyak mentah, kondensat dan gas dari luar pantai Kelantan.

Pengeluaran minyak mentah clan gas asli tidak dinilai dalam Ringgit Malaysia. Penilaian minyak mentah clan gas asli dalam Ringgit Malaysia hanya boleh dilakukan apabila ianya dijual kepada pembeli.

Sekian, terima kasih.

Petronas bayar Royalti kepada Terengganu RM19.5 bilion, sejak 1995 hingga Ogos 2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB
SOALAN NO : 30 DARIPADA : DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG (MARANG)
TARIKH : 20.10.2009

Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang (Marang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah royalti yang telah diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu sejak 1995 hingga kini dan pecahan mengikut telaga-telaga yang dikira berada dalam perairan Terengganu.

JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah royalti yang telah dibayar oleh PETRONAS terus kepada Negeri Terengganu bagi tempoh 1995 hingga Ogos 2000 adalah sebanyak RM2.9 bilion.

Bagi tempoh September 2000 hingga Ogos 2009, jumlah royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu melalui Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM16.6 bilion. Kesemua peruntukan ini dikutip dari telaga yang berada di luar perairan Terengganu.

Sebuah medan gas dalam blok PM301 keluarkan hasil

Pertanyaan Jawab bertulis Dewan Rakyat pada HARI SELASA : 17 NOVEMBER 2009

DARIPADA : Y.B DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG ( MARANG), SOALAN : NO.19

Y.B Dato’ Seri Abdul Hadi Bin Awang (Marang) minta Perdana Menteri menyatakan bagi simpanan gas di Blok PM 301, bilakah pengeluaran akan bermula dan ke manakah gas-gas ini akan didaratkan.

JAWAPAN : YB TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP

Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Blok PM301 merupakan medan gas yang terletak bersempadan dengan Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia – Thailand (MTJDA).

PETRONAS telah memaklumkan kerajaan bahawa pada masa ini hanya terdapat sebuah medan gas dalam Blok PM301 yang mengeluarkan hasil iaitu medan Bumi Selatan yang terletak di luar perairan Negeri Kelantan.

Sekian, terima kasih

MP PAS Marang bela Guru Wanita

Sesi pertanyaan jawab Lisan, 1 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PAS Marang kepada soalan asal No. 2. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah menengah khususnya di sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan pinggir bandar [1 Disember 2009]

MP PAS Marang: Ikan Kecil ditangkap, Ikan Besar terlepas

Sesi Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Jabatan Perdana Menteri), 16 November 2009

YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Membahaskan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa) mengenai Kepala Bekalan B1-B9 dan P6/P7 Jabatan Perdana Menteri pada 16 November 2009

MP PAS Marang kemuka Usul Kutuk Regim Zionis Israel

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang [PAS Marang] telah mengemukakan Usul di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) bagi membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, melibatkan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan. Bagaimanapun Usul tersebut di tolak dalam kamar oleh Speaker Dewan Rakyat. Teks Usul adalah seperti berikut:-

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan

Saya Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang adalah dengan ini memberi notis mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) mohon mencadangkan :

“Bahawa Majlis Mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Ahli Dewan Rakyat Kawasan Marang bagi untuk membawa satu usul mengenai perkara tertentu berkenaan kepentingan orangramai yang berkehendak disegerakan, iaitu tentang keperluan kerajaan untuk mengutuk regim zionis Israel dan kumpulan pelampaunya yang terus menerus melakukan keganasan terhadap penduduk Palestin dalam tragedi terbaru pencerobohan dan kepungan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis dan seterusnya membawa kes ini ke pertubuhan antarabangsa yang berkaitan.

Usul ini adalah perkara tertentu, kerana ianya melibatkan keganasan terhadap orang awam dan kepungan di Masjidil Aqsa. Ianya perlu juga disegerakan kerana penduduk awam sedang dan masih dikepung serta kekurangan bahan makanan, serta berhadapan dengan krisis terbaru yang boleh membuka ruang kepada keganasan zionis haram yang berterusan.

Tan Sri yang di-Pertua,
Sekali lagi dunia menyaksikan keganasan yang dilakukan oleh regim haram Israel terhadap penduduk Palestin. Keganasan yang dilakukan pada kali ini adalah terhadap Masjidil Aqsa yang merupakan tempat ibadat yang suci bagi umat Islam. Keganasan oleh regim Israel dan kumpulan pelampau ini di kawasan Haram al-Sharif ini bukanlah kali pertama. Ianya pernah di kutuk menerusi Resolusi 672 (1990) pada 12 Oktober 1990 oleh Majlis Keselamatan, serta telah diperkuatkan dengan Resolusi 1073 (1996), dan sebelumnya menerusi Resolusi 476(1980) dan 478(1980).

Hasil dari keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan pelampau Yahudi yang mengisytiharkan pada 4 Oktober 2009 untuk menggempur Masjidil Aqsa dan seterusnya kepungan oleh anggota keselamatan regim Zionis ini menyebabkan lebih kurang 200 orang terkepung di kawasan Haram al-Sharif serta menghalang bekalan makanan di bawa individu yang berada di dalam tersebut.

Oleh yang demikian saya juga menyeru agar satu Sidang tergempar OIC diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang berlarutan dan tidak berkesudahan ini.

Usul ini menyentuh kepentingan orang ramai kerana keharmonian di kawasan konflik menyebabkan kesan yang buruk bukan sahaja di Asia Barat tetapi kesan berantai terhadap kesejahteraan masyarakat dunia apabila ianya akan menyebabkan ketidakstabilan baru dan kesan ekonomi kepada dunia secara umumnya dan Malaysia secara khususnya.

Sekian, terima kasih,

Bajet 2010: Penyelesaian Islam? (2)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang

Bajet 2010: Penyelesaian Islam? – MP PAS Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Bajet 2010) di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2009

Bajet 2010: Penyelesaian Islam? (1)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang, 27 Oktober 2009

MP PAS Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Bajet 2010) di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2009. [ Menyambung perbahasan pada 26 Oktober 2009]

…. bersambung/ akan menyusul ….

Kerajaan Perlu Berusaha Kembalikan Pengiktirafan Al Azhar

Sesi Pertanyaan Jawab lisan pada 27 Oktober 2009

Soalan tambahan MP PAS Marang kepada soalan asal No. 4. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah peruntukan yang diberikan kepada bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Bahagian Perkembangan Kokurikulum, Kementerian.

MP PAS Marang Bahas Bajet 2010

Sesi Perbahasan Bajet 2010 pada 26 Oktober 20009

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membahaskan Bajet 2010 pada 26 Oktober 2009.

… bersambung pada jam 11.30 pagi 27 Oktober 2009