MP PAS Sik: Beban Guru – Langkah dan Penyelesaian?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN HAJI CHE UDA BIN CHE NIK [SIK]
TARIKH : 24.10.2012 (RABU)

SOALAN 20 : Minta MENTERI PEALJARAN menyatakan isu beban guru menjadi isu panas secara bermusim, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi perkara ini dan adakah Kerajaan telah menempatkan pegawai kerani Khas N11, N17, N22 dan N 26 untuk membantu kerja perkeranian. Jika sudah, sebutkan bilangan sekolah yang mendapat kemudahan ini.

JAWAPAN
i. Kementerian Pelajarn Malysia melalui Jawatanmkluasa kerja Pelaksanaan menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) yang ditubuhkan pada Mac 2010 telah dan sedang melaksanakan kesemua 28 perakuan yang telah dipersetujui bagi menangani isu beban guru tugas guru tersebut.

ii. Daripada 28 parakuan berkenaan, sejumlah 22 perakuan telah diselesaikan dan dilaksanakan mengikut perancangan, 4 parakuan sedang dalam fasa pelaksanaan dengan penyesuaian atau pindaan, manakala 2 perakuan masih tidak dapat dilaksanakan atas sebab terikat dengan dasar sedia ada kerajaan yang melibatkan pembekuan pertambahan perjawatan.

Antara perakuan yang telah diselesaikan dan dilaksanakan mengikut perancangan adalah:

i. Perancangan aktiviti hari Sabtunsecar berjadual spaya tidak melebihi dua kali sebulan
ii. Penyelarasan bilangan ujian/pemeriksaan.
iii. Penglibatan jurulatih luar kokurikulum/sukan bertauliah bagi sekolah yang berkemampuan
iv. Penyelarasan bilangan pertandingan di peringkat zon/daerah/negeri
v. Kajian kebolehlaksanaan /feasibility (termasuk pertambahan guru) perlu dijalankan sebelum satu-satu mata pelajaran baru diperkenalkan.

Untuk makluman yang berhormat, KPM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah dilaksanakan kajian Rintis Program Pemantapan Profesion Guru di seluruh Negeri Melaka yang melibatkan 310 buah sekolah Menengah dan Sekolah rendah.

Kajian ini bermula dari 9 hingga 20 Januari 2012 merangkumi pelbagai kategori sekolah. Fokus utama bagi pelaksanaan rintis kajian ini adalahberkaitan beban tugas perkeranian yang dilaksanakan oleh tiga kategori Guru-guru Tugas Khas iaitu Guru Data, Guru Media & Perpustakawan dan Guru Penyelaras Bestari. Hasil dapatan kajian ini telah dibentangkan kepada YAB Menteri Pelajaran pada 13 Jun 2012 dan telah diputuskan bahawa cadangan penjajaran semula tugas perkeranian bagi Guru-guru Tugas Khas berkaitan akan dilaksanakan dengan penempatan seorang Pembantu Tadbir Perkeranian / operasi (PTP/O) Gred N17 ke semua 310 buah sekolah di seluruh Negeri Melaka.

Sehubungan itu,Guru-Guru Tugas Khas ini akan kembali dijajarkan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) secara sepenuh masa dan penjajaran ini dijangka dapat membantu mengurangkan bilangan waktu mengajar guru-guru lain di sekolah berkenaan. Pelaksanaan penempatan rintis ini akan berkuat kuasa mulai 1 januari hingga 31 Disember 2013 bagi tempoh setahun yang melibatkan 310 buah sekolah pelbagai kategori di seluruh Negeri Melaka. Semasa pelaksanaan projek rintis ini,dijangka guru-guru di Sekolah Menengah akan mengajar sebanayk 24 waktu berbanding 30 waktu dan 27 waktu di Sekolah rendah berbanding 35 waktu secara purata seminggu. Pengurangan bilangan waktu mengajar seminggu ini diharap dapat mengurangkan beban tugas guru sedia ada.

MP PAS Sik: Tugas Guru bertambah dengan beban SAPS, APDM dan E-Kehadiran

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : YB TUAN HAJI CHE UDA BIN CHE NIK [SIK]
TARIKH : 18.10.2012(RABU)

SOALAN 38 : Minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pengenalan SAPS, APDM dan E-Kehadiran mengambil masa yang banyak, tugas pengajaran dan pembelajaran guru terabai. Apakah langkah kementerian untuk mengatasi perkara ini.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pengisian data ke dalam semua sistem aplikasi seperti SAPS, APDM dan E-Kehadiran merupakan inovasi serta tranformasi kaedah bekerja pada masa ini.vSemua penjawat awam termasuk guru digalakkan untuk membudayakan kurang kertas.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia (PM) menyedari sokongan daripada segi infrastruktur yang disediakan adalah tidak berpadanan dengan keperluan sedia ada. Sehubungan itu, KPM menyarankan supaya pengisian data yang juga fungsi utama guru bagi menilai prestasi murid boleh dilakukan dalam waktu-waktu lain selain waktu berada di sekolah.

Untuk makluman, Sistem ini boleh diakses daripada mana-mana sahaja. Selain itu, Pihak KPM juga sedang menaiktaraf talian INTERNET kepada kelajuan yang lebih tinggi bagi mengatasi masalah ini. Pengisian data yang tepat dan pantas adalah amat diperlukan dalam memastikan perancangan pendidikan yang berkesan dalam melahirkan modal insan yang diperlukan negara.

Penggunaan E-Kehadiran pula adalah inisiatif negeri-negeri tertentu bagi mendapatkan maklumat terkini kehadiran murid di sekolah.Keberkesanan pelaksanaannya masih dikaji di peringkat KPM dengan mengambilkira beban tugas yang dihadapi oleh guru.

Langkah kerajaan membantu Petani?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 6
DARIPADA : TUAN HAJI CHE UDA BIN CHE NIK [ SIK]
TARIKH : 29 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengapa Kerajaan sanggup berbelanja ratusan billion ringgit untuk bantu Korporat besar tetapi amat sedikit membantu petani luar bandar yang rugi ribuan ringgit setiap tahun kerana hasil pertanian dan buah-buahan mereka yang tidak dapat dipasarkan dan sampai bila keadaan ini akan dibiarkan berterusan.

JAWAPAN : YB. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan FAMA sentiasa berusaha membantu petani supaya hasil pertanian mereka mendapat pasaran yang baik. Diantara langkah-langkah yang dilaksanakan buat masa ini adalah seperti berikut:

i. Mewujudkan keperluan infrastruktur seperti pusat perolehan, bilik sejuk dan pusat jualan untuk dapat melaksanakan pengusaha rangkaian bekalan (supply chain management).

ii. Melaksanakan pemadanan (matching) bekalan dan permintaan dimana satu pasukan tugas di bawah MoA Inc. telah ditubuhkan untuk memastikan setiap keluaran petani dapat dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

iii. Melaksanakan aktiviti pengiklanan dan memperkenalkan produk pertanian dan makanan untuk pasaran dalam dan luar negara melalui program penjenamaan (branding) dan product positioning dan sebagainya.

iv. Menjalankan risikan (market intelligement) dengan pasaran mengumpul, memproses, menganalisis dan menterjemahkan data-data maklumat pasaran bagi tujuan membuat keputusan dan juga disebarkan kepada petani-petani bagi memberitahu mereka membuat keputusan yang betul dalam merancang pengeluaran hasil pertanian.

v) Aktiviti jualan terus oleh pengeluar kepada pengguna melalui program Pasar Tani, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS), Agrobazaar melalui tumpuan bekalan daripada ladang kontrak (contract farming) yang bertujuan melibatkan petani-petani terus dalam aktiviti pemasaran. Melalui perkongsian pintar (strategic alliance) FAMA juga membekalkan sayursayuran ke supermarket, kilang-kilang dan institusi-institusi di seluruh negara.

vi. Menggalakkan petani menjalankan kegiatan memproses hasil pertanian bagi mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian yang mudah rosak dan lambakan hasil pertanian terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.

vii. Belian buah-buahan yang tidak komersil pada harga yang baik dari pengeluaran sebagai langkah jangka pendek.

viii. Maklumat pasaran bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman petani mengenai pasaran.

ix) Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh FAMA, isu lambakan buah-buahan bermusim pada tahun 2009 tidak begitu ketara. Ini menunjukkan langkah-langkah FAMA menangani lambakan yang telah dilaksanakan telah menunjukkan kejayaan. Sekiranya ada kes-kes terpencil, FAMA akan membantu membeli hasil-hasil pertanian terbabit dengan harga yang berpatutan yang tidak merugikan petani.

MP PAS Sik Bahas Bajet 2010 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, Air

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air) pada 2 DIsember 2009

– YB Che Uda Che Nik bahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air)

Nota: Bajet 2010 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kepala B29, P29; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 121,123,900 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,326,865,000.

Sebesar Balak, Pembalakan Haram gagal dibanteras?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 23 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Sik kepada soalan asal No. 8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan walaupun tidak seperti dadah, rokok dan barang kawalan lain, kayu balak merupakan ketulan besar yang beratnya bertan-tan dan kena dibawa dengan jentera besar, bising dan menggunakan jalan yang luas. Oleh itu ianya mudah dikesan. Mengapa jumlah pembalakan haram masih tidak dapat dikurangkan atau dihapuskan. [23 Nov. 2009]

MP PAS Sik: Kerajaan perlu semak undang-undang mengenai perumahan terbengkalai

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 12 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Sik kepada soalan asal No. 1. Dato’ Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sasaran jumlah rumah-rumah yang sepatutnya dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dengan menyatakan jenis-jenis rumah tersebut dan pencapaian setakat ini dengan memberikan angka-angka berasingan bagi rumah yang di bina oleh Kerajaan dan pihak swasta untuk tahun 2008. [12 November 2009]

Seorang pegawai kawal 1,000 buah sekolah?

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar – Penggulungan oleh Menteri dan Timbalan Menteri), 11 November 2009

Seorang pegawai kawal 1,000 buah sekolah (1)

[yotube=http://www.youtube.com/watch?v=9eqUHEnOXZ0]

MP PAS Sik, YB Che Uda Che Nik mencelah penggulungan Bajet 2010 Menteri Pelajaran di Dewan Rakyat pada 11 November 2009

MP PAS Sik: Bantu Kementerian Pelajaran latih pemain pelapis

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar), 10 November 2009

Bantu Kementerian Pelajaran latih pemain pelapis – MP PAS Sik, YB Che Uda Che Nik mencelah penggulungan Bajet 2010 Menteri Belia dan Sukan pada 10 November 2010.

MP PAS Sik: Kedudukan program Pengswastaan Rancangan Felda mengkayakan segelintir ..

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 9 November 2009

Soalan tambahan MP PAS Sik kepada soalan asal No. 1. Dato’ Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peneroka FELDA yang telah diberikan geran tanah sejak lima tahun lalu mengikut pecahan negeri dan berapakah Program Pembangunan untuk Generasi Kedua dan Ketiga FELDA. [9 November 2009]

MP PAS Sik: PPSMI dibatalkan kerana Kerajaan tak mampu sedia Guru

Sesi Perbahasan Bajet 2010 pada 26 Oktober 2009

MP PAS Sik: PPSMI dibatalkan kerana Kerajaan tak mampu sedia Guru – YB Che Uda Che Nik mencelah Ucapan BN Kinabatangan, YB Bung Mokhtar membahaskan Bajet 2009 pada 26 Oktober 2009.