MP PKR Indera Mahkota: Kenaikan Harga Barang berlaku secara logik?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : TUAN AZAN BIN ISMAIL [INDERA MAHKOTA]
TARIKH : 08.10.2012 (ISNIN)
SOALAN 29 : Minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah cadangan Kerajaan untuk memastikan peningkatan harga barangan keperluan berlaku secara logik dan tidak membawa kesan penggandaan dalam kenaikan harga sebagaimana yang berlaku ke atas kenaikan 10% harga simen dan harga barang pembinaan, rumah dan hartanah secara keseluruhan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kenaikan harga dipengaruhi oleh beberapa faktor kos seperti modal, input,gaji dan sebagainya. Oleh yang demikian di bawak seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terdapat mekanisme di mana para peniaga boleh diminta memberikan sebab kenaikan harga berlaku secara luar biasa bagi sesuatu barangan.

Sekiranya peniaga gagal memberikan penjelasan kenaikan harga disebabkan oleh kenaikan kos input,modal atau kos-kos lain, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Prinsip yang sama juga digunakan bagi produk-produk yang berkaitan dengannya. Dengan cara ini, diharapkan kesan kenaikan harga secara berganda dapat dikawal.Kementerian telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis ke atas peniaga/ syarikat yang menjalankan aktiviti mencatut. Dari 17 Mei 2011 sehingga 20 September 2012 sebayak 236 notis justifikasi kenaikan harga telah dikeluarkan di bawah seksyen 21, Akta kawalan kenaikan harga dan antipencatutan 2011 kepada peniaga/ syarikat yang didapati terbabit dalam isu menaikkan harga.Pecahan tindakan adalah seperti berikut:

i. sebanyak 146 notis dikeluarkan kepada peniaga diseluruh negara semasa pelaksanaan ops Gaji 2 dari 12 Oktober 2011 sehingga 31 Mei 2012. Ops Gaji ini dilancarkan bagi membendung kenaikan harga dan caj perkhidmatan yang tidak berpatutan dalam pasaran. Sepanjang pelaksanaan Ops Gaji 2,sebanyak 576 kes telah dihasilkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 atas pelbagai kesalahan.

ii. sebanyak 46 notis dikeluarkan semasa berlakunya isu kenaikan harga ikan yang tinggi di pasaran dari 16 Jun hingga 19 Julai 2011.

iii. sebanyak 20 notis dikeluarkan kepada pengusaha depot semasa berlakunya isu depot gate chargers dari tempoh 17 sehingga 18 Mei 2012.

iv. sebanyak 23 notis dikeluarkan kepada restoran dan pengusaha kedai makan semasa isu harga air kosong yang tinggi di premis makan dari 13 Februari 2012 sehingga 6 March 2012.

v. sebanyak 1 notis dikeluarkan kepada syarikat simen yang didapati menaikkan harga simen pada bulan Ogos 2012.

MP PKR Indera Mahkota Bahas Bajet 2010 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, Air

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air) pada 2 DIsember 2009

– YB Azan Ismail membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air) pada 2 DIsember 2009.

Nota: Bajet 2010 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kepala B29, P29; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 121,123,900 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,326,865,000.

MP Pakatan Rakyat vs Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) pada 30 November 2009

MP PKR Sg Petani – YB Dato’ Johari Abdul mencelah penggulungan Menteri

MP PKR Indera Mahkota – YB Azan Ismail mencelah penggulungan Menteri

MP PAS Kuala Selangor – YB Dr Dzulkefly bin Ahmad mencelah penggulungan Menteri

Kos RM16 Juta untuk 1 Pingat Emas

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 30 November 2009

– Soalan tambahan kepada soalan asal No. 14. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah rasional meletakkan sasaran pencapaian satu pingat emas di Sukan Olimpik akan datang di London dengan peruntukan kos sebanyak RM16 juta serta bagaimanakah bentuk persediaan yang dibuat dan bidang apakah yang mungkin menjadi harapan utama [30 November 2009]

MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (1)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) pada 25 November 2009

MP PKR Indera Mahkota – YB Azan Ismail Bahas Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

MP PKR Sg Petani – YB Dato’ Johari Abdul Bajet 2010 KPDN & Koperasi

MP PAS Hulu Langat – YB Dr Che Rosli Che Mat Bajet 2010 KPDN & Koperasi

MP PKR Balik Pulau – YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff

Nota: Bajet 2010 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Kepala B25, P25; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 376,575,600 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 51,725,000.

MP PKR Indera Mahkota Bahas Bajet 2010 Kementerian Luar

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa), 19 November 2009

– YB Azan Ismail membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Luar Negeri) pada 19 November 2009.

MP PKR Indera Mahkota Bahas Bajet 2010 Kementerian Kewangan

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa), 18 November 2009

– YB Azan bin Ismail membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa) bagi Kepala B10-12 dan P70 Kementerian Kewangan pada 18 November 2009.

Dasar melindungi terhapus, Skim prosper memberi impak negatif

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 18 November 2009

– Soalan tambahan MP PKR Indera Mahkota kepada soalan asal No. 1. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan usahawan yang dapat dilahirkan dan projek perniagaan yang dapat dibangunkan menerusi Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper) termasuk Skim Prosper Siswazah oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sehingga 30 September 2009. [18 Nov. 2009]

Gaji Minima: Sudah sampai masa kajian menyeluruh

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringka Dasar – Penggulungan Menteri/ Timbalan Menteri), 12 November 2009

(1) – MP PKR Balik Pulau dan Indera Mahkota serta MP PAS Kuala selangor mencelah penggulungan Bajet 2010 Menteri Sumber Manusia pada 12 November 2009.

Pengecualian cukai keuntungan yang dibawa bawa balik

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar – Penggulungan oleh Menteri dan Timbalan Menteri), 10 November 2009

Pengecualian cukai keuntungan yang dibawa bawa balik – MP PKR Indera Mahkota, YB Azan Ismail mencelah penggulungan Bajet 2010 Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 10 November 2009