Bagan Pinang: Ziarah dan Hi Tea antara Program MP PAS

Nostalgia Bagan Pinang

Program Ziarah MP PAS (1)

Diketuai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar pada 5 Oktober 2009 di Taman Estern, sempena Perkampongan Ahli Parlimen PAS di Bagan Pinang.

Program Ziarah MP PAS (2)

Program Ziarah MP PAS (2) diketuai Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husin pada 6 Oktober 2009 di Kg Baru Si Rusa, sempena Perkampongan Ahli Parlimen PAS di Bagan Pinang.

Program Hi Tea dihalang

Program Hi tea yang dihalang oleh petugas-petugas Umno, yang telah mewujudkan pergaduhan kecil sebelum itu yang menyebabkan seorang petugas PAS dibelasah.

Program Hi tea yang berjaya

Program Hi tea tidak dihalang – Temubual bersama Ahli Parlimen Kuala Krai pada 6 Oktober 2009 di Taman Desa Si Rusa, sempena Perkampongan Ahli Parlimen PAS di Bagan Pinang.

Kunjungan Hormat Keatas Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai 2009

MPPAStemuiSpeaker2Julai09

Duduk Dari Kiri: Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Marang) dan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia (Speaker Dewan Rakyat).

Berdiri dari kiri: Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Che Uda Che Nik (Sik), Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Dr Mohd Hayati bin Othman (Pendang), Mohd Abdul Wahid bin Endut (Kuala Terengganu), Dato’ Mahfuz Omar (Pokok Sena), Mohd Firdaus Jaffar (Jerai), Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian), Nasharudin Mat Isa (Bachok), Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Dr Lo’ Lo’ Bt Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dato’ Ab. Halim b Ab. Rahman (Pengkalan Chepa) dan Siti Zailah bt Mohd Yusof (Rantau Panjang).

Tiada dalam Gambar: Khalid Samad (Shah Alam), Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu), Taib Azzamudden Mohd Taib (Baling), Dr Siti Mariah bt Mahmud (Kota Raja), Muhammad bin Husin (Pasir Puteh), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Wan Johari Wan Omar (Setiausaha MP PAS, Jurugambar).

Kunjungan ini diadakan pada hari terakhir Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke 12 pada 2 Julai 2009.

Dewan (Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen ke 12) akan disambung semula pada 19 Oktober hingga 15 Disember 2009

MP PAS bersama Penduduk Kg Tebing, DUN Pengkalan Kubor

Ramah Mesra Ahli Parlimen PAS (MP PAS) bersama penduduk Kampong Ketil/ Kg Tebing, DUN Pengkalan Kubor pada petang 3 Ogos 2009 sempena Rombongan Ekspedisi Ahli Parlimen dan Kerajaan Negeri Kelantan ke Pelantar Cakrawala (Minyak dan Gas) pada 4 dan 5 Ogos 2009.

Ucapan Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar

Ucapan Ahli Parlimen Kubang Kerian

Turut beramah mesra anjuran MTD Pengkalan Kubor adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar. Turut hadir Penyelia DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi.

Ucapan Ahli Parlimen Pokok Sena

Mereka bertiga, Dato’ Kamarudin Jaffar, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub telah menyampaikan ucapan kepada penduduk sambil menjamu selera ‘Roti Tempayan cicah gulai kambing’.

Ahli Parlimen akan melawat Pelantar minyak dan Gas, 4 Ogos ini

Beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan disamping para wartawan dan Blogger serta pemimpn masyarakat setempat akan di bawa ke Pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan pada 4 Ogos ini.

Turut dipelawa menyertai rombongan tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Rombongan yang turut disertai Ahli Parlimen Pembangkang ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Exconya, Dato’ Husam Musa.

Dato’ Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran minyak dan gas di kawasan pertindihan antara Kelantan dan Thailand.

“Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dan gas dari perairan Kelantan,’ katanya.

Mereka dijangka akan berlepas dari Jeti Pengkalan Kubor dengan Kapal Laut Dalam yang akan mengambil masa hampir 12 jam meredah Laut China Selatan sebelum sampai ke Pelantar minyak tersebut.

Ahli Parlimen Pembangkang yang telah mengesahkan untuk hadir akan diketuai Dato’ Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena), Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian), Khalid Samad (PAS Shah Alam), Dr Mujahid Yusof (PAS Parit Buntar), Saifuddin Nasution (PKR Machang), Abd Aziz Kadir (PKR Ketereh) dan lain-lain akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini Kerajaan Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan Kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak kepada rakyat Negeri Kelantan.

Sebagaimana Terengganu dan Sabah, Kerajaan Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.

timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.

MP PAS ditemuramah oleh Radio Soutu Haq Lubnan

Zolkifli Md Lazim melaporkan dari Tripoli Lubnan
Jam: 930 pagi, satu pengiktirafan terhadap PAS apabila radio Soutul Haq yang dimiliki oleh Pergerakan Tauhid Islam Lubnan yang dipimpin oleh Syeikh Bilal Said Sya’ban menemuramah wakil Malaysia Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Mohd Nasir Zakaria, Ustaz Wan Sharafi ( Sekretariat Cakno Palestin Kelantan) dan Ustaz Zulkifli Shaari.

temuramah_medium

Antara soalan yang dibangkitkan dalam temuramah yang berlangsung hampir sejam termasuk Pencapaian PAS dalam dakwah dan politik Malaysia, Sikap Pas dan rakyat Malaysia dalam Isu Gaza dan Palestin, Nasihat dan pandangan umum terhadap gerakan Islam seluruh dunia,

Siaran radio yang didengari oleh seluruh Asia Barat. Antara pandangan yang disampaikan oleh wakil PAS ialah Kejayaan PAS yang berjaya menggabungkan pati-parti politik dan badan dakwah dalam mengenengahkan isu-isu kepincangan Negara berasaskan agama.

Kejayaan PAS yang berjaya mengheret kerajaan untuk mengadakan sidang khas parlimen bagi mengutuk pencerobohan Israel dan menyokong perjuangan rakyat palestin. Turut disebut tentang pertama kali kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin.

Peranan semua umat Islam yang mesti berjuang menegakkan Islam sebagai satu cara hidup yang unggul yang boleh menyelesaikan masalah seluruh umat manusia.

Wakil PAS itu menyatakan dengan jelas sikap PAS yang menganggap Negara Israel adalah Negara haram

Isu Gaza: Wakil PAS dan NGO berjaya tarik simpati

Zolkifli Md Lazim melaporkan dari Tripoli, Lubnan
Setelah berusaha melalui jalan darat di sempadan Rafah Mesir, sekali lagi wakil PAS dihalang untuk meneruskan misi ke Gaza. Sekiranya kali pertama dahulu Kerajaan Mesir yang menjadi penghalang, kali ini kerajaan Lubnan telah menggunakan alasan kapal yang belayar adalah kapal barang bukannya kapal penumpang dan undang-undang Maritim Antabangsa tidak membenarkan pelayaran tersebut. Menurut peserta kedua-dua alas an tersebut terpaksa digunakan akibat tekanan yang begitu kuat daripada beberapa pihak.

misi_gaza_medium

Wakil PAS yang terdiri daripada Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Mohd Nasir Zakaria, Wakil Sekretariat Cakno Palestin Kelantan, Ustaz Wan Sharafi dan Ustaz Zulkifli Shaari yang berjaya sampai ke Pelabuhan Tripoli bersama dengan 80 wakil-wakil parti politik, gerakan Islam, NGO, aktivis kemanusiaan, wakil kristian, pengamal perubatan dan media. Namun hanya 17 orang yang berjaya berlepas dalam misi kemanusiaan tersebut. Peserta yang tidak terpilih begitu kecewa dengan keputusan tersebut selepas terpaksa menunggu hampir 10 jam. Wakil PAS yang sudahpun berada di atas kapal terpaksa meninggalkan kapal tersebut walaupun berusaha sedaya mungkin untuk turut serta.

Misi tersebut yang tersebar luas ke seluruh dunia telah menunjukkan satu kesatuan kemanusiaan yang unggul yang merentasi seluruh bangsa dan agama tanpa mengira warna kulit. Wakil PAS menganggap misi ini berjaya membuka satu lembaran baru hubungan dengan rakan-rakan yang bersatu untuk membeskan penduduk Gaza yang dizalimi.

PAS akan bantu Anwar pertahan Permatang Pauh

PAS akan berganding bahu dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP untuk mempastikan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat bertanding di Permatang Pauh.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata, PAS bersedia membantu Anwar bertanding walaupun beliau ditangkap dan dipenjarakan.

“Kita akan membantu Anwar untuk mendapat kemenangan lebih besar walaupun beliau ditangkap dan walaupun terpaksa mempertaruhkan songkoknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil permatang Pauh,” katanya ketika berucap di Taman Melewar di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak akan menghalang Anwar dari mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk mempastikan beliau bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan membuat pengumuman tentang kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi kerusi tersebut esok.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan peletakan jawatan oleh ahli parlimen kawasan itu, Dato’ Seri Wan Azizah Ismail untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Wan Azizah menang dalam pilihan raya umum kawasan tersebut, 8 Mac lalu dengan majoriti 13,388 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Pirdaus Ismail.

Wan Azizah mendapat 30,388 undi manakala Pirdaus 16,950 undi.

BN dijangka meletakkan calon tempatan untuk mempastikan Anwar tidak mudah mencapai kemenangan di kawasan tersebut.

MB Kedah lawat Wat Siam Pendang

Oleh Wakil Kedah
Pada 8 April 2008 baru-baru ini, sebulan selepas PRU 12, MB Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak telah melakukan lawatan kerja pertama ke daerah Pendang , dan beliau memilih wat Siam yang menempatkan Sami besar bagi penganut Buddha di Kedah dan Perlis , iaitu wat Paya Mat Inson.

Dikesempatan tersebut, Menteri Besar telah mengumumkan 3 nama yang mewakili masyarakat Siam, India dan Cina untuk menduduki Majlis Daerah Pendang yang akan mewakili penduduk Daerah Pendang atas lantikan politik menggantikan ahli lama setelah BN kalah dalam pilihanraya umum ke 12 baru lalu.

Wakil Masyarakat Siam yang diberikan kesempatan berucap mewakili Sami Besar Kedah dan Perlis berharap MB dapat terus memberi perhatian terhadap masyarakat mereka dan hubungan baik ini dapat diteruskan dimasa-masa yang akan datang.

“Mereka gembira kerana kerana lawatan MB ini satu kebanggaan bagi masyarakat Siam disitu kerana inilah pertama kali MB Negeri Kedah melawat kawasan mereka.

“Kerjasama yang ditunjukkan oleh masyarakat Siam pada hari itu adalah menandakan sokongan masyarakat Siam terhadap kerajaan negeri yang baru,” kata wakil Masyarakat Siam.

Dimajlis yang sama juga, wakil dari setiap 8 wat Siam di Pendang telah menyerahkan borang menjadi ahli kelab Penyokong PAS kawasan Pendang dan mereka berjanji akan menambahkan lagi usaha menambah keahlian.

Sementara itu, YAB Ustaz Azizan ketika menyampaikan ucapan balasnya melahirkan rasa gembira kerana sokongan yang digambarkan pada petang tersebut dan beliau berjanji sesuai dengan moto didalam kempen PRU 12 bagi PAS Kedah iaitu Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua, beliau bersama dengan ahli EXCO dan PAS Kawasan Pendang akan berusaha melaksanakan amanah yang dipertanggongjawabkan oleh rakyat sebagai pemimpin di Negeri Kedah ini.

Kepimpinan PAS akan melaksanakan tanggungjawab dengan berhemah dan berjanji akan melakukan pemerintahan dengan telus dan bebas rasuah.

Turut serta dalam majlis tersebut adalah Dr Mohd Hayati Orthman Ahli Parlimen Pendang, Exco Kerajaan Negeri dan Encik Harun Jasin, Pegawai Daerah Pendang.

Nazri, Husam Musa dan Ezam akan berentap dalam Forum ‘Rasuah dan Jenayah’ 4 November di KL

Forum Jenayah dan Rasuah Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Haji Ayub menjemput dan merpersilakan suluruh rakyat yang prihatin masalah rasuah dan jenayah di negara ini ke Majlis Forum ‘Rasuah dan Jenayah’ yang akan berlangsung pada 4 November 2007, jam 2.00 hingga 6.00 petang di Hotel KL Internasional, Kg Baru, Kuala Lumpur.

Forum tersebut akan membariskan ahli Penal iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Nazri Aziz; Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dan Pengerusi GERAK, Ezam Mohd Noor serta Ketua Program Pengajian Sejarah dan Strategi UKM, Prof Madya Mohd Agus Yusoff sebagai Moderator.

Salahuddin sendiri akan merasmikan Forum dan akan membentangkan kertas kerja berkaitan dengan Rasuah dan Jenayah di Malaysia.

Penyertaan adalah percuma dan terhad. Untuk daftar penyertaan sila taip DP [jarak] Nama dan hantar kepada 32244.

WPI akan ulangi sejarah hitam zaman Tunku – Salahuddin

PONTIAN: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, berkata, tidak mustahil sejarah hitam negara yang berlaku di zaman Tunku Abdul Rahman, yang bertindak menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, akan berulang sekiranya kerajaan yang ada hari ini gagal mem¬bendung penguasaan Singapura dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Salahuddin “Kerajaan Abdullah mungkin akan mengambil langkah yang sarna dengan menyerahkan WPI kepada Singapura apabila kuasa politik negara tersebut begitu kuat di wilayah ini, lalu jalan mudah yang mungkin akan diambil Kerajaan Malaysia ialah melepaskan wilayah ini kepada Singapura,” katanya.

“Jika ini berlaku maka satu lagi sejarah hitam akan mewarnai negara kita apabiJa satu lagi wilayah Malaysia terlepas ke tangan kuasa asing,” katanya semasa berceramah di Parit Ismail, dekat sini.

Katanya, keghairahan pemimpin negara ini mengejar pembangunan tanpa memikirkan terlebih dahulu kesan negatif yang bakal berlaku akan memungkinkan satu lagi Wilayah negara ini terlepas kepada negara negara asing.

“Jika ini ber1aku maka jelaslah ianya adalah natijah dari kelemahan pemimpin-pemimpin negara ini mengurus tadbir negara,” tegasnya.

Justeru, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS menyeru rakyat negara ini supaya memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya “sebelum mimpi ngeri ini berulang lagi maka rakyat perlu bertindak segera sebelum terlambat”.