Pembunuhan Altantuya ada dalam Wikileaks

Dewan Rakyat 3 Julai 2013

Pembunuhan Altantuya ada dalam Wikileaks, kenapa tak dedah …

Advertisements

Ketua Pembangkang nafi ucapan wakil BN rujuk laporan Wikileaks

Dewan Rakyat 3 Julai 2013

Ketua Pembangkang nafi ucapan wakil BN rujuk laporan Wikileaks

Ketua Pembangkang: Penggunaan Pukat Tunda jejas Nelayan Pantai

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM [PERMATANG PAUH]
TARIKH : 17.10.2012 (RABU)

SOALAN 32 : Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh mana pemantauan terhadap gejala penggunaan pukat tunda di kawasan persisiran pantai Malaysia dan tindakan tegas berhubung dengan penggunaan pukat tunda ini yang menyebabkan kekurangan sumber perikanan dan kesannya terhadap kehidupan nelayan pantai yang semakin meruncing.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini aktiviti penguatkuasaan di laut dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang boleh menjalankan penangkapan bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta perikanan 1985. Walau bagaimanapun pihak jabatan perikanan Malaysia masih membuat pemantauan yang berterusan terhadap vesel-vesel pukat tunda melalui beberapa kaedah, antaranya dengan menjalankan pemeriksaan rambang secara berterusan di samping pemeriksaan tahunan untuk pembaharuan lesen vessel dan perkakas ikan. Sehingga bulan ogos 2012, sejumlah 12,420 buah vessel penangkapan ikan di seluruh negara telah diperiksa di pengkalan.

Pada tahun ini, sebanyak 363 tangkapan telah direkodkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta perikanan 1985 dan daripada jumlah tersebut 191 kes adalah melibatkan vesel pukat tunda. Jumlah tangkapan pada tahun 2011 pula adalah sebanyak 609 kes di mana 347 melibatkan pukat tunda. Bermula bulan Februari 2012, vesel pukat tunda yang menceroboh zon A dikenakan tindakan selain menggantungkan lesen selama 3 hingga 6 bulan juga telah diperkenalkan selain kompaun. Sehingga kini, sebanyak 9 buah vesel telah dikenakan tindakan.

Ketua Pembangkang: Status Kes-Kes Berprofil tinggi

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS
DARIPADA : DATO SERI ANWAR IBRAHIM [PERMATANG PAUH]
TARIKH : 01.10.2012(ISNIN)
SOALAN 44 : Minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan dan status kes-kes berprofil yang tinggi yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tertahan daripada pendakwaan di Mahkamah terbuka tidak dilakukan.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
SPRM tidak menfokuskan kepada bilangan kes-kes berprofil tinggi semata-mata.Ini kerana SPRM tidak membezakan antara siasatan kes berprofil tinggi dengan kes-kes siasatan yang lain.SPRM menjalankan tugas menyiasat terhadap segala aduan yang diterima mengikut undang-undang .Setiap kes yang telah disiasat akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya.

Dalam kes-kes yang tidak dituduh,tidak semestinya ianya tiada kes tetapi Timbalan Pendakwaraya berpandangan bahawa ianya tidak mencukupi untuk membawa ke mahkamah .Pada masa yang sama, Timbalan Pendakwaraya turut mengambilkira keterangan-keterangan saksi serta fakta-fakta lain.

Semua siasatan SPRM akan dipantau dan diteliti oleh Panek Penilaian Operasi (PPO) yang mana semua kes yang disiasat termasuk kes-kes yang tidak di bawa pendakwaan akan dibentangkan ke panel ini setiap tiga bulan sekali.Seterusnya panel ini boleh meminta kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menyemak kembali kertas siasatan yang tidak dibuat pendakwaan sekiranya mempunyai asas yang kuat untuk di buat pendakwaan.

Ketua Pembangkang Bahas Bajet 2010 Jabatan Perdana Menteri (1)

Sesi Perbahasan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Jabatan Perdana Menteri), 16 November 2009

(1) – Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR Permatang Pauh) Membahaskan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa) mengenai Kepala Bekalan B1-B9 dan P6/P7 Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 16 November 2009

Ketua Pembangkang: Kita luluskan perumahan Tentera antara terbesar

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang

Dato’ Seri Anwar Ibrahim [PKR Permatang Pauh] mencelah ucapan BN Hulu Terengganu membahaskan Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [22 Oktober 2009]

Perbincangan Sidang Meja Bulat Parlimen mengenai Ketua Polis Baru untuk Malaysia Lebih Selamat (4)

Perbincangan meja bulat Pakatan Rakyat hari ini memutuskan sebulat suara supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan digantikan bagi memulih Umej PDRM serta mendesak Perdana Menteri menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) seperti yang dicadangkan oleh Pesuruhjaya Diraja Polis, Tun Dzaiddin yang juga Bekas Ketua Hakim Negara.

14. Ucapan Orang Awam (Anak Muda, Wanita dan Dewasa)

15. Ucapan oleh Wakil Badan Politik, YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Lathefa Koya Kutty (PKR), YB Chong Eng (DAP), YB Ronald Liu (DAP)

16. Resolusi dan sidang media oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Empat resolusi yang diluluskan dalam perbincangan meja bulat tersebut ialah:
1. Mendesak Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan agar tidak memohon perlanjutan tempoh perkhidmatannya selama dua tahun disebabkan kegagalannya sebagai ketua polis negara dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) sepanjang tiga tahun lepas di dalam semua fungsi teras Polis termasuk pengekalan kadar jenayah yang rendah, pembendungan rasuah dan perlindungan hak asasi manusia.

Teruskan membaca