PRK N 11 Permatang Pasir: Gotong Royong dan Ziarah MP PAS

Program Gotong Royong dan Ziarah Ahli-Ahli Parlimen PAS di UPU Bukit Indera Muda (Kg Petani) pada 19 Ogos 2009 sempena Kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pasir dalam Program Perkampongan Ahli Parlimen PAS selama tiga hari bermula 18 Ogos hingga 20 Ogos 2009.

MP PAS bantu penghuni rumah kakitangan JKR dan DBKL akibat tanah mendap

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli bergegas ke kuarters DBKL dan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Sang Peng, Kuala Lumpur memberi bantuan segera kepada penghuni yang diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara di Dewan Umno Jalan Sang Peng akibat tanah mendap, kemungkinan akibat daripada pembinaan di sekitarnya.

Memberi kata dua dan bantuan

Melawat rumah penghuni yang rumahnya retak dan diarah berpindah

flatjlnsangpeng Semalam, Deruman tanah mendap itu macam bunyi gempa bumi yang selalu saya lihat dalam dokumentari di televisyen,” kata Pembantu Am, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), M Devadas, 46.

Rumahnya hanya kira-kira 10 meter dari lokasi mendapan tanah itu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin itu.

Devadas yang menetap selama 20 tahun di kuarters DBKL itu, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu.

“Sejak pembinaan sebuah pusat beli-belah bermula lapan bulan lalu, kami biasa mendengar dentuman alat hentaman cerucuk di depan rumah.

“Namun, semalam (kelmarin) bunyinya sangat luar biasa bagaikan gempa bumi. Saya panik kerana bunyi itu diikuti dengan rumah rasa bergegar.

“Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus mengarahkan isteri, empat anak dan emak mentua segera keluar rumah,” katanya.

Teruskan membaca

Mahasiswa UPM mohon bantuan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Mahasiswa tahun kedua kursus Sarjana Muda Sains Komputer Universiti Putra Malaysia (UPM), Lee Song Yong yang disabitkan bersalah oleh pihak berkuasa Tatatertib Pelajar UPM mengemukakan aduan kepada ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat, semalam.

SMM jumpa Salahuddin 051107

Rombongan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang diketuai Syeikh Omar Ali dan Lee Song Yong turut menemui Salahuddin Ayub (PAS – Kubang Kerian) dan Senator Mumtaz Md Nawi di Pejabat Pembangkang.

Pada 22 November lalu, Lee telah didapati bersalah atas tuduhan enggan memberikan kerjasama dalam pemeriksaan keselamatan UPM dan mempertikaikan tugas Pengawal Keselamatan serta menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Kes tersebut turut mendapat perhatian Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) serta beberapa orang ahli parlimen DAP yang lain di lobi parlimen.

Universiti lahirkan robot

“Kes ini jelas membuktikan bahawa pihak universiti yang ada sekarang ini bersikap dengan tidak demokratik yang hanya berfungsi sekadar melahirkan robot-robot sahaja,” katanya dalam sidang media tersebut.

Lim berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diguna pakai sekarang perlu dipinda atau dimansuhkan kerana ia diakui menyebabkan mahasiswa mengalami kelesuan dan hilang idealisme mereka yang tersendiri.

Dalam pada itu, Lim berkata pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga perlu mengambil tanggung jawab untuk memperbetulkan keadaan ini, dan tidak berlepas tangan kepada pihak pengurusan universiti untuk menyelesaikan sendiri masalah-masalah berkaitan mahasiswa serta pengurusan universiti.

“Menteri Pengajian Tinggi kena jawab mengenai hal ini, tidak boleh sekadar diam dan lepaskan pada universiti semata-mata,” tegasnya.

Lee yang turut sama hadir pada sidang media tersebut juga memaklumkan bahawa terdapat keraguan dalam catatan prosiding kes beliau.

“Catatan prosiding tersebut tidak lengkap serta meragukan kerana ia telahpun diringkaskan,” ujarnya kesal.

Beliau juga telah mengemukakan rayuan kepada pihak KPT serta akan membawa kes tersebut ke mahkamah untuk dibuat semakan penghakiman.

Hukuman keterlaluan

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syeikh Omar Ali pula berkata, hukuman yang dikenakan ke atas Lee adalah keterlaluan berbanding kesalahan yang dilakukan.

“Beliau hanya didakwa bersalah kerana mempertikaikan arahan pengawal keselamatan yang ingin memeriksa begnya sahaja, takkan sampai kena hukum digantung universiti?” ujarnya.

Menurutnya, SMM telah membawa isu ini ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), bagaimanapun permintaan Suhakam agar prosiding kes itu dihentikan tidak diendahkan universiti.

“Selepas ini, SMM sedang mengaturkan pertemuan dengan Naib Canselor UPM dan juga pihak menteri KPT sendiri, Dato’ Mustapa Mohamed,” ujarnya.

Hasil prosiding yang berjalan selama dua hari bermula pada 19 November lalu, Lee didapati bersalah dan digantung pengajiannya selama satu semester serta diberi amaran untuk tidak mengulanginya lagi

Pendang alami banjir kali kedua

Oleh Dr Mohd Hayati bin Othman, Ahli Parlimen Pendang
2 Oktober,
sejak petang semalam, Kedah dilanda angin ribut beserta hujan lebat yang membawa taburan hujan yang mencurah-curah sehingga beberapa kawasan rendah sekali lagi dilanda banjir. Antara kawasan yang awal mengalami banjir kali kedua ini adalah kawasan Pendang.
MP Pendang ziarah mangsa banjir
Kawasan sekitar sungai Pendang telah melepasi paras bahaya dan ada diantara penghuni telah dipindahkan ke dewan sukan Banggul Besi.

Semasa saya membuat pemantauan pagi tadi terdapat 5 keluarga yang telah pun ditempatkan di pusat pemindahan tersebut, yang terdiri daripada 20 mengsa banjir ,mereka dari Kpg Batu Hampir, Sukamari, dan Banggul Besi serta satu keluarga di dewan org ramai Batu 16.

Hujan sekarang masih lagi turun dengan lebatnya dan ada diantara kawasan yang masih dinaiki air dan dijangka kemungkinan ramai lagi mangsa yang akan dipindahkan jika sekiranya huja tidak berhenti .

Bantuan amat diperlukan untuk kali kedua ini kerana mereka yang tidak berpindah juga masih ramai yang terperangkap kerana putus hubungan dan mereka inilah yang biasanya diziarahi untuk diberi bantuan.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada PAS Kedah, 020011010006747 BIMB atau Dr Mohd Hayati Othman BIMB 02011010015089 sms 0133363604.

Mangsa kebakaran perlu bantuan

Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Puan Siti Hajar Othman (warga emas)
Dr Hayati sampaikan bantuan kpd mangsa kebakaran
Pada jam 2.00 petang 26 September, di Kampong Baru Paya Mengkuang, Sempadan Kawasan Parlimen Jerai dan Pendang, berlaku kebakaran rumah warga emas Puan Siti Hajar Othman sehingga meranapkan sama sekali rumah dua tingkat.

Semasa kebakaran, Puan Siti Hajar tiada dirumah kerana menziarahi anaknya yang tinggal di Tunjang.

Rumah ini turut dihuni oleh anak beliau, Azahari Jaafar yang bekerja di Pulau Pinang. Ketika kebakaran hanya isteri Azahari dan anak mereka sahaja ada dirumah.

Punca kebakaran mungkin disebabkan litar pintas dari tingkat atas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi semua dokumen penting habis musnah dijilat api.

Puan Siti Hajar juga berniaga sambilan ditepi rumah beliau untuk menambah wang saku dengan menjual ABC dan cendol serta minuman dan makanan ringan lain.
Dengan linangan air mata beliau menceritakan kesukaran untuk menyambut Aidul Fitri dengan suasana rumah yang musnah dijilat api tersebut.

Diharap beliau tabah menghadapi ujian Allah dan bersabar diatas musibah ini.

Sesiapa ingin membantu membaikpulih rumah warga emas, Puan Siti Hajar bolehlah menghubungi
019-3363604

Dr Hayati sampaikan bantuan TKH kepada pesakit kronik

Ahli Parlimen Pendang, Dr Hj Mohd Hayati Othman menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kemiskinan Harakah kepada pesakit buah pinggang kronik, En Ramli bin Ahmad, berasal dari Kpg Lahar Batu, Pendang, yang menjalani dialysis 3 kali seminggu di Hospital Yan.
bantuan kpd pesakit kronik
Encik Ramli mengucapkan terima kasih diatas sumbangan tersebut dan berharap sumbangan yang diusahakan oleh YB dapat meringankan beban beliau menjelang Idul Fitri yang akan tiba nanti.

Kini Ramli tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan kerana masanya dihabiskan untuk menjalani rawatani dialysis.

“Saya hanya bergantung harap kepada anak beliau yang bekerja dibengkel besi di Pendang, anak yang lain masih bersekolah,” kata Ramli.

Kita berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Ramli dan keluarganya dan mengharapkan beliau akan sentiasa dalam perjuangan Islam dan tabah menghadapi ujian Allah ini.

Semoga Allah juga turut memurahkan rezeki mereka yang sentiasa menyumbang kepada Tabung Kemiskinan Harakah (TKH).