RTM perlu beri peluang rakyat dapat maklumat pelbagai pihak

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PKR Ketereh kepada soalan asal No. 10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tidak adakah cadangan untuk menjadikan RTM sebagai wadah untuk melahirkan satu bentuk pola pemikiran, nilai dan budaya yang baru yang benar-benar menggambarkan amalan rakyat didahulukan prestasi diutamakan bukan sebagai alat propaganda Kerajaan sahaja. [2 Dis. 2009]

Langkah-langkah proaktif kutip cukai

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tamabahn MP PAS Titiwangsa kepada soalan asal No. 8. Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kastam Di-Raja Malaysia dalam membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk untuk mengelakkan cukai dan nyatakan jenis barangan serta jumlah cukai yang sepatutnya dibayar mengikut negeri dan berapa tangkapan telah dibuat dari tahun 2008 hingga kini. [2 Dis 2009]

Projek tidak diberikan kepada Kontraktor Pembangkang?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PAS Pokok Sena kepada soalan asal no. 5. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategik garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor kelas A,B,C,D dan E diberi peluang sebagaimana kontraktor kelas F. Apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor. [2 Dis 2009]

Faedah Amanah Saham sepatutnya dapat basmi miskin tegar

Sesi Pertanyaan jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PAS Jerai kepada soalan asal No. 4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah miskin tegar di bandar mengikut negeri-negeri yang telah menerima pemberian 10,000 unit Amanah Saham 1Malaysia sehingga 30 September 2009. [2 Dis 2009]

Golongan Miskin Tegar perlu diangkat martabat

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PKR Kuala Langat kepada soalan asal No. 2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pihak Kementerian tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan untuk JKM dalam RMK-10 bagi membolehkan penerima bantuan JKM juga dapat dinaikkan kadar maksima daripada RM450 kepada kadar yang lebih sesuai. [2 Dis 2009]

Selaras Pengagihan Wang Zakat

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 1 Disember 2009


Selaras Pengagihan Wang Zakat – Soalan tambahan MP PAS Baling kepada soalan asal No. 7. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana zakat telah dapat menjana ekonomi golongan fakir dan miskin serta mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan. [ Soalan tambahan: BN Dungun, [1 Disember 2009]


Bantuan kepada Projek Mega Kerajaan Kedah? – Soalan asal No 10. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah bentuk kerjasama dan usaha yang diberikan oleh Kerajaan Pusat terhadap Projek Mega Kerajaan Negeri Kedah iaitu projek penapisan minyak ‘Hub Hidrokarbon (SULIHH)’ di Sungai Limau Yan, Kedah untuk menarik pelabur luar sebanyak mungkin. [1 Disember 2009]

Menara telekomunikasi: Tiada penyelarasan SKMM-Majlis Bandaraya

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 1 Disember 2009

Tiada Penyelarasan antara SKMM-Majlis Bandaraya? – Soalan tambahan MP PAS Kota Raja kepada soalan asal No. 4. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan Kementerian seterusnya kepada pihak CELCOM (M) Sdn. Bhd. yang sehingga hari ini gagal mematuhi arahan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk merobohkan menara telekomunikasi yang terletak di Lot 2778, Taman Jati Indah, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor. [1 Disember 2009]

Pembantu Rumah bercuti?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 1 Disember 2009

Mekanisme yang jelas Pembantu Rumah bercuti – Soalan tambahan MP PAS Titiwangsa kepada soalan asal No. 3. Dato’ Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pendirian Kerajaan berkaitan tuntutan gaji pembantu rumah yang amat mahal serta kemudahan bercuti di hujung minggu. [1 Disember 2009]

MP PAS Marang bela Guru Wanita

Sesi pertanyaan jawab Lisan, 1 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PAS Marang kepada soalan asal No. 2. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah menengah khususnya di sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan pinggir bandar [1 Disember 2009]

Perumahan terbengkalai?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 1 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PAS Rantau Panjang kepada soalan asal No. 1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah projek perumahan yang terbengkalai dan langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini khususnya bagi melindungi hak dan nasib pembeli. [1 Disember 2009]