MP PKR Ketereh: Isu Royalti – Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN HAJI AB AZIZ BIN AB KADIR [ KETEREH]
TARIKH : 16.10.2012 (SELASA)

SOALAN 18 Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan negeri-negeri yang terlibat dalam isu royalti minyak dan gas serta pertimbangan apakah yang diambil kira bagi menentukan layak atau tidak untuk mendapatkan royalti. Apakah tahap kemajuan Jawatankuasa Khas Royalti yang telah ditubuhkan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Barayan Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah ditubuhkan untuk menentukan kewajaran Bayaran Tunai diberikan kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang terlibat negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang berkenaan hasil petroleum yang dikeluarkan di kawasan luar pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Terna-terma rujukan Jawatankuasa Khas ini adalah seperti berikut:
i) mengenaLpasti jika ada negeri-negeri yang wajar menerima Bayaran Tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
ii) menentukan kaedah serta jumlah pembayaran Bayaran Tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan Jawatankuasa Khas ini masih belum bersidang kerana wakil-wakil negeri belum dilantik.

Sekian.

MP PKR Ketereh: Jumlah Kes Kecederaan dan Pampasan oleh Polis?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: TUAN HAJI AB AZIZ BIN AB KADIR [KERETEH]
TARIKH: 04.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 14: Minta MENTERI DALAN NEGERI menyatakan berapakah kes-kes kecederaan yang dialami oleh orang awam dalam operasi polis mengikut kategori kecederaan.Apakah ada sebarang pampasan yang dibayar kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk maklumat ahli yang berhormat,berdasarkan rekod dari Jabatan Peguam Negara,pada masa ini terdapat 8 kes sivil yang masih aktif yang melibatkan tuntutan oleh orang awam terhadap kerajaan yang berkaitan dengan kecederaan yang dialami semasa operasi yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, terdapat 7 kes yang telah selesai dan pampasan telah dibayar kepada pihak yang menuntut manakala 2 kes lagi berakhir dengan tuntutan dibatalkan oleh mahkamah. Kes-kes yang telah selesai ini melibatkan tuntutan yang telah diselesaikan antara tahun 2010 hingga 2012 manakala tarikh pemfailannya pula adalah pada tahun 1985 ( 1 kes), 2007 ( 2 kes), 2008 (2 kes), 2010 (1 Kes) dan 2011 (2 Kes).

Antara kecederaan yang didakwa telah dialami ialah kederaan atau kematian akibat tembakan polis (9 kes),kecederaan fizikal bukan atas tembakan (3 kes), kecederaan kerana dilanggar kenderaan polis (2 kes) dan kecederaan akibat kemalangan sendiri semasa operasi ( 1 kes). Pampasan yang telah dibayar adalah seperti berikut:

i. kecederaan di kaki akibat tembakan (RM 33,000.00)
ii. kecederaan di lengan akibat tembakan (RM 25,000.00)
iii. kecederaan di peha dan punggung akibat tembakan (RM 50,000.00)
iv. kecederaan akibat tembakan semasa melarikan diri daripada sekatan polis (RM 130,000.00)
v. mati akibat dilanggar kenderaan polis (RM 25,000.00)

RTM perlu beri peluang rakyat dapat maklumat pelbagai pihak

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PKR Ketereh kepada soalan asal No. 10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tidak adakah cadangan untuk menjadikan RTM sebagai wadah untuk melahirkan satu bentuk pola pemikiran, nilai dan budaya yang baru yang benar-benar menggambarkan amalan rakyat didahulukan prestasi diutamakan bukan sebagai alat propaganda Kerajaan sahaja. [2 Dis. 2009]

MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (1)

Sesi Perbahasan Rang Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) pada 24 November 2009

MP PAS Padang Terap – YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria Bahas

MP PKR Ketereh – YB Abdul Aziz Kadir Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kepala B22, P22; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 3,516,857,300 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 3,698,013,000.

Projek basmi kemiskinan berjaya? – MP PKR Ketereh

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 17 November 2009

Projek basmi kemiskinan berjaya? – Soal MP PKR Ketereh kepada soalan No. 10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai terkini data-data yang lengkap berkaitan dengan kegagalan dan kejayaan usaha yang telah dilaksanakan menerusi program pembasmian rakyat termiskin di seluruh negara dari tahun 2005 sehingga kini. [17 Nov. 2009]

MP PKR Ketereh Bahas Bajet 2010

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa), 5 November 2009

YB Abdul Aziz Kadir membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Dasar) di Dewan Rakyat pada 5 November 2009

MP PKR Ketereh soal Menteri Dalam Negeri

Sesi Pertanyaan Jawab lisan, 5 November 2009

Soalan tambahan MP PKR Ketereh kepada soalan asal No. 2. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai jumlah warga asing yang telah tinggal lebih masa di negara kita dan apakah pihak Kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan Visa Waktu Ketibaan (VOA). [5 Nov 2009]

MP PKR Ketereh: Kerajaan diminta memantau Proses pinjaman TEKUN

11 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir [Ketereh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Dalam sama-sama berusaha untuk menangani krisis ekonomi global ini, saya kira kementerian juga seharusnya memantau proses memberi pinjaman ini dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh supaya tidak ada pra syarat yang tidak sepatutnya dalam usaha meluluskan bantuan atau pinjaman kepada para belia ini seperti contohnya dalam memberi pinjaman seharusnya menjadi ahli UMNO ataupun borang-borang permohonan disahkan oleh pimpinan utama UMNO sebagaimana yang dibuat dalam pinjaman TEKUN.

Adakah kerajaan bersedia untuk memastikan bahawa perkara-perkara tersebut tidak berlaku dan dihindarkan dari usaha menyalurkan bantuan kepada pemohon yang benar-benar layak, terima kasih.

Tuan Wee Jeck Seng: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu tidak timbul sekalipun. Kalau kena adanya bantuan daripada ketua-ketua masyarakat atau setempat hanya untuk memastikan kesahihan atau keperluan itu. Itulah yang dikatakan oleh Yang Berhormat kata perlu kita ikhlas, perlu kita merujuk kepada sasaran yang tepat maka itulah satu cara yang saya rasa boleh menepati keperluan semua dan bukan untuk golongan tertentu sahaja, sekian.

Soalan asal No. 6. Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir [Ketereh] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah usaha-usaha kerajaan bagi memastikan para belia yang telah diberi bimbingan mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka. Sila berikan beberapa contoh kejayaan yang dapat dibanggakan di kalangan belia yang telah mendapat bimbingan agensi di bawah kementerian.
Teruskan membaca