MP PAS Pasir Mas Bahas Titah Diraja 2013

Dewan Rakyat 3 Julai 2013

MP PAS Pasir Mas Bahas Titah Diraja 2013

MP Pasir Mas: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

Pertanyaan Jawab Lisan
1. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah penanda aras dikalangan negara-negara luar yang telah berjaya dalam usaha untuk menangani penyalahgunaan media sosial

2. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan statistik yang telah direkodkan bagi kesalahan Seksyen 211 (Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik) dari tahun 2008 hingga 2012

3. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan mendedahkan isu sebenar yang melatari kes pergantungan bekas ketus jurulatih olahraga kebangsaan dan enam atlet pecut negara baru-baru ini

4. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah tindakan kementerian dalam menyelesaikan insiden buruk yang telah berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang lalu

5. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah perkembangan Dasar Sukan Negara 2009 khususnya dalam mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa

6. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauhmana kerjasama yang telah dilakukan bersama Kementerian Pendidikan untuk mengkaji keberkesanan kurikulum pendidikan jasmani dalam membina bakat muda disamping usaha untuk membudayakan sukan dikalangan masyarakat

7. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bagaimana sokongan pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta dalam memastikan keseimbangan pembangunan kemudahan sukan dan penyelenggaraannya

8. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah sumbangan signifikan yang telah diberikan oleh Parlimen Belia sejak ia ditubuhkan

9. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan adakah tawaran-tawaran yang dihantar oleh pihak syarikat kewangan kepada individu-individu tertentu dianggap melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi

10. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah program-program yang telah dilaksanakan serta hasil yang telah diperolehi dalam memberikan ruang yang lebih kondusif kepada golongan belia untuk mengekspresikan idea yang bermanfaat

PERTANYAAN JAWAB BERTULIS
1. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah mekanisme atau kaedah yang dilakukan oleh Sistem Pemantauan Berpusat terhadap kemudahan penggunaan komputer Pusat Internet 1Malaysia.

2. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan mendedahkan jumlah yang telah dibelanjakan dalam menganjurkan Festival Belia Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013.

3. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah faktor utama peningkatan lebih 15% kes aduan yang diterima oleh SKMM pada tahun 2011

4. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan mendedahkan jumlah dana yang telah diperuntukkan serta diagihkan bagi program galakan melahirkan usahawan belia

5. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan adakah terdapat satu kajian yang terperinci dalam memahami krisis golongan anak muda yang bersifat delinkuen khususnya ketika situasi di luar jangkauan.

MP Bahas Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Sesi Perbahasan Rang Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) pada 24 November 2009

MP DAP Ipoh Timur – YB Lim Kit Siang bahas

MP Bebas Pasir Mas – YB Dato’ Ibrahim Ali bahas

MP PAS Kuala Krai – YB Dr Mohd Hatta Ramli Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kepala B24, P24; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 535,440,800 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,283,672,000.

MP Pakatan Rakyat/ Bebas Bahas Bajet 2010 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Sesi Perbahasan Rang Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar) pada 24 November 2009

MP PKR Kuantan Bahas

MP Pasir Mas Bahas

MP PKR Lembah Pantai Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Kepala B23, P23; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 860,970,100 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,693,691.000.

MP Pakatan Rakyat/Bebas Bahas Bajet 2010 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi) pada 23 November 2009.

MP PAS Padang Terap – YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria Bahas Bajet 2010 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

MP PKR Kuala Kedah – YB Ahmad Lebai Kassim Bahas Bajet 2010 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

MP Bebas Pasir Mas – YB Dato’ Ibrahim Ali Bahas Bajet 2010 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

MP PAS Kota Raja Bahas Bajet 2010 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi – YB Dr Siti Mariah bt Mahmud

Nota: Bajet 2010 – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Kepala B20, P20; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 709,308,500 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 372,000,000.

Semua MP dilantik Ahli Majlis Pembangunan Pertanian?

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar – Penggulungan Menteri/ Timbalan Menteri), 12 November 2009

Semua MP dilantik Ahli Majlis Pembangunan Pertanian

– MP PAS Rantau Panjang, YB Siti Zailah bt Mohd Yusoff mencelah penggulungan Bajet 2010 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 12 November 2009.

KADA: Kerajaan banyak habis duit kepada Ladang Merdeka, Petani dapat apa?
[yotube=http://www.youtube.com/watch?v=LTzpMoxHHqI]

– MP Bebas Pasir Mas Dato’ Ibrahim Ali mencelah penggulungan Bajet 2010 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 12 November 2009.

MP Pasir Mas minta Hutang tertunggak PTPTN dihapuskira

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 3 November 2009

MP minta Hutang tertunggak PTPTN dihapuskira – Soalan tambahan MP Bebas dan MP PKR Lembah Pantai kepada soalan asal No. 3. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah sebenar hutang PTPTN yang tertunggak dan apakah perancangan Kerajaan dalam membantu siswazah yang tidak berpeluang menerima pinjaman untuk meneruskan pengajian mereka di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. [3 November 2009]

ECER: Di Lapangan belum ada tanda-tanda projek dibuat

Sesi Pertanyaan Jawab lisan 21 Oktober 2009

Soalan tambahan MP PKR

Soalan Asal

No.6. Dato’ Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci apakah Kerajaan Kelantan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap pelaksanaan projek ECER dan beri contoh-contoh kerjasama yang diberi dan kerjasama yang tidak diberi secara khusus. [21 okt. 2009]

Sikap memperlekehkan rakyat dan Kerajaan Kelantan akan dijawab di Manek Urai – MP PAS Shah Alam

Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 16 Jun 2009

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencelah Ucapan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 16 Jun 2009.

MB Selangor dan MP Kota Raja mencelah ucapan MP Pasir Mas

27 November 2008:

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor dan MP Kota Raja mencelah ucapan Ahli Parlimen Pasir Mas membahaskan peruntukan Kementerian Pelajaran, 27 Nov. 2008