Mahfuz minta PAC siasat peruntukan Dana RM10 bilion kepada Khazanah Nasional

MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar petang tadi menyerahkan surat memohon Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid menyiasat peruntukan dana RM10 bilion dalam pakej ransangan ekonomi yang diberikan pada Khazanah Nasional Berhad tahun lepas.

MP PAS Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar menyerahkan surat permohonan kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid. Turut memerhati Ahli PAC, Dato' Kamarudin Jaffar

Permintaan Mahfuz itu ekoran Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini yang berjanji menyediakan lebih 70 ribu peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang, projek ‘pasang siap’ serta pelaburan khusus di Wilayah Pembangunan Malaysia (WPI) melalui pakej tersebut.

“Saya mahu suatu siasatan dibuat ke atas Khazanah Nasional, saya nak tahu projek apa (yang dibuat), di mana (impak pembangunan) dan sejauh mana projek tersebut sedang dilaksanakan,” gesa Mahfuz.

Beliau turut mempersoal tentang penyusutan 1.2 peratus ekonomi negara.

“Mengapa boleh ada penyusutan ekonomi negara sebanyak 1.2 peratus untuk suku tahun ketiga tahun ini, sedangkan Khazanah menjanjikan pelbagai projek pasang siap dengan ransanga ekonomi ini, sepatutnya penyusutan ini tidak berlaku.”

“Apakah langkah pemantauan yang diambil oleh Khazanah untuk pantau RM10 bilion ini? Ada ketelusankah di dalamnya (pengurusan dana) dan bagaimana ia menguntungkan rakyat,” soal Mahfuz lagi.

Beliau yang juga Naip Presiden PAS berkata, ada pihak berpendapat peruntukan dana tersebut untuk meransang saham beberapa anak syarikat Khazanah sendiri di dalam Bursa Saham Malaysia.

Beliau turut memberikan contoh, sejumlah wang tertentu dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan untuk menyelamatkan ValueCap Sendirian Berhad.

Tambahnya lagi, kerajaan juga memperuntukan banyak dana untuk meransang ekonomi nasional sebelum ini, namun rakyat tidak merasai impak ekonomi dan pembangunan dari pakej ransangan tersebut.

Dana-dana yang dimaksudkan termasuk pemberian RM2 bilion kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk membina terminal pengangkutan tambang murah di KLIA.

Selain itu, kerajaan juga memperuntukan dana RM250 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang.

Telekom Malaysia Berhad turut mendapat RM2 bilion untuk penyediaan sistem jalur lebar berkelajuan tinggi dan RM480 juta kepada PLUS Berhad kerana tidak menaikan tol.

Selepas membuat kenyataan tersebut, Mahfuz menyampaikan suatu memorandum kepada Azmi.

Delegasi MP Hamas Palestin temui Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Hamas Palestin semalam yang diketuai diketuai Dr. Salem A. Salamah bersama Ismail A.M. Alashqar dan Mushir O.K. Almassri mengadakan pertamuan dengan Speaker Dewan Rakyat di Pejabat Speaker Dewan Rakyat. Pertemuan tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Kuala selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima kunjungan hormat tiga anggota Parlimen Palestin di pejabatnya di sini hari ini.

Pada pertemuan berkenaan, delegasi Ahli Parlimen Palestin itu turut mengadakan perbincangan dengan Pandikar Amin selama kira-kira 40 minit.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Pandikar Amin memaklumkan delegasi berkenaan telah membangkitkan beberapa isu berkaitan Palestin selain mencadangkan penglibatan Malaysia dalam perkara tertentu.

Menurut beliau, antaranya mereka mencadangkan penubuhan kumpulan persahabatan antara anggota Parlimen Palestin dan Malaysia bagi berkongsi pandangan dan maklumat perkembangan kedua-dua negara.

Menurutnya, perkara itu sememangnya sudah menjadi dasar Malaysia dan sebagai bukti, pada tahun lepas Parlimen Malaysia telah sebulat suara menyokong usul mengutuk serangan dan pencerobohan Israel ke atas Palestin.

“Sebenarnya itu memang dasar kita. Sejak dulu lagi kita mengiktiraf Palestin dan ia tidak pernah berubah,” katanya.
Teruskan membaca

Monopoli saham Bernas: Kerajaan hilang kawalan terhadap industri strategik negara

Ahli Parlimen Pokok Sena dan Machang terus mempersoal kepekaan kerajaan berhubung monopoli saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) iaitu sebuah sektor strategik makanan utama negara oleh seorang tokoh perniagaan.

Jika sebelum ini, isu pemilikan 32 peratus saham Bernas oleh syarikat asing Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dipertikai, kini isu pengambilan milikan Wan Tak tersebut pula dipersoal.

Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli kesemua milikan Wan Tak, selepas kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan syarikat berpengkalan di Hong Kong itu memegang saham tunggal terbesar Bernas.

Hasil pembelian 32 peratus itu, dan ditambah 55 peratus lagi milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media di parlimen siang tadi berkata, monopoli pemilikan saham Bernas sebanyak itu oleh entiti berorientasikan keuntungan semata-mata telah memperjudikan sektor strategik makanan utama negara.

Lebih malang apabila rakyat yang akan menerima kesannya apabila hanya keuntungan diletakkan mengatasi kepentingan rakyat secara keseluruhan.

“Kita bimbang bahawa Syed Mokhtar yang memiliki bisnes yang begitu besar dan pelbagai dan akhirnya akan mempertaruhkan sektor pemakanan asasi ini untuk memastikan dia terus mendapat peluang-peluang bisnes yang lain,” katanya.

Menurutnya lagi, beberapa kes pernah berlaku sebelum ini membuktikan kerajaan hilang kawalan terhadap Bernas.
Teruskan membaca

MP Pakatan Rakyat terima memorandum Kakitangan Utusan

Kakitangan Utusan tidak puashati dengan Majikannya

MP Pakatan Rakyat (MP PAS Kubang Kerian dan MP PKR Kuala Langat) menerima memorandum daripada kakitangan Utusan Melayu pada 20 Oktober 2009 di Lobi Parlimen.

Hari Terbuka Parlimen Malaysia

Hari Terbuka Parlimen Malaysia sempena Aidil Fitri pada 20 Oktober 2009/ 1 Zulkaedah 1430 di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia dihadiri semua Ahli Dewan Rakyat, Ahli dewan Negara, Pegawai-pegawai Kerajaan.

PRK N 11 Permatang Pasir: Gotong Royong dan Ziarah MP PAS

Program Gotong Royong dan Ziarah Ahli-Ahli Parlimen PAS di UPU Bukit Indera Muda (Kg Petani) pada 19 Ogos 2009 sempena Kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pasir dalam Program Perkampongan Ahli Parlimen PAS selama tiga hari bermula 18 Ogos hingga 20 Ogos 2009.

Perkampongan Ahli Parlimen PAS di Permatang Pasir (1)

Gotong Royong membersih kubur dan membaiki jalan di Kg Pelet oleh Ahli-ahli Parlimen PAS

Program Motivasi oleh Senator Mumtaz bt Md Nawi, Ahli Dewan Negara serta Program Ziarah Ahli-Ahli Parlimen PAS keatas Penduduk Kg Pelet.

Ahli-ahli Parlimen PAS yang menyertai Perkampongan diketuai oleh Dato’ Mahfuz Omar [Pokok Sena], Salahuddin Ayub [Kubang Kerian], Dr Mohd Hatta Ramli [Kuala Krai], Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar], Dr Dzulkifly Ahmad [Kuala Selangor], ustaz Firdaus Jaffar [Jerai], Ustazah Siti Zailah bt Mohd Yusof [Rantau Panjang], Ustaz Muhammad Husin [Pasir Puteh] dan Senator Mumtaz bt Md Nawi [Ahli Dewan Negara]

PM diminta beri tumpuan utama kepada H1N1 – MP PAS Pokok Sena

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini meminta Perdana Menteri memberi tumpuan utama kepada isu H1N1 yang semalam telah meragut 9 nyawa bukannya merampas Selangor.

“Slogan Rakyat didahulukan tidak dilaksanakan bahkan Dato’ Najib lebih menumpukan kepada isu merampas Kerajaan Selangor daripada pakatan Rakyat.

“Untuk merampas Selangor lebih baik Dato’ Najib tunggu pilihanraya umum akan datang, dan sekarang adalah masa untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mencadangkan agar Parlimen mengadakan satu persidangan khas bagi membincangkan wabak Influenza A(H1N1) yang disifatkannya sudah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara berikutan kematian 32 orang setakat ini.

Katanya, satu kertas putih mengenai pelan tindakan menangani serangan penyakit itu perlu dibentangkan di Parlimen.

Bercakap kepada pemberita di Pejabat Agung PAS hari ini, Mahfuz berkata, sebuah jawatankuasa keselamatan negara hendaklah diwujudkan dengan segera agar langkahlangkah pencegahan yang lebih serius dapat diambil. Katanya pemeriksaan dan kawalan ketat perlu dilakukan terhadap pelancong asing yang masuk ke negara ini selain rakyat negara ini yang baru pulang dari luar negara, khususnya mereka yang datang dari negara yang dikenal pasti menjadi punca wabak merebak.

“Kuarantin harus diperketatkan seperti di Mexico di mana seseorang yang dijangkiti penyakit itu dikuarantinkan dengan ketat, dan mereka berjaya mengawal situasi ini daripada menjadi lebih teruk,” katanya.

Perbincangan Sidang Meja Bulat Parlimen mengenai Ketua Polis Baru untuk Malaysia Lebih Selamat (4)

Perbincangan meja bulat Pakatan Rakyat hari ini memutuskan sebulat suara supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan digantikan bagi memulih Umej PDRM serta mendesak Perdana Menteri menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) seperti yang dicadangkan oleh Pesuruhjaya Diraja Polis, Tun Dzaiddin yang juga Bekas Ketua Hakim Negara.

14. Ucapan Orang Awam (Anak Muda, Wanita dan Dewasa)

15. Ucapan oleh Wakil Badan Politik, YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Lathefa Koya Kutty (PKR), YB Chong Eng (DAP), YB Ronald Liu (DAP)

16. Resolusi dan sidang media oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Empat resolusi yang diluluskan dalam perbincangan meja bulat tersebut ialah:
1. Mendesak Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan agar tidak memohon perlanjutan tempoh perkhidmatannya selama dua tahun disebabkan kegagalannya sebagai ketua polis negara dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) sepanjang tiga tahun lepas di dalam semua fungsi teras Polis termasuk pengekalan kadar jenayah yang rendah, pembendungan rasuah dan perlindungan hak asasi manusia.

Teruskan membaca

Perbincangan Sidang Meja Bulat Parlimen mengenai Ketua Polis Baru untuk Malaysia Lebih Selamat (2)

Perbincangan meja bulat Pakatan Rakyat hari ini memutuskan sebulat suara supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan digantikan.
5. Ucapan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim

6. Ucapan Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

7. Ucapan Bekas Anggota Polis 1

8. Ucapan Bekas Anggota Polis 2

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama kumpulan ahli parlimen DAP (15 orang), PKR (10), PAS (3), seorang senator, wakil-wakil NGO dan orang awam.

Sesi di bangunan parlimen tersebut dipengerusikan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai pemudahcara perbincangan tersebut.

Empat resolusi yang diluluskan dalam perbincangan meja bulat tersebut ialah:
1. Mendesak Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan agar tidak memohon perlanjutan tempoh perkhidmatannya selama dua tahun disebabkan kegagalannya sebagai ketua polis negara dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) sepanjang tiga tahun lepas di dalam semua fungsi teras Polis termasuk pengekalan kadar jenayah yang rendah, pembendungan rasuah dan perlindungan hak asasi manusia.

2. Mendesak Perlantikan ketua polis negara yang baru bagi membekalkan kepimpinan polis yang baru, mengimbas kembali tahap jenayah sepanjang lima tahun yang lalu demi memastikan Malaysia selamat dan memaparkan satu imej baru polis berjiwa demokrasi di Malaysia.

3. Mendesak Perdana Menteri supaya menyertakan di dalam KPI pembasmian jenayah, bukan sahaja pengurangan jenayah di jalan raya sebanyak 20% pada tahun 2010, tetapi juga kesemua kategori jenayah seperti yang diusul oleh laporan yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya Diraja Polis Dzaidin pada Mei 2005 yang lalu.

4. Menegaskan permintaan umum rakyat Malaysia bahawa Perdana Menteri sepatutnya Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan aja Polis dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang dicadangkan oleh Pesuruhjaya Diraja Polis Dzaidin agar keyakinan umum terhadap penguatkuasa polis dapat dipulihkan.