MP PAS bantu penghuni rumah kakitangan JKR dan DBKL akibat tanah mendap

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli bergegas ke kuarters DBKL dan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Sang Peng, Kuala Lumpur memberi bantuan segera kepada penghuni yang diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara di Dewan Umno Jalan Sang Peng akibat tanah mendap, kemungkinan akibat daripada pembinaan di sekitarnya.

Memberi kata dua dan bantuan

Melawat rumah penghuni yang rumahnya retak dan diarah berpindah

flatjlnsangpeng Semalam, Deruman tanah mendap itu macam bunyi gempa bumi yang selalu saya lihat dalam dokumentari di televisyen,” kata Pembantu Am, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), M Devadas, 46.

Rumahnya hanya kira-kira 10 meter dari lokasi mendapan tanah itu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin itu.

Devadas yang menetap selama 20 tahun di kuarters DBKL itu, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu.

“Sejak pembinaan sebuah pusat beli-belah bermula lapan bulan lalu, kami biasa mendengar dentuman alat hentaman cerucuk di depan rumah.

“Namun, semalam (kelmarin) bunyinya sangat luar biasa bagaikan gempa bumi. Saya panik kerana bunyi itu diikuti dengan rumah rasa bergegar.

“Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus mengarahkan isteri, empat anak dan emak mentua segera keluar rumah,” katanya.

Teruskan membaca

Projek e-Tanah tidak gagal tapi lewat pelaksanaan

Program e-Tanah yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu bagi mengatasi masalah kelewatan dan kerenah birokrasi dalam pengurusan pentadbiran tanah dikatakan oleh Saifuddin Nasutioan (PKR Machang) sebagai satu projek yang gagal dinafikan oleh Kerajaan

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, projek tersebut tidak gagal tetapi mungkin berlaku kelewatan dalam proses pelaksanaannya.

‘‘Saya ingin menegaskan bahawa ia tidak gagal kerana sekarang kita telah menggunakan dua daripada sembilan modul utama yang diperkenalkan iaitu modul pendaftaran dan modul kutipan hasil.

‘‘Malah bagi tahun ini sahaja, sebanyak 21,259 urusan telah berjaya dijalankan dalam urusan modul pendaftaran manakala bagi kutipan hasil pula, kita berjaya mengutip RM135 juta kutipan hasil melalui sistem ini,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengenai masalah yang berlaku dalam pelaksanaan program e-Tanah pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Douglas, berdasarkan tinjauan yang dibuat, sistem tersebut juga dapat dilaksanakan dengan mudah dan mampu diselesaikan dalam tempoh 15 minit sahaja berbanding sistem lama yang mengambil masa selama dua jam.

Jelasnya, keberkesanan sistem tersebut antara bukti bahawa program itu tidak gagal dan kerajaan menjangkakan sembilan modul utama program e-Tanah dapat dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun depan.

‘‘Bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri kini mempertimbangkan sama ada sistem ini dapat diperluaskan atau tidak kerana buat masa ini program e-Tanah hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia,” ujarnya.
Teruskan membaca