MP PAS Parit Buntar/ Kuala Nerus Bahas Titah Diraja 2013

Dewan Rakyat 2 Julai 2013

MP PAS Parit Buntar Bahas Titah Diraja 2013

Sebahagaian ucapan MP PAS Kuala Nerus Bahas Titah Diraja 2013 (masalah teknikal)

MP Parit Buntar: Soalan Dewan Rakyat pada 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Perdana Menteri menyatakan tentang reaksi Kerajaan terhadap dakwaan penyelewengan SPR dalam mengendalikan PRU ke 13 baru-baru ini.

2. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Menteri Kesihatan menyatakan tentang status terkini pembinaan Hospital Parit Buntar.

3. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Menteri Kewangan menyatakan apakah peruntukan pembangunan kecil kawasan Parlimen untuk semua Ahli Dewan Rakyat akan diambil kira dalam pembentangan Bajet 2014 nanti.

4. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan aduan pekerja terhadap majikan yang mengamalkan amalan khidmat kontrak yang dilihat menindas pekerja.

5. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Perdana Menteri menyatakan lanjutan usaha memurnikan hubungan antara agama bagi memastikan perpaduan kaum terjamin di negara ini.

6. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Perdana Menteri menyatakan sikap resmi kerajaan dalam isu menangani konflik agama di negara ini.

7. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan tentang kaedah mengawal serangga dan lain-lain ancaman dengan menggunakan pendekatan mesra alam dan tidak berbahaya.

8. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bagi menyediakan blue-print pelestarian mesra alam bandar-bandar bersesuaian dengan usaha menghijaukan negara.

9. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha membersihkan Sabah dari kebanjiran pendatang Filipina yang boleh menggugat keselamatan negara.

10. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan berapakah jalan luar bandar yang masih lagi belum siap dalam usaha menghubungkan kawasan pendalaman dengan bandar.

Pertanyaan Jawab Bertulis
1. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Perdana Menteri menyatakan adakah fatwa-fatwa yang digazetkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dinilai semula berpandungan kepada ijtihad semasa.

2. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan status terkini perlaksanaan projek tebatan banjir di daerah Kerian.

3. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tindakan terhadap majikan yang mengambil bahagian elaun bukan gaji untuk memenuhi keperluan gaji minima pekerja.

4. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Menteri Kewangan menyatakan apakah dapatan dari kajian menyeluruh yang dibuat untuk perlaksanaan GST.

5. Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa [ Parti Buntar ] Minta Perdana Menteri menyatakan kos perbelanjaan kempen 1 Malaysia mulai Januari 2013.

MP PAS Parit Buntar: Isu Duti Eksais Kereta

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. DR MUJAHID YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ]
TARIKH: 29.10.2012

NO. SOALAN: 14 Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan cadangan untuk mengurangkan duti eksais kereta bagi meringankan beban pengguna.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk maklumat Yang Berhormat, harga kereta ditentukan oleh beberapa faktar dan bukan hanya kadar cukai. Faktor-faktor lain adalah seperti kos pengeluaran, pengangkutan, pengiklanan, pengedaran dan juga keuntunagan syarikat dan pengedar yang merupakan elemen diluar kawalah kerajaam.

2. Oleh yang demikian, sebarang cadangan untuk mengurangkan harga kereta hendklah dikaji dengan teliti supaya hasilnya benar-benar dapat memanfaatkan rakyat di samping dapat membantu neningkatkan daya saing sector automotif tempatan dakam jangka panjang.

MP PAS parit Buntar: Perkembangan Klinik 1Malaysia

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB. DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ]
TARIKH : 23.10.2012

NO. SOALAN: 14 minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan Klinik Satu Malaysia dan Masalah yang dihadapi.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Mengikut perancangan, sebanyak 176 buah Klinik 1Malaysia (K1M) akan beroperasi di seluruh Negara pada penghujung tahun ini. Sejak penubuhan K1M dari Januari 2010 sehingga 30 September 2012, 134 buah K1M sedang beroperasi di seluruh Negara. Sementara 42 buah lagi sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan kedatangan kumulatif pesakit ke K1M adalah seramai 5.16 juta orang pesakit.

Dari segi penambahbaikan perkhdiamtan, K1M yang mempunyai kedatangan pesakit melebihi 100 sehari telah ditempatkan dengan Pegawai Perubatan dan sehingga kini, 15 buah K1M telah beroperasi dengan Pegwai Perubatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan menambahbaik perkhidmatan sedia ada di K1M dengan menyediakan rawatan untuk ibu dan anak seperti pemeriksanaan ibu mengandung dan rawatan selepas bersalin, serta immunisasi untuk kanak-kanak.

Perkhidmatan ini, walau bagaimanapun, hanya akan disediakan di K1M yang ditempatkan dengan Pegawai Perubatan (MO) dan premis yang sesuai serta strategic berdasarkan keperluan setempat. Perkhidmatan K1M juga akan bertambah pada tahun 2013, di mana 70 lagi lokasi K1M telah dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri semasa Pengumuman Belanjawan pada 28 September yang lalu.

Di sebalik fatwa larang baca Al Quran

oleh Mujahid Yusof
Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008 tapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat malafide dan kadang-kadang berbaur fithan dan pembohongan. Paling menarik isu Pulau Pinang ialah berligar di sekitar isu Melayu dan Islam di Pulau Pinang dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan Dap ke atas orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Terkini ialah isu larangan membaca Al Quran dengan menggunakann pembesar suara dari corong mesjid dan surau. Sememangnya telah diduga keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang isu ini akan mengundang kontraversial dan pastinya menjadi bola tanggung bagi Umno dan sekutunya untuk membidas dan melibas kerajaan negeri mengikut tema serangan media yang sudah ditetapkan oleh sutradara-sutradara di Putrajaya.

Tidak sukar untuk mengenali modus operandi media perdana yang bertaraf longkang di Malaysia ini kerana gaya pemikiran mereka mendatar dan mudah dibaca, apatah lagi latarbelakang perundangan yang mencengkam pengamal media perdana hari ini menyebabkan media di Malaysi tidak berada pada tahap kebebsan yang sepatutnya.

Apapun isu ‘larangan membaca Al Quran dari corong pembesar suara mesjid dari pejabat Mufti Pulau Pinang sekali lagi akan menjadi mangsa media yang bagai harimau lapar menanti sahaja peluang yang ada untuk menyerang mangsanya.

Saya memulakan penulisan ini dengan menyentuh pihak media kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mengkaburkan keadaan dan mengeksploitasikan keadaan untuk melaksanakan agenda menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya kesal kerana isu pokok pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dalam kes ini telah dikaburkan manakala tambahan ‘rempah ratus’ menyedapkan golongan pemfitnah terus digembar-gemburkan sehingga asal permasalahan diabaikan. Ini sesuatu yang tidak adil kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipesongkan niat asal keputusan itu dibuat.

Saya melihat isu ini dalm perspektif yang objektif kerana asas keputusan itu dibuat jauh dari sebarang kepentingan politik atau campurtangan politik. Kedua, keputusan itu dibuat mengikut kerangka dan proses kerja Jabatan Mufti dan bukan dalam kerangka Exco Agama Pulau Pinang dan jauh sekali Pejabat Ketua Menteri.

Dari awal lagi asas keputusan dibuat tiada unsur kepentingan pentadbiran kerajaan negeri. Jabatan Mufti bertindak di atas kes aduan yang dibuat dan Jawatankuasa Fatwa akan berbincang dengan bantuan unit penyelidikan di Jabatan Mufti dengan merujuk kepada kes yang diadukan.

Dalam hal ini kes yang diadukan ialah hukum penggunaan pembesar suara yang memperdengarkan ayat-ayat Al Quran dari corong mesjid dan surau. Aduan ini juga beralasankan bahawa perbuatan itu ‘mengganggu’ suasana sekeliling. Jawatankuasa Fatwa bersidang bagi menjawab persoalan ini. Dorongan keputusan di sini jelas datang dari proses biasa apabila sesuatu kes diadukan untuk mendapatkan hukum Islam dalam hal ini.

Kerakusan media ‘membelasah’ pandangan ini melalui kenyataan-kenyataan yang provokatif telah memburukkan institusi pembuat keputusan dalam Islam dan kedudukan Mufti sendiri sebagai Penasihat Raja-Raja Melayu. Apakah kerana kenyataan keputusan ini datang dari Pejabat Mufti Pulau Pinang maka ia tidak perlu dihormati? Apa bezanya institusi Mufti Pulau Pinang dengan yang lain?

Mengapa Perlis yang sudahpun membuat keputusan larangan ini tidak kecoh dan heboh? Mengapakah Perlis tidak dilabel sebagai negeri yang mahu ‘meminggirkan Islam’ dengan larangan ini, sedangkan Pulau Pinang dicop demikian. Apa beza larangan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Perlis dengan yang di Pulau Pinang?

Adapun beberapa pihak yang mendakwa bahawa YDP Agung tidak dirujuk, mereka jahil tentang proses sesuatu keputusan dibuat. Apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang hanyalah pendapat tentang hukum kes yang dirujukkan, ia belum menjadi fatwa selagi tidak dipersembahkan kepada Agung dan selalunya Agung akan menghormati keputusan Mufti yang lebih arif tentang hukum hakam Islam.

Jawatankuasa Fatwa yang meneliti kes yang dirujuk tidak perlu berbincang dengan YDP Agung, hanya setelah hendak diwartakan barulah perlu mendapat perkenan Agung. Sehingga kini status keputusan hanyalah di peringkat Jawatankuasa dan tidak boleh dikuatkuasakan walaupun tanggungjawab pihak yang terlibat ialah mengormati keputusan.

Merujuk kepada soalan mengapa Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan, ia adalah satu lagi kejahilan pihak tertentu tentang proses dan hubungan dengan Fatwa Kebangsaan. Sama kesnya dengan Isu “Pengharaman Poco-Poco” Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan awal tentang keputusan itu, hanya setelah dibincangkan Fatwa Kebangsaan menolak tetapi menghormati keputusan Mufti Perak.

Maknanya penerimaan atau penolakan Majlis Fatwa Kebangsaan terpulang kepada Muzakarah yang dibuat dan jika ditolak ia hanya di peringkat kebangsaan sahaja dan Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan negeri masing-masing. Mengapa peraturan ini tidak dipakai untuk kes keputusan Mufti Pulau Pinang?

Saya belum sempat lagi menulis tentang dalil keputusan larangan yang bagi saya cukup syar’ie dan ada dalil yang kukoh dan perlu dihormati. Janganlah kita kerana tenggelam dengan garis politik sempit dan dendam sanggup membutakan mata kita dengan perkiraan syari’e yang menjadi asas kepada setiap perkara dalam tindak tanduk kita. Malangnya orang Melayu sendiri yang memperbodohkan diri mereka dalam isu ini sehingga tersingkaplah wajah mereka sebenarnya yang kononya menjadi pembela Islam tetapi untuk Pulau Pinang mereka membelasah institusi Islam semahu-mahunya! Saya amat menyokong pandangan Mufti dan syabas kerana berani berkata benar walaupun pahit. – Sumber Harakahdaily

Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat

Taraf gred perjawatan sentiasa dikaji

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 10
DARIPADA : Y.B. DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA (PARIT BUNTAR)
TARIKH : 26.10.2009

Y.B. DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ] minta Menteri Pelajaran menyatakan bidang tugas perkeranian yang dijalankan oleh guru kelas atau guru tingkatan, adakah Kementerian bercadang mewujudkan jawatan kerani bagi menjalankan tugas perkeranian guru kelas bagi meringankan bebanan tugas guru.

JAWAPAN : Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pewujudan gred-gred perjawatan dalam organisasi adalah berdasarkan kepada justifikasi beban tugas, kompleksiti serta kuasa dan kawalan (power and control) dalam bidang kerja serta pengkhususan masing-masing. Oleh itu gred-gred perjawatan yang diwujudkan adalah sama dan bergantung kepada faktor-faktor bebanan yang digunapakai oleh semua Agensi Kerajaan termasuklah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kelulusan sesuatu gred jawatan adalah dalam bidang kuasa Agensi Pusat selepas kajian yang teliti dibuat. Justeru, kenaikan taraf gred perjawatan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa supaya sepadan dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Terdapat pelbagai langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan beban tugas guru. Di antaranya ialah Kerajaan telah meluluskan perubahan norma perjawatan guru KBSR di sekolah rendah dan guru KBSM di sekolah menengah dari 1.5n kepada 1.7n secara berperingkat mulai tahun 2006 hingga tahun 2012. Perubahan norma perjawatan guru ini telah melibatkan pertambahan jawatan sebanyak 9,503 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 sejak 2006 hingga 2008.

Di samping itu, Kerajaan juga telah meluluskan beberapa jawatan bukan guru di sekolah untuk membantu guru dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran clan proses pengajaran serta pembelajaran di sekolah. Untuk makluman, pada 1 Januari 2009, penambahan sebanyak 6,898 jawatan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) seperti Pembantu Tadbir (perkeranian), Pembantu Tadbir Rendah clan Pembantu Am Rendah telah diluluskan oleh Agensi Pusat bagi membantu tugas-tugas pentadbiran di samping mengurangkan beban tugas perkeranian yang dijalankan oleh guru kelas atau guru tingkatan. Selain itu juga, beberapa jawatan lain seperti Pembantu Pengurusan Murid, Pembantu Makmal dan Juruteknik Komputer telah ditambah baik bagi membantu guru-guru di sekolah.

Benarkan Perhimpunan aman di stadium

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 25 November 2009

– Soalan MP PAS Parit Buntar No. 14. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah pihak Kementerian akan membenarkan perhimpunan aman diadakan di tempat yang selesa danselamat seperti di stadium atau seumpamanya bagi mengimbangi keperluan hak untuk berhimpun dan kepentingan keselamatan awam [25 Nov. 2009]

MP PAS Parit Buntar Bahas bajet 2010 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Sesi Perbahasan Rang Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar) pada 24 November 2009

MP PAS Parit Buntar – YB Dr Mujahid Yusof Rawa bahas

MP PAS Padang Terap vs Timbalan Menteri

Nota: Bajet 2010 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Kepala B23, P23; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 860,970,100 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,693,691.000.

Skim Gaji kepada Jururawat berIjazah?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 24 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS parit Buntar kepada soalan asal No. 10. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan jururawat yang mempunyai ijazah berkhidmat di pejabat kesihatan daerah dan hospital Kerajaan serta sudahkah Kerajaan melaksanakan jawatan dan skim gaji baru kepada jururawat-jururawat berijazah ini. [24 Nov. 2009]

Bajet 2010: MP Pakatan Rakyat vs Timbalan Menteri Luar

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Luar Negeri) pada 19 November 2009.

MP PAS Parit Buntar dan lain-lain mencelah

MP Bebas Pasir Mas mencelah

MP PKR Balik Pulau mencelah

MP PAS Tumpat mencelah

Pengundian: Bersetuju = 37 Undi, Tidak Bersetuju+ 21 undi

Nota: Kementerian Luar Negeri
Kepala B13, P13; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM450,481,200 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 128,248,000.