MP PAS Rantau Panjang Bahas Titah Diraja 2013

Dewan Rakyat 3 Julai 2013

MP PAS Rantau Panjang Bahas Titah Diraja 2013

MP Rantau Panjang: Soalan Dewan Rakyat 26 Jun – 18 Julai 2013

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KETIGA BELAS 24 Jun – 18 Julai 2013

Soalan Jawab Lisan
1. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyata kedudukan terkini tentang tuntutan Royalti Petrolium untuk rakyat negeri Kelantan seperti mana termaktub dalam Akta Pembangunan Petrolium 1975?. Bilakah pembayaran tunai melebihi 20% yang dijanjikan dalam manifesto BN kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri yang layak akan diberikan?

2. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu sebagaimana yang termaktub dalam tujuh janji BN untuk Rakyat negeri Kelantan. Bilakah semua janji-janji akan ditepati?

3. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESIHATAN menjelaskan tetang keperluan logistik yang tidak mencukupi di hospital daerah dan kemudahan untuk perkhidmatan kesihatan yang melibatkan kawasan pendalaman seperti kawasan orang asli?

4. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan berapakah kos yang telah digunakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya Ke-13 yang lalu?

5. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan tentang Kos dakwat kekal yang telah digunakan dalam pilihanraya ke-13 yang lalu dan kenapa dakwat yang digunakan mudah luntur?.

6. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang) minta PERDANA MENTERI menjelaskan kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak diletakkan di bawah Parlimen bukan dibawah Jabatan Perdana Menteri supaya SPR lebih telus dan adil?.

7. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menjelaskan jumlah terkini hutang Negara termasuk hutang dalam negeri dan jumlah hutang luar Negara?

8. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTANIAN menjelaskan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan hasil kegagalan projek NFC, dan setakat ini berapakan bayaran ganti rugi yang telah dikembalikan kepada kerajaan oleh pihak yang terbabit.

9. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTAHANAN menjelaskan tentang kos yang ditanggung oleh kerajaan setakat ini dalam menangani isu pencerobohan di Lahat Datu?. Berapakah orang yang terkorban dan kerugian harta benda yang terlibat?

10 Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENERANGAN menjelaskan tentang pengunaan media yang berat sebelah sepanjang kempen pilihanraya yang ke-13?

Soalan Bagi Jawapan Bertulis
1. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menjelasakan tentang perancangan kerajaan untuk pembangunan di Parlimen Rantau Panjang untuk lima tahun akan datang?. Bilakah tebatan banjir akan dibina sepanjang sungai Golok?

2. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan tentang perlaksanaan projek melalui JPP di Parlimen Rantau Panjang bagi tahun 2008-2013 serta jumlah peruntukan, nama-nama syarikat yang mendapat tender dan jenis-jenis projek yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut?

3. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI LUAR BANDAR menjelaskan tentang projek jalan-jalan kampong yang rosak akibat banjir serta lampu jalan yang tidak mencukupi yang membahayakan pengguna pada waktu malam. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk isu ini dalam parlimen Rantau Panjang bagi tahun 2013-2015?

4. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menjelaskan berapakah jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar di seluruh Negara dalam PRU yang ke-13, jumlah pengundi yang keluar mengundi, jumlah pengundi wanita, jumlah pengundi muda mengikut umur, jumlah pengundi luar Negara, jumlah pengundi awal, jumlah pengundi pos dan jumlah yang tidak keluar mengundi?.

5. Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN MASYARAKAT menjelaskan tentang jumlah kanak-kanak yang didera daripada tahun 2008-2012, jumlah kes penceraian dalam tempoh yang sama, jumlah kes rogol, jumlah kes kelahiran anak luar nikah, jumlah kes keganasan rumah tangga, jumlah keluarga miskin tegar dalam tempoh yang sama?

MP PAS Rantau Panjang: Kedudukan Terkini Mangsa ISA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [ RANTAU PANJANG ]
TARIKH : 15 OKTOBER 2012 (ISNIN)

SOALAN : 22 Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan terkini mangsa tahanan ISA yang masih ditahan dan bila mereka akan dibebaskan setelah Akta ISA dihapuskan.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Selepas berkuatkuasanya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai 2012, Kerajaan telah membebaskan seramai 16 orang tahanan kerana mereka telah menunjukkan tahap pemulihan yang amat memuaskan dan mereka juga berjanji tidak akan lagi mengulangi aktiviti-aktiviti yang boleh mengecam keselamatan negara.

Persoalan mengenai baki 29 orang tahanan yang masih ditahan sepertimana yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat, penilaian telah dibuat terhadap mereka dan didapati kesemua tahanan tersebut belum lagi selamat untuk dibebaskan serta tidak mencapai tahap pemulihan yang perlu di dalam modul pemulihan oleh pihak berkuasa Tempat Tahanan Perlindungan Taiping.

Mereka akan dibebaskan pada bila-bila masa sekiranya mereka menunjukkan perubahan yang memenuhi kriteria pemulihan seperti mana yang di lalui oleh 16 orang tahanan yang teal dibebaskan sebelum ini.

MP PAS Rantau Panjang: Hasil pengeluaran minyak/ gas di Blok PM 302, Blok PM 325 dan Blok PM 326B

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [RANTAU PANJANG]
TARIKH : 11.10.2012 (KHAMIS)
SOALAN 28 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil pengeluaran minyak dan gas di Blok PM 302, Blok PM 325 dan Blok PM 326B. Kenapa gas yang dikeluarkan berhampiran dengan pengairan Kelantan didaratkan di Kerteh dan Kemaman yang melibatkan jarak yang lebih jauh.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Lapangan di Blok PM 302, Blok PM 325 dan Blok PM 326B belum lagi mengeluarkan minyak dan gas. Keputusan untuk mendaratkan gas tersebut di Kerteh diambil setelah menjalankan kaji selidik secara terperinci dengan mengambil kira pulangan pelaburan yang optimum. Faktor-faktor yang dipertimbangkan merangkumi pelbagai aspek seperti keperluan infrastruktur sedia ada, teknikal dan nilai komersial selain turut melibatkan pertimbangan strategik jaminan bekalan gas.

MP PAS Rantau Panjang: Kiraan Bil Elektrik bebankan Pengguna ?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [ RANTAU PANJANG ]
TARIKH : 26.09.2012 (RABU)
SOALAN : Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi mengurangkan beban akibat daripada pelaksanaan dasar baru dalam kiraan bil elektrik sehingga penggunaan menanggung beban kos berkali ganda.

JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk Makluman ahli Yang Berhormat ,
1. pelaksanaan bacaan meter 2 bulan sekali atau selang seli oleh tenaga Nasional Berhad (TNB) bukanlah dasar yang baru diperkenalkan memandangkan kaedah ini telah mula dilaksanakan sejak awal tahun 2009 bertujuan untuk mengurangkan kos operasi terutama yang berkaitan kos pembacaan meter. Seterusnya, kaedah ini telah dilaksanakan di semua negeri di semenanjung mulai pertengahan tahun 2010.denganm pelaksanaan kaedah ini,ia dapat mengurangkan kos operasi TNB terutama kos pembacaan meter di mana secara langsung mengurangkan kos pembekalan elektrik yang dibayar oleh pengguna.Pada setiap bulan,hanya 10%pengguna terlibat dengan bacaan meter 2 bulan sekali.

2. Ingin saya jelaskan di sini bahawa pengguna yang terlibat dengan bacaan meter dua bulan sekali masih menerima bil elektrik setiap bulan sama ada bil bacaan sebenar (bil N) yang dimajukan dengan serahan tangan oleh pembaca meter atau bil anggaran (bil E) yang dimajukan melalai pos.

3. Bagi memastikan pengguna tidak mengalami sebarang kerugian dan tidak dikenakan kos berkali ganda seperti mana tang dikhuatiri oleh Ahli Yang Berhormat, beberapa penambahbaikan terhadap sistem pembilan TNB telah dilaksanakan seperti berikut:
(i) Bil anggaran pada bulan pertama yang diserahkan melalui pos adalah dikira berdasarkan kepada purata penggunaan enam bulan sebelumnya.
(ii) Bil yang dikeluarkan pada bulan kedua adalah berdasarkan bacaan sebenar pengguna yang diserahkan oleh pembaca meter. Jumlah yang dikeluarkan adalah jumlah sebenar untuk dua bulan dan akan ditolak dengan bil anggaran yang telah dikeluarkan pada bulan pertama.
(iii) Kaedah prorate akan digunakan apabila tempoh bacaan meter melebihi jumlah hari dalam bulan tersebut. Kaedah ini dapat memastikan pengguna menikmati jumlah unit dalam setiap blok mengikut kelayakan.
(iv) Sekiranya tempoh bacaan kurang daripada jumlah hari dalam bulan tersebut, kaedah prorate tidak digunakan dan ini akan memberi kelebihan kepada pengguna.

4. Kerajaan akan memastikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif baru seperti bacaan meter 2 bulan sekali ini tidak dapat merugikan pengguna dan pihak TNB disaranuntuk terus melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke samasa, antaranya dengan melaksanakan inisiatif Remote meter Reading (RMR), dengan izin secara berperingkat agar bacaan meter dilakukan daripada pejabat TNB iaitu tanpa perlu melawat premis pengguna seperti kebiasaannya.

5. Saya juga ingin menggalakkan pengguna yang tidak berminat untuk memerima bil anggaran untuk melakukan Bacaan meter kendiri (self Meter Reading) iaitu pengguna boleh membuat bacaan meter sendiri. Pengguna boleh membuat bacaan sendiri melalui kaedah berikut:-
(a) Menelefon Pusat Khidmat Pelanggan (1300-88-15454) yang beroperasi 24 jam atau menghantar faks bacaan meter kepada Pusat Khidmat Pelanggan.
(b) Mengemaskini bacaan meter menggunakan kemudahan laman web TNB iaitu http://www.tnb.com.my

MP PAS Rantau Panjang: Cadang Semak Perjanjian Petronas – Kerajaan Negeri?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA: YB PUAN SITI ZAILAN BINTI MOHD. YUSOFF [RANTAU PANJANG]
TARIKH : 24.09.2012(ISNIN)
SOALAN : Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri dalam isu royalti. Memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli.Minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan Menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar bayaran hasil petroleum kepada kerajaan-kerajaan negeri yang berkenaan termasuk Sabah dan Sarawak.

Peruntukan mengenai bayaran hasil petroleum kepada Kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah terkandung dalam Perjanjian Perkongsian Pengeluaran atau production Sharing Contract (PSC) yang ditandatangani antara PETRONAS dan rakan PSC seperti shell, Exxonmobil dan sebagainya.

Sehubungan itu , sebarang tindakan untuk meminda kadar hasil petroleum perlu dirunding semula antara PETRONAS dan rakan PSC berkenaan. Memandangkan kontrak PSC berkuatkuasa untuk satu tempoh tertentu, sebarang langkah untuk memindanya lebih-lebih lagi untuk menaikkan kadarnya dikhuatiri akan menghakis minat dan keyakinan syarikat minyak asing untuk bergiat dalam industri huluan petroleum yang melibatkan aktiviti penerokaan, carigali dan pengeluaran minyak dan gas di negara ini.

Sungguhpun kadar hasil petroleum kepada kerajaan-kerajaan negeri berkaitan hanya 5 peratus, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan yang besar kepada negeri-negeri terbabit, jauh melebihi hasil yang diterima daripada bayaran hasil petroleum.

Gula naik: Perbezaan harga gula di negara jiran

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 10
DARIPADA : PUAN ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF (RANTAU PANJANG )
TARIKH : 10.11.2009

PUAN ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF ( RANTAU PANJANG ) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan punca kekurangan gula di pasaran. Nyatakan senarai pengeluaran gula berlesen, jumlah subsidi dan jumlah kes penyeludupan serta penyorokan gula dan apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi kekurangan gula di pasaran.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kementerian sentiasa memastikan keperluan pengguna mencukupi terutamanya menjelang musim perayaan. Namun begitu, masih terdapat kes kekurangan gula terutamanya di musim perayaan. Antara punca yang telah dikenalpasti adalah:

(i) peningkatan permintaan gula meningkat berbanding bulan-bulan sebelumnya berikutan persediaan menghadapi musim perayaan;

(ii) pembelian secara panik oleh pengguna akibat spekulasi kenaikan harga gula;

(iii) terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membeli gula dalam kuantiti yang besar melebihi keperluan untuk mengaut keuntungan;

(iv) industri makanan dan minuman membeli dan menyimpan gula yang lebih dari kebiasaan untuk memastikan pengeluaran tidak tergendala;

(v) Harga gula di Malaysia adalah adalah jauh lebih rendah iaitu RM 1.45/kg berbanding harga di negara-negara jiran menyebabkan aktiviti penyeludupan berlaku. Perbezaan harga gula di negara-negara jiran adalah seperti berikut:

Tuan Yang Dipertua,
Pada masa ini hanya terdapat empat (4) pengilang gula di Malaysia iaitu Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. (MSM), Gula Padang Terap Berhad (GPT) dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd. (KGFP).

Sebelum tahun 2009, subsidi tidak diberikan untuk komoditi gula. Jumlah subsidi gula yang diperuntukkan bagi tahun 2009 adalah sebanyak RM720 juta (RM345 juta melalui kelulusan MOF dan RM375 juta melalui Pakej Ransangan Ekonomi Kedua 2009).

Pembayaran subsidi hanya untuk jualan domestik bagi gula putih bertapis kasar clan halus sahaja. Pemberian subsidi diperuntukkan bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga gula mentah dan kemerosotan ekonomi dunia pada tahun 2009. Ini selaras dengan konsep Rakyat didahulukan.

Turut tidak dinafikan berlakunya kegiatan penyeludupan dan penyorokan kerana gula bersubsidi Malaysia yang jauh lebih murah berbanding harga gula di negara-negara jiran. Mulai pada 1 Julai 2009 hingga 19 Oktober 2009 sebanyak 55 kes telah direkodkan atas kesalahan menyorok dan kegiatan penyeludupan gula. Dari jumlah tersebut sebanyak 139.393 m/tan gula disita dengan rampasan bernilai RM 215,093.15

Tuan Yang Dipertua,
Kementerian telah dan terus mengambil langkah bagi mengatasi kekurangan gula di pasaran, antaranya;

a. menempatkan pegawai penguatkuasa di setiap kilang gula di negara ini bagi memantau segala aktiviti di kilang seperti merekod kuantiti yang dihasilkan setiap hari sehingga memeriksa ke mana gula dihantar serta memastikan penghantaran kepada pemborong berjalan lancar clan sampai;

b. menjalankan pengoditan terhadap pemborong gula clan pemeriksaan ke atas peruncit bagi memastikan bekalan mencukupi di samping membantu peruncit mendapatkan bekalan gula daripada pemborong lain;

c. aktiviti penguatkuasaan clan kawalan di sempadan negara diperketatkan bagi melarang eksport gula keluar Malaysia terutama melalui jalan darat;

d. mempergiatkan risikan clan serbuan bagi membanteras aktiviti penyelewengan terutama penyorokan gula;

e. menempatkan pegawai penguatkuasa di pasaraya dan hypermarket bagi memantau dan menyekat pembelian gula oleh pengguna secara berlebihan;

f. membuka bilik gerakan bagi memantau pelaporan bekalan dari pekilang serta berfungsi sebagai saluran aduan dari peniaga clan orang ramai; dan

g. menawarkan ganjaran tidak melebihi RM10,000 kepada pemberi maklumat mengenai kegiatan penyelewengan gula;

Diharapkan dengan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan ini akan dapat membendung penyeludupan serta penyorokan dan seterus akan dapat menjamin bekalan gula sentiasa mencukupi di seluruh negara.

Bantuan Input pertanian kepada Pekebun Getah

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 12
DARIPADA : Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]
TARIKH : 29 Oktober 2009 (Khamis)

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah Kementerian dalam mengatasi kekurangan skim bantuan tanaman semula getah untuk menampung kos penyelenggaraan akibat kenaikan harga baja dan racun.

JAWAPAN : Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Y.B. Rantau Panjang, Kementerian menyediakan beberapa jenis bantuan input pertanian sebagai langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan peruntukan di bawah skim tanaman semula getah dan kos penyelenggaraan yang meliputi:
• Bantuan anak benih getah bermutu;
• Bantuan baja dan racun rumpai;
• Bantuan alat kutipan hasil dan pelindung hujan;
• Bantuan alatan rangsangan lateks; dan
• Latihan aplikasi teknologi serta amalan agronomi terbaik.

Jumlah keseluruhan bantuan berkenaan adalah sebanyak RM93.38 juta yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pakej Rangsangan Ekonomi ke-2 dan Sistem Torehan Berintensi Rendah (Low Intensity Tapping System – LITS)

Pemantauan terhadap pusat penyembelihan tidak mendapat sijil Halal

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS,
SOALAN NO : 22 DARIPADA : Y.B. Puan Siti Zailah Binti Yusof (Rantau Panjang)
TARIKH : 20 Oktober 2009

Y.B. Puan Siti Zailah Binti Yusof (Rantau Panjang) minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pemantauan dijalankan terhadap pusat penyembelihan yang tidak mendapat sijil Halal dan nyatakan jumlah pusat penyembelihan berstatus Halal.

JAWAPAN : Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ JAMIL KHIR BAHAROM (B)
Tuan Yang Dipertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sesungguhnya kerajaan khususnya JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Pihak Berkuasa tempatan sentiasa mengadakan pemantauan kepada pusat-pusat penyembelihan dan pemprosesan.

Pemantauan dilakukan secara berkala dan aduan. Penguatkuasaan dilakukan secara bersepadu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Negeri.

Pemantauan dan pemeriksaan keatas pusat-pusat penyembelihan adalah bertujuan untuk memastikan pemantauan kepada hokumhukum syarak dan piawaian yang ditetapkan.

Jumlah rumah sembelih yang mendapat sijil Halal Jakim ialah 24 buah tidak termasuk dinegeri-negeri.

MP Pakatan Rakyat/BN vs Timbalan Menteri Pengangkutan

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pengangkutan) pada 1 Disember 2009

MP PAS Rantau Panjang vs Timbalan Menteri Pengangkutan

MP PAS Pokok Sena vs Timbalan Menteri Pengangkutan

MP BN Sri Gading vs Timbalan Menteri Pengangkutan

Nota: Bajet 2010 Kementerian Pengangkutan
Kepala B28, P28; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 925,588,600 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM2,168,687,000.