MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan (2)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pengangkutan) pada 1 Disember 2009

MP DAP PJ Utara – YB Tony Pua Bahas

MP DAP Ipoh Timur Bahas

MP PKR Kuantan bahas

MP PAS Kota Raja Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan
Kepala B28, P28; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 925,588,600 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM2,168,687,000.

MP Pakatan Rakyat/ Bebas Bahas Bajet 2010 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Sesi Perbahasan Rang Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar) pada 24 November 2009

MP PKR Kuantan Bahas

MP Pasir Mas Bahas

MP PKR Lembah Pantai Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Kepala B23, P23; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 860,970,100 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,693,691.000.

MP PKR Kuantan: Kenapa peruntukan MKJR dipotong?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 19 November 2009

Kenapa peruntukan MKJR dipotong? – Soalan tambahan MP PKR Kuantan kepada soalan asal No. 4. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa peruntukan Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang ditubuhkan pada tahun 2004 tidak ditambah, malah dipotong memandangkan pencapaiannya yang begitu cemerlang dan telah berjaya menurunkan kematian kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus. Berikan sebab. [19 Nov 2009]

Bajet 2010: MP PKR Kuantan vs Tim. Menteri Kewangan

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa), 18 November 2009

– YB Fuziah Salleh mencelah Ucapan Timbalan Menteri Kewangan menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa) bagi Kepala B10-12 dan P70 Kementerian Kewangan pada 18 November 2009.

Nota: Bajet 2010 Kementerian Kewangan
1. Kepala B10, P10, (Perbendaharaan) ; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM2,295,431,500 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM1,486,129,000.
2. Kepala B11, (Perkhidmatan Am Perbendaharaan) ; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 17,783,304,100.
3. Kepala B12, (Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun) ; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 3,984,800,100.
4. Kepala P70, (Simpanan Luar Jangka) ; bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM2,000,000,000.

MP PKR Kuantan Bahas Bajet 2010

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (peringkat Dasar), 4 November 2009

YB Fuziah Salleh membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (Peringkat Dasar) di Dewan Rakyat pada 4 November 2009.

MP PKR Kuantan: Kumpulan sasar tidak dibantu secara terus

17 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) Peringkat Jawatankuasa Kepala B.48 (RM6,332,600) dan P.48 (RM10) Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya meneliti Butiran 00300, Butiran 00704, Butiran 01200 dan Butiran 02006. Di sini saya melihat bahawa kementerian tidak mempamerkan aspirasi mini bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.

Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian kenapa tidak ada program yang menghasilkan kesan langsung terhadap keperluan rakyat. Apabila dalam keadaan gawat begini dalam keadaan ekonomi merudum begini bagaimana mungkin pihak kementerian tidak langsung memikirkan tentang jaringan keselamatan sosial rakyat.

Contohnya membantu OKU yang menganggur ataupun membantu wanita yang sudah dibuang kerja contohnya. Tidak langsung saya lihat di sini butiran-butiran yang menyatakan begitu. Malahan apa yang dibentangkan ialah berkenaan dengan beli premis baru, berkenaan dengan beli komputer, kenderaan, beli permainan, dan perabot. Dalam keadaan gawat kita keluarga pun tidak beli baju baru.

Dalam keadaan gawat kita fikir macam mana hendak kekalkan hidup dan golongan sasar pihak kementerian ialah orang miskin, orang kurang upaya, ibu tunggal, warga tua. Bukankah mereka yang paling mendapat rasa susah dalam keadaan ekonomi merudum ini.

Maka saya pohon penjelasan daripada pihak kementerian kenapa program-program butiran ini seharusnya masuk dalam bajet pembangunan tahunan bukan dalam mini bajet. Jadi ini persoalan saya kepada pihak kementerian dan pohon pihak kementerian jelaskan kenapa kumpulan sasar ini tidak dibantu secara terus dan secara direct dalam keadaan yang sukar ini. Terima kasih.