MP PKR Tanah Merah: Kutipan Cukai Jalan/ Pendapatan Negeri kelantan 2007-2011

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : Y.B. TUAN AMRAN BIN AB GHANI [ KAWASAN TANAH MERAH ]
TARIKH : 10.10.2012
NO. SOALAN : 35 Y.B TUAN AMRAN BIN AB GHANI minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kutipan cukai jalan dan cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat kelahiran Kelantan bagi tempoh lima tahun.

Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, prinsip yang dipakai dalam mengenai cukai pendapatan individu adalah prinsip kesaksamaan (equitable) bagi setiap individU tanpa mengambil kita Negara asal kelahiran, tempat tinggal atau lain-lain faktor lokasi. Asas yang penting adalah berkenaan memperolehi pendapatan daripada Malaysia sama ada pendapatan pengajian, perniagaan atau lain-lain punca pendapata.

Di samping itu, taraf sama ada individu berkenaan bermastautin di Malaysia atau sebaliknya juga adalah penting untuk menentukan individu berkenaan layak menuntut pelepasan cukai individu yang dihadkan kepada pemastautin di Malaysia sahaja dan dikenakan kadar cukai progresif antara 0 peratus dan 26 peratus. Manakala bukan pemastautin dikenakan kadar tetap 26 peratus.

Dari segi jumlah kutipan pula, cukai pendapatan individu yang dikutip di negeri Kelantan dari tahun 2007 hingga 2011 adalah berjumlah RM 630 juta, sementara kutipan cukai jalan atau lesen kenderaan bermotor pula berjumlah RM 335 juta.

ECER – Berapa banyak yang telah dibuat oleh Petronas

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 12 November 2009

ECER – Berapa banyak yang telah dibuat oleh Petronas – Soalan tambahan MP PKR Tanah Merah kepada soalan asal No. 10. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang sudah dikeluarkan Kerajaan berbanding kemajuan projek Wilayah Pembangunan Pantai Timur (ECER). [12 November 2009]

MP PKR Tanah Merah Bahas Bajet 2010

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar), 3 November 2009

YB Amran Abdul Ghani membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Dasar) di Dewan Rakyat pada 3 November 2009.

Timbalan Menteri tidak terjawab soalan tambahan MP PKR Tanah Merah

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 29 Oktober 2009

Balai Seni Lukis reput macam Umno yang nak reput – Soalan tambahan dan soalan asal No. 10. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengapakah Kementerian tidak mempunyai rancangan untuk menganjurkan pameran lukisan bertaraf ‘Biennial’ sedangkan hampir kesemua negara Asia seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia sudah berjaya menganjurkannya. [29 Oktober 2009]

MP PKR Tanah Merah: Caruman kepada Balu-Balu Berkahwin semula

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 24 Jun 2009

Soalan tambahan kepada soalan asal No. 4. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat bayaran kembali caruman PERKESO untuk balu-balu yang berkahwin semula sepertimana pelaksanaan bayaran pencen.

Kerajaan Pusat hina Institusi Demokrasi, Pecahbelah rakyat … – MP PKR Tanah Merah

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan:

Soalan tambahan kepada soalan asal 2. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tidakkah Kerajaan bercadang menerima tandatangan penggawa dan penghulu Kerajaan yang diiktiraf dan tidak hanya tandatangan PPM untuk mendapatkan baja subsidi LPP sepertimana arahan pekeliling terbaru Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. [16 Jun 2009]

MP PKR Tanah Merah: Langkah-langkah Kerajaan membantu penoreh-penoreh getah semasa harga jatuh menjunam

3 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

4. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apalah langkah-langkah kerajaan dalam membantu penoreh-penoreh semasa harga jatuh menjunam seperti mewujudkan harga lantai RM3 sekilo dan adakah kerajaan bercadang menyediakan pakej bantuan tambahan kepada penoreh.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian saya bersama-sama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang meneliti dan mempertimbangkan penetapan harga lantai bagi getah kering dengan izin, floor price pada paras berdasarkan pendapatan bulanan isi rumah pekebun kecil supaya ianya melebihi paras garis kemiskinan.

Sekiranya harga getah jatuh ke bawah paras harga lantai, pekebun kecil akan diberi bantuan sara hidup pada satu kadar yang akan ditetapkan kemudian. Buat masa ini, perkara ini belum lagi diputuskan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, pada 2 Mac iaitu kelmarin harga standard Malaysian Rubber iaitu SMR20 adalah RM4.97. Paras harga ini masih dapat memberi pendapatan yang baik kepada pekebun-pekebun kecil. Pada harga RM4.97 sekilogram, pendapatan bulanan pekebun kecil getah adalah sebanyak RM1,084 sebulan. Berdasarkan pendapatan yang diperoleh oleh pekebun kecil ini, maka pendapatan tersebut masih di atas paras kemiskinan.
Teruskan membaca