Projek Keramat Mall menelan belanja sebanyak RM49 juta

Pertanyaan Jawab Lisan dijawab bertulis bagi soalan no 28
YB DR. LO’ LO’ BINTI MOHAMAD GHAZALI [TITIWANGSA] pada 11 November 2009

Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah kedudukan Keramat Mall yang masih tidak digunakan serta apakah penambahbaikan yang dibuat DBKL untuk memenuhi permintaan peniaga-peniaga bagi disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka dan tempat parkir yang sangat kurang yang boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berhampiran dan berapakah kos asal dan kos tambahan.

Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua, 
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Titiwangsa, Keramat Mall yang terletak di Kampung Dato’ Keramat adalah sebuah kompleks pasar dan perniagaan moden setinggi 4 tingkat yang mengandungi pasar awam, gerai berkunci, medan selera, dewan keramaian, surau, bank, pejabat pos, tandas dan tempat letak kereta. Kompleks ini telah pun siap dari segi pembinaan fizikalnya.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi di bawahnya yakni Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa memantau perkembangan status pembinaan projek ini bagi memastikan prasarana yang ditawarkan adalah selaras dengan kehendak dan keperluan para peniaga yang bakal berniaga di pasar tersebut. Terletak di atas sebidang tanah seluas 4.7 hektar, projek Keramat Mall menelan belanja sebanyak RM49 juta. 
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa terima memorandum JK Bertindak Indian Element Kg Pandan

KEMASKINI:

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali menerima memorandum daripada Pengerusi JKKK Bertindak Indian Element Kg Pandan KL, SM Sureshkumar AL Maniam di Lobi Parlimen hari ini 15 Dis. 2009.

Teks memorandum
JAWATANKUASA BERTINDAK INDIAN SETTLEMENT KAMPUNG PANDAN KUALA LUMPUR
35A, Lorong Delapan,Kg. Pandan Indian Settlement, 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 013-2301 878, 016-9060 445
Jb_kpis@yahoo.com

Kepada,

Yang Berhormat,
DR. LO’LO’ MOHD GHAZALI,
Ahli Parlimen Titiwangsa. 15hb Disember 2009

PER: PERUMAHA SETINGGAN DI KAWASAN TITIWANGSA (KG.PANDAN INDIAN SETTLEMENT).
Terlebih dahulu kami, ahli-ahli Jawatankuasa bertindak dan penghuni-penghuni setinggan yang telah mengambil tindakan Mahkamah berterimakasih banyak atas pertolongan dan sokongan Yang Behormat memperjuangkan hak asasi penghuni-penghuni di Kg. Pandan Indian Settlement atas isu berkenaan KL Draf Plan 2020 dan perumahan setinggan.
Teruskan membaca

Langkah-langkah proaktif kutip cukai

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tamabahn MP PAS Titiwangsa kepada soalan asal No. 8. Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kastam Di-Raja Malaysia dalam membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk untuk mengelakkan cukai dan nyatakan jenis barangan serta jumlah cukai yang sepatutnya dibayar mengikut negeri dan berapa tangkapan telah dibuat dari tahun 2008 hingga kini. [2 Dis 2009]

Pembantu Rumah bercuti?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 1 Disember 2009

Mekanisme yang jelas Pembantu Rumah bercuti – Soalan tambahan MP PAS Titiwangsa kepada soalan asal No. 3. Dato’ Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pendirian Kerajaan berkaitan tuntutan gaji pembantu rumah yang amat mahal serta kemudahan bercuti di hujung minggu. [1 Disember 2009]

Dewan Kecoh: Subsidi Beras, Ketua Bahagian Umno tandatangan borang?

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar – Penggulungan Menteri/ Timbalan Menteri), 12 November 2009

(1) – MP PAS Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali

MP PAS Pendang, Dr Mohd Hayati

Dewan Kecoh

MP PKR Kuantan, YB Fuziah Salleh

MP Pakatan Rakyat mencelah penggulungan Bajet 2010 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 12 November 2009.

Ramai Penduduk PPR tidak layak dapat pinjaman?

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar – Penggulungan oleh Menteri dan Timbalan Menteri), 11 November 2009

Ramai Penduduk PPR tidak layak dapat pinjaman? (1) – MP PAS Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mencelah penggulungan Bajet 2010 Menteri Wilayah Persekutuan pada 11 November 2009.

MP PAS Titiwangsa Bahas Bajet 2010

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar), 5 November 2009

Dr Lo’ Lo’ bt Mohd Ghazali membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Dasar) di Dewan Rakyat pada 5 November 2009.

Tahniah kepada Bhg. Narkotik PDRM

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 28 Oktober 2009

Soalan tambahan dan Soalan asal No. 4. Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kejayaan rampasan dadah dan lain-lain bahan yang salah di sisi undang-undang secara besar-besaran yang telah berjaya oleh pihak PDRM mengikut negeri sejak 2008 hingga kini. [28 Oktober 2009]

MP PAS Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali membahaskan Rang Undang-Undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang

MP PAS Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali membahaskan Rang Undang-Undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. – (Perdana Menteri) [21 okt. 2009]

MP PAS mencelah jawapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang

Ustaz Mohd Nasir Zakaria dan Dr Dzulkifly Ahmad mencelah


Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan Dr Dzulkefly Ahmad mencelah jawapan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008. [20 Oktober 2009]