MP PKR Batu: Tunggakan Bil Utiliti DBKL?

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : Y.B. TUAN CHUA TIAN CHANG [ KAWASAN BATU ]
TARIKH : 09.10.2012
NO. SOALAN : 37 Y.B TUAN CHUA TIAN CHANG minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan:-
a) Berapakh jumlah tunggakan bil utility mengikut kawasan perumahan awam dan lampu jalan DBKL; dan
b) Apakah kaedah penyelesaian supaya tidak menjejaskan kehidupan penduduk.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat dari Batu, Perumahan yang diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh dipecahkan kepada dua (2) kategori iaitu Perumahan Awam/PPR DBKL dan Perumahan Jual.

Bagi Perumahan Awam/PPR DBKL, DBKL membuat pembayaran bil air secara pukal kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Selepas itu, DBKL akan membuat bacaan meter secara individu ke atas setiap unit rumah sewa dan bil air ini perlu dijelaskan oleh penyewa kepada DBKL.

Bagi bil elektrik Perumahan Awam/PPR DBKL pula, DBKL turut membuat pembayaran secara pukal kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi bil-bil guna sama tersebut termasuk bil lampu jalan. Seterusnya TNB akan membuat bacaan meter dan mengunakan caj bil elektrik terus kepada penyewa perumahan.

Sehubungan dengan itu, bagi Perumahan Awam/PPR DBKL, DBKL tidak mempunyai tunggakan bil air dan elektrik kepada SYABAS dan TNB kerana bil-bil tersebut dibayar secara pukal kepada agensi tersebut.

Manakala Perumahan Awam yang dijual oleh DBKL bagi 8 (lapan) kawasan yang masih diurus oleh DBKL pula, sehingga 1 September 2012 terdapat tunggakan bil utility iaitu bil air sebanyak RM 156,207.91 dan bil elektrik RM 279,043.60.

Tunggakan ini berlaku adalah kerana pihak Jabatan hanya mampu membayar bil-bil semasa sahaja dan tunggakan hanya akan dijelaskan sedikit demi sedikit apabila kutipan yuran perkhidmatan mempunyai lebihan.

Buat masa ini, kutipan daripda yuran perkhidamtan dalah sangat kurang dan tidak mencukupi untuk membayar tunggakan-tunggakan tersebut. Bagi tidak menjejaskan kehidupan penduduk, DBKL telah mengambil pendekatan berhemah dengan mendapatkan kerjasama dan budi bicara daripada SYABAS dan TNB supaya tunggakan ini dapat dijelaskan apabila ada lebihan daripada kutipan yuran perkhidmatan.

Sementara itu, DBKL terus berusaha untuk menyelesaikan tunggakan-tunggakan utility ini secepat yang mungkin dengan cara mendapatkan kerjasama penduduk supaya membayar yuran perkhidmatan pada masa yang ditetapkan.

MP PKR Batu: Tiada Tindakan kepada Musa Aman dan Michael Chia?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN CHUA TIAN CHANG [BATU]
TARIKH : 08.10.2012 (ISNIN)
SOALAN 33 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebab pendakwa raya sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan terhadap Musa Aman dan Michael Chia selepas siasatan telah selesai oleh SPRM dan kes turut difailkan di Mahkamah Switzerland.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman dewan yang mulia ini, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakakn oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.

2. Pada masa yang sama, kes tersebut telah turut disiasat oleh Indepent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC). Berdasarkan siasatan ICAC berkaitan kes ini dan keputusan siasatan SPRM yang tersebut di atas ICAC juga tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.

3. Mengenai kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland, ia merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC bagi tujuan menyiasat perkara yang sama. Permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama yang dinyatakan di atas.

MP PKR Batu: Kerajaan belum muktamad swastakan KTMB?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN CHUA TIAN CHANG [BATU]
TARIKH : 04.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 38 : Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a)sama ada Kerajaan telah menerima cadangan daripada MMC untuk menswastakan KTMB dan apakah pendirian Kerajaan
b)sama ada Kerajaan sedar bahawa penswastaan ini boleh menyebabkan kehakisan peluang pekerjaan dan hak-hak pekerja KTMB.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, Kerajaan telah menerima cadangan daripada MMC Corporation Berhad (MMC) untuk melaksanakan kajian due diligence bagi tujuan menswastakan KTMB .

Sehubungan itu,selaras dengan hasrat Kerajaan agar KTMB ditranformasikan supaya menjadikan lebih berdaya maju dan cekap terutamanya dari aspek kewangan, Kerajaan telah membenarkan MMC untuk melaksanakan kajian berkenaan dan seterusnya mencadangkan kepada Kerajaan Model Perniagaan baru KTMB yang commercially viable and feasible.

Walaubagaimanapun, pada masa ini Kerajaan masih belum membuat keputusan mengenai cadangan penswastaan KTMB kerana pihak MMC masih dalam peringkat memuktamadkan kajian berkenaan. Dalam hubungan ini, perlu saya naytakan bahawa secara prinsipnya sebarang cadangan penswastaan yang dikemukakan kepada kerajaan perlu diperhalusi dengan lebih terperinci agar ia benar-benar memberi peluang terbaik kepada kerajaan dan manfaat kepada rakyat.

Kerajaan juga tidak menolak kemungkinan bahawa sebarang keputusan untuk menswastakan KTMB akan menimbulkan kerisauan di kalangan pekerja KTMB khususnya melibatkan kehilangan pekerjaan dan kebajikan pekerja sedia ada di bawah pengurusan baru. Sebagai salah satu organisasi tertua di negara ini, Kerajaan sentiasa mengiktiraf sumbangan pekerja KTMB yang selama ini memastikan Perkhidmatan kereta api terus beroperasi untuk rakyat.

Oleh itu, bagi menghargai sumbangan mereka serta memelihara keharmonian organisasi, Kerajaan komited dalam memastikan kebajikan dan hak pekerja KTMB sentiasa dilindungi seadilnya.

Justeru, masalah kehakisan peluang pekerjaan tidak timbul dan tambahan lagi operasi kereta api memerlukan skil dan kompetensi khusus di mana pekerja KTMB telah pun memiliki pengalaman dan kemahiran berkaitan.

MP PKR Batu Bahas Bajet 2010 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, Air

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air) pada 2 DIsember 2009.

– YB Tian Chua membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air) pada 2 DIsember 2009.

MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kementerian Luar Negeri

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Luar Negeri) pada 19 November 2009.

MP PKR Batu YB Tian Chua Bahas Bajet 2010 Kementerian Luar

MP PAS Kuala Selangor- YB Dr Dzulkefly Ahmad Bahas Bajet 2010 Kementerian Luar

MP PKR Kulim Bandar Baru – YB Zulkifli Nordin Bahas Bajet 2010 Kementerian Luar (1)

Nota: Belanjan Mengurus dan Pembangunan Bajet 2010 – Kementerian Luar Negeri
Kepala B13, P13; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM450,481,200 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 128,248,000.

MP PKR Batu: Ambil kesempatan krisis ekonomi dengan formula ‘urban renewal’

17 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang membenarkan saya untuk menyertai perbahasan dalam Anggaran Perbelanjaan Tambahan Kedua ini.

Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa perbahasan ini dalam Anggaran Perbelanjaan Tambahan ini harus dilihat dalam konteks negara kita menghadapi krisis ekonomi global dan juga paradigm atau konteks formula lama untuk menguruskan ekonomi ini tidak lagi menunjukkan kecekapannya untuk menangani krisis demi krisis.

Ini juga harus dilihat dalam sebagai alat untuk mengatasi bersama-sama dengan stimulus package dan apa-apa lagi perbelanjaan tambahan yang akan dikemukakan oleh kerajaan sebagai alat yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah ekonomi negara kita.

Dalam konteks ini, saya memang menyeru supaya kita harus memandang cara untuk mengatasi ini di luar kotak, thinking outside the box dan dengan untuk memastikan wang-wang yang kita tambah diluluskan dengan cara yang bertanggungjawab dan dana ini sampai kepada golongan-golongan yang memerlukan.
Teruskan membaca