PM rangka strategi sebelum bersara – MP Pokok Sena

Umno kini mengalami fasa Kelam, kata Ahli Parlimen BN Pulai,
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar membayangkan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang merangka satu strategi politik sebelum bersara termasuk sistem kuota dalam amalan pemilihan Majlis Tertinggi Umno.

Tindakan ini katanya akan dilakukan bagi meningkatkan imejnya sebagai Presiden dan PM sebelum bersara dalam bidang politik.

Tujuan ini bagi tujuan membuka peluang kepada semua ahli bertanding dalam peringkat tertinggi parti.

Terbaru Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. semalam mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, menjadikannya pemimpin ketiga menawarkan diri ke jawatan itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri masing-masing bertanding jawatan itu, minggu lalu.

Nur Jazlan, 42, berkata keputusan itu sebagai inisiatif kepada perwakilan untuk memilih calon muda bagi menyuntik semangat baru kepada parti selain mengambil kira isyarat rakyat yang mahu Umno ‘diremajakan’.

“Saya mewakili generasi baru yang bukan daripada pentadbiran dua pemimpin terdahulu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden, Tun Dr Mahathir Mohammad oleh itu saya tidak akan dilihat sebagai kesinambungan kepada sesiapa. Saya akan bawa nafas baru.

“Ia juga berdasarkan senario politik semasa yang mahu wakil muda berganding dengan Datuk Seri Najib Razak yang dilihat bakal menerajui Umno selepas ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau yang juga calon termuda menawarkan diri setakat ini, berharap dengan menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu akan membuka minda perwakilan membuat keputusan berdasarkan keperluan utama parti yang terbukti tidak lagi kebal selepas pilihan raya lalu dan bakal kehilangan pengaruh jika tidak diberi nafas baru.

“Kalau kita lihat sekarang Barisan Nasional (BN) sedang melalui fasa yang kelam dan Umno sebagai tonggak perlu diperkukuhkan supaya BN kembali kuat. Jika lambat dan menidakkan isyarat rakyat saya khuatir ia terus melemahkan parti. Bagi saya isyarat rakyat jelas Umno perlu ‘diremajakan’ supaya selaras kehendak semasa yang mahu perubahan,” katanya.

Menteri tagih simpati mohon MP sokong kenaikan harga minyak

Hari ini kerajaan menagih simpati melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengemukakan usul supaya semua ahli Parlimen menyokong kerajaan menaikkan harga minyak minyak .

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mencadangkan:

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) Dewan ini mengambil ketetapan berikut:

“Bahawa Dewan ini, Prihatin akan kenaikan mendadak harga minyak, makanan dan komoditi lain di pasaran dunia, yang merupakan fenomena global di luar kawalan Kerajaan.

Menyedari bahawa fenomena kenaikan harga ini membawa impak negatif yang besar kepada kesejahteraan rakyat serta kemajuan ekonomi negara.

Memahami dan menyokong langkah Kerajaan untuk menstruktur system subsidi minyak dan gas yang menjejas kewangan Kerajaan dan tidak dapat ditanggung tatkala harga minyak di pasaran global terus meningkat tinggi, agar beban ke atas ekonomi negara dapat dikurangkan dan subsidi dapat diagihkan dengan lebih saksama kepada mereka yang benar-benar memerlukannya yakni golongan miskin dan berpendapatan rendah dan sederhana.

Menyokong langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mengurangkan beban ke atas rakyat yang disebabkan oleh kenaikan harga minyak, makanan dan komoditi, agar kesejahteraan hidup rakyat terus terjaga.

Menyedari keazaman dan usaha Kerajaan untuk terus mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan memperjuangkan agenda pembangunan nasional, walaupun persekitaran di peringkat global semakin mencabar.

Bahawa Dewan yang mulia ini menyeru kesemua lapisan rakyat Malaysia termasuk pekerja dan pengusaha agar tabah dan bersatu padu dalam menghadapi cabaran global ini serta memelihara keamanan, kestabilan dan kesejahteraan kita bersama”.

Adalah dijangkakan Pembangkang akan menentang habis-habisan usul yang dikemukakan kerajaan. Undi belah bahagi akan dilaksanakan selepas perbahasan hari ini juga.

Anngota BN diberi taklimat siaran langsung Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — RTM sudah bersedia untuk meyiarkan secara langsung sidang persidangan Dewan Rakyat di RTM1 selama 30 minit mulai 30 April ini, kata Timbalan Menteri Penerangan Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata semua anggota Parlimen BN sudah diberi taklimat mengenainya dan telah menyiapkan diri untuk berdepan dengan anggota parlimen dari parti pembangkang.

“Kita perlu ada keyakinan bahawa anggota Parlimen BN ada kemampuan untuk berdebat dengan anggota Parlimen dari pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat Bernama di sini hari Selasa.

Tan berkata penyiaran secara langsung persidangan Dewan Rakyat itu adalah satu langkah untuk menunjukkan keterbukaan dan ketelusan kerajaan di Parlimen yang perlu ditonton rakyat.

“Ini satu langkah yang baik dan tiada sebab usaha ini mahu dibatalkan,” katanya yang kagum dengan kredibiliti Bernama menunjukkan pemberitaan yang adil, telus dan terbuka kepada semua pihak.

Baru-baru ini Kabinet memutuskan untuk membenarkan siaran langsung sesi soal jawab selama 30 minit Persidangan Dewan Rakyat menerusi RTM1. — BERNAMA

Polis siasat Bekas Menteri Cabul Wanita

KUALA LUMPUR, 22 April: Polis sedang menyiasat satu laporan melibatkan seorang bekas menteri yang didakwa melakukan jenayah seksual di sebuah hotel bertaraf lima bintang berdekatan Stesen Sentral Kuala Lumpur di sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah berkata laporan itu dibuat oleh seorang wanita yang berumur 30-an di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada Jumaat lepas.

Dalam kejadian pada 14 April lepas, mangsa yang merupakan pekerja di hotel tersebut dikatakan bertemu dengan bekas menteri tersebut sebelum mendakwa dicabul, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Kelab Rotary bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari Selasa.

Ku yang enggan mengulas lanjut mengenai kes itu berkata bekas menteri itu kini berada di luar negara dan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau turut menegaskan pihak polis akan menjalankan siasatan tersebut secara adil tanpa mengira status pihak yang didakwa, dan pihaknya akan memanggil bekas menteri yang terlibat untuk siasatan sebaik beliau kembali ke tanah air.

Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul kehormatan.

Jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu. — BERNAMA

Kerajaan gagal, kata Devamany (MIC – Cameron Highlands)

Dalam sesi soal jawab semalam, ketika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Raman Suliman menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengenai usaha kerajaan membantu kaum India di negara ini, Devamany bangun mencelah dengan berkata:

“50,000 orang datang semalam (Ahad), ini satu kegagalan Tan Sri (Yang Dipertua), jadi saya rasa perkara ini perlu dilihat secara serius,” katanya merujuk kepada perhimpunan haram Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) kelmarin kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) meminggirkan kaum India di Malaysia.

Devamany mengulangi perkara itu ketika Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum menjawab soalan beliau mengenai peratusan terkini kakitangan India dalam perkhidmatan polis dan tentera.

“Kerajaan sudah menjanjikan macam-macam dalam Dasar Pembangunan Malaysia 2020 dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk masyarakat India mengenai pengambilan kaum itu dalam perkhidmatan awam, peluang masuk ke IPTA, pelbagai latihan dan bantuan kewangan.

“Namun, reaksi semalam, hampir berpuluh-puluh ribu menunjukkan kekecewaan. Maka, ini menunjukkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memberikan peluang yang kecil, tetapi janji yang besar,” katanya.

Ditemui di lobi Parlimen kemudiannya, Devamany berkata, beliau tidak kesal kerana membuat kenyataan itu dan beliau tidak mengkritik dasar kerajaan kerana apa yang dilakukannya hanyalah berjuang demi kepentingan masyarakatnya.