MP PAS Pengkalan Chepa Bahas Titah Diraja 2013

Dewan Rakyat 3 Julai 2013

MP PAS Pengkalan Chepa Bahas Titah Diraja 2013

MP Pengkalan Chepa: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, DEWAN RAKYAT KE 13 PADA 24 JUN HINGGA 18 JULAI 2013

SOALAN JAWAB LISAN:
1) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa ramaikah Pegawai Agama yang telah dilantik di Hospital-hospital Utama Kerajaan mengikut negeri di antara tahun 2008 hingga tahun 2013?

2) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana Kerajaan memantau dan menitikberatkan kualiti ubat-ubatan yang dibekalkan kepada hospital-hospital Kerajaan dalam rangka memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat?

3) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan sedar hampir semua Pusat Hemodialisis sekarang ini dikenakan syarat oleh Malaysian Society of Nephrology (MSN) supaya ‘person in charge (PIC)’ mesti dari kalangan Doktor Pakar Perubatan Penyakit Dalaman (internal medicine), sedangkan syarat tersebut tidak wujud dalam mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan?

4) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Kerajaan boleh memastikan tahap ‘denggi sifar’ dapat dicapai di kalangan rakyat di negara ini?

5) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah langkah-langkah yang telah diambil selama ini untuk mengatasi masalah miskin tegar di negara ini telah mencapai sasarannya, dan jika belum dicapai apakah tindakan susulan untuk mencapainya?

Soalan Jawab Bertulis
6) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah Pengusaha Bumiputra Kelantan yang telah mendapat manfaat daripada Sekim Pembangunan Ekonomi Desa (SPED) dari tahun 2008 hingga 2013?

7) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta MENTERI PENGANGKUTAN menjelaskan bilakah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa akan dinaik taraf menjadi Lapangan Terbang Antarabangsa memandangkan jumlah penerbangan di lapangan terbang ini yang semakin bertambah dan menjadi antara lapangan terbang yang paling sibuk di negara ini?

8) DR. HJ. IZANI BIN HJ. HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] Minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah kandungan ‘silver nitrate’ di dalam dakwat kekal yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini?

Pijak Kepala Lembu, 12 suspek ditahan

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 31
DARIPADA : DATO’ HAJI AB. HALIM BIN AB. RAHMAN [ PENGKALAN CHEPA ]
TARIKH : 21 OKTOBER 2009 2049

Dato’ Haji Ab. Halim Bin Alb. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan baru-baru ini perarakan membantah pemindahan kuil daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Di antara mereka telah bertindak memijak-mijak kepala lembu sebagai menghina agama lain. Berapa ramai yang telah ditangkap dan didakwa.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kes demonstrasi haram berhubung bantahan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam adalah disiasat di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan 1948.

Hasil daripada siasatan pihak polis, seramai 12 orang suspek telah ditahan dan telah dituduh di mahkamah pada 9 September 2009.

Perancangan Kerajaan menghadapi bilangan penumpang AirAsia

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 17 November 2009

– 8. Dato’ Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah benar bilangan penumpang AirAsia dijangkakan mencecah 10 hingga 15 juta penumpang menjelang 2015 sekiranya benar apakah tindakan Kerajaan untuk membina / membesar terminal di LCCT bagi menampung bilangan penumpang itu dan berapakah belanja projek ini dan bilakah dimulakan secara agresif.

MP PAS Pengkalan Chepa: SPR perlu buat pembersihan Daftar Pemilih

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 4 November 2009

Soalan tambahan MP PAS Pengkalan Chepa kepada soalan asal No. 3. Dato’ Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejajar dengan konsep 1Malaysia di mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, apakah Kerajaan bersedia untuk mengkaji kaedah pengundian pos di kalangan angkatan tentera, polis dan isteri mereka secara terus. [4 November 2009]

MP PAS bela Pekebun Kecil Getah

Perbahasan Rang Undang-Undang

MP PAS Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar dan MP PAS Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman mencelah ucapan MP Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali membahaskan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009. [19 Okt 2009]

Kerajaan Perpaduan: Kenyataan Timbalan Presiden PAS adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti – MP PAS Pengkalan Chepa

Menyambung Perbahasan Rang Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

1.

2.

3.

4.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman menyambung membahaskan RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 17 Jun 2009.

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Teruskan membaca

‘Gomo kuat sangat, seolah-olah Kelantan tiada pembangunan, buta tu … – MP PAS Pengkalan Chepa

Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 16 Jun 2009

1.

2.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman membahaskan RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 16 Jun 2009.

…. bersambung ucapannya pada 17 Jun 2009.

MP PAS Pengkalan Chepa: Ingin tahu jumlah Juruterbang mengikut kaum?

2 Mac 2009 – Sesi Soalan jawab lisan
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah pusat-pusat latihan juruterbang dan jumlah pelatih juruterbang yang telah dilahirkan hingga kini dan berapakah yang telah memperoleh pinjaman/biasiswa daripada kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Pengkalan Chepa, pada masa sekarang terdapat tujuh buah pusat latihan juruterbang manakala seramai 1,513 orang pelatih juruterbang telah dapat dilahirkan sehingga hari ini. Setakat ini kerajaan dan agensi-agensi kerajaan tidak
mengeluarkan pinjaman atau biasiswa kepada pelatih.

Walau bagaimanapun pihak MARA ada menyediakan kemudahan pinjaman untuk membiayai latihan juruterbang dan pelatih dikehendaki menguruskan sendiri bagi mendapatkan pinjaman ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih. Soalan tambahan saya, sejak kebelakangan ini dimaklumkan ramai juruterbang-juruterbang profesional kita telah berpindah ke luar negara.

Kalau benar, berapakah jumlah mereka dan berapakah gaji pilot profesional dan latihan di Malaysia ini dan berapakah kekurangan juruterbang sekarang ini mengikut kaum dan adakah kerajaan bercadang untuk memberi sumbangan atau scholarship kepada juruterbang-juruterbang pelatih pada masa akan datang.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin [Beaufort]: Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Pengkalan Chepa agak spesifik, minta berapa juruterbang yang telah lari dari negara kita, berapa jumlah gaji dan sebagainya. Jadi saya tidak ada data pada pagi ini di Dewan ini. Walau bagaimanapun saya akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

MP PAS Pengkalan Chepa: Bahas Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa membahaskan Rang Undang-Undang suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM), Dewan Rakyat 16 Disember 2008