Usul bincang Royalti Petroleum ditolak Speaker

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad menghantar usul di bawah perkara 18(1) mencadangkan Dewan Rakyat merundingkan semula status pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Negeri Kelantan.

Ini berikutan tindakan kerajaan Pusat dan Petronas yang telah melanggari terma-terma kontrak sekaligus mengingkari ‘sanctity of contact’ untuk membayar 5 peratus wang tunai dari hasil minyak di luar pesisir Kelantan seperti termaktub dalam Fasal 4 dalam Akta 144 Keajuan Petroleum (PDA) 1974.

Bagaimanapun usul tersebut telah ditolak dalam kamar oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi.

Dzulkifli yang kesal dengan penolakan itu berkata, isu itu jelas melibatkan kepentingan rakyat, bukannya melibatkan kepentingan mana-mana parti politik.

“Kami akan terus mengangkat isu ini kerana Pakatan Rakyat mahukan isu ini terus dibawa supaya seluruh rakyat mengetahui perkara sebenar yang terkandung dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974,” katanya yang juga bekas Pengarah Pusat penyelidikan PAS.

Perkara itu juga ujarnya disokong oleh pimpinan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parimen Gua Musang.

“Tengu Razaleigh sendiri dalam kenyataanya menegaskan bahawa isu ini merupakan bipartisan, tidak melibatkan kepentingan mana-mana parti politik,” ujarnya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub tetap akan mengemukakan satu lagi usul kepada Speaker Dewan Rakyat esok bagi mencadangkan satu jawatankuasa khas di bawah parlimen dibentuk bagi mengkaji terma-terma perjanjian petroleum di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Dalam sidang medianya hari ini, Salahuddin berkata, tindakan tersebut dibuat ekoran usul pertama membincangkan isu royalti Kelantan yang dihantar kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia Isnin lalu ditolak dalam kamar pagi tadi.

“Sudah sampai masanya satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh parlimen bagi mengkaji terma-terma perjanjian di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Bila kita guna seluruh ruang dalam parlimen berbahas tentang isu ini, Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri tetap dengan keputusan bahawa kelantan tak ada hak (royalti),” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Usul tersebut juga akan dibawa ke mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat petang ini untuk dibincangkan

Debat Isu Royalti: MP Pakatan Rakyat vs Menteri (3)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa), 17 November 2009

9 -11. MP Pakatan Rakyat mencelah Ucapan Penggulungan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa JPM) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengenai Isu Royalti/ Ihsan kepada Kelantan pada 17 November 2009.

Debat Isu Royalti: MP Pakatan Rakyat vs Menteri (2)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa), 17 November 2009

– MP Pakatan Rakyat mencelah Ucapan Penggulungan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa JPM) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengenai Isu Royalti/ Ihsan kepada Kelantan pada 17 November 2009.

‘……. bersambung ….

Debat Isu Royalti: MP Pakatan Rakyat vs Menteri (1)

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa), 17 November 2009

MP Pakatan Rakyat mencelah Ucapan Penggulungan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa JPM) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengenai Isu Royalti/ Ihsan kepada Kelantan pada 17 November 2009.

… bersambung …

Bajet 2010: Menteri JPM tidak jawab isu Royalti

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Dasar), 9 November 2009
Penggulungan oleh Jabatan Perdana Menteri

3. Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Menteri Di JPM (Ekonomi – BN Tasek Gelugor) vs MP Pakatan Rakyat (1) – Penggulungan Bajet 2010 oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (BN Tasek Gelugor), Tan Sri Nor Yaakob Dewan Rakyat pada 9 November 2009.

….. bersambung ….

Ahli Parlimen akan melawat Pelantar minyak dan Gas, 4 Ogos ini

Beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan disamping para wartawan dan Blogger serta pemimpn masyarakat setempat akan di bawa ke Pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan pada 4 Ogos ini.

Turut dipelawa menyertai rombongan tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Rombongan yang turut disertai Ahli Parlimen Pembangkang ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Exconya, Dato’ Husam Musa.

Dato’ Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran minyak dan gas di kawasan pertindihan antara Kelantan dan Thailand.

“Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dan gas dari perairan Kelantan,’ katanya.

Mereka dijangka akan berlepas dari Jeti Pengkalan Kubor dengan Kapal Laut Dalam yang akan mengambil masa hampir 12 jam meredah Laut China Selatan sebelum sampai ke Pelantar minyak tersebut.

Ahli Parlimen Pembangkang yang telah mengesahkan untuk hadir akan diketuai Dato’ Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena), Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian), Khalid Samad (PAS Shah Alam), Dr Mujahid Yusof (PAS Parit Buntar), Saifuddin Nasution (PKR Machang), Abd Aziz Kadir (PKR Ketereh) dan lain-lain akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini Kerajaan Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan Kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak kepada rakyat Negeri Kelantan.

Sebagaimana Terengganu dan Sabah, Kerajaan Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.

timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.