KPI dan NKRA: Perkara lama Jenama baru – MP PAS Tumpat

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata, apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri berkenaan pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) hanyalah perkara lama yang diberi penjenamaan semula.

Katanya, apa yang dimahukan rakyat adalah kesan akhir yang bakal mereka terima kelak. Kita perlu tunggu dan lihat persembahan bentuk baru dari Najib samada ia berjaya atau tidak.

Enam menteri kanan terajui NKRA
Enam menteri kanan dilantik menerajui enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) secara lebih berkesan lagi.

Mengumumkan demikian hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setiap minggu beliau akan berjumpa dengan setiap menteri berkenaan bagi menilai pencapaian KPI yang telah ditentukan.

Ini bermakna, kata Perdana Menteri, dalam setiap enam minggu beliau akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang dirancangkan.

”Bagi NKRA meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; NKRA mengurangi kadar jenayah, menterinya adalah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan NKRA memerangi rasuah, menterinya adalah Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

”NKRA meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula, menterinya adalah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, menterinya adalah Datuk Seri Shafie Apdal dan NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya adalah Datuk Seri Ong Tee Keat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Pegawai Kerajaan di sini.

Enam NKRA itu diumumkan sempena 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri pada 11 Julai lalu dan hari ini beliau memperincikan keenam-enamnya.

Dato’ Kamarudin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengulas pengumuman Najib mengenai KPI dan enam teras NKRA termasuk membabitkan usaha mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan berkualiti, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luarbandar dan pendalaman dan menambahbaik pengangkutan awam dalam jangkamasa sederhana.

Dato’ Kamarudin berkata, perkara itu sebagai mainan politik yang masih gagal meyakinkan rakyat untuk menerima Barisan Nasional dan Umno.

“Najib dilihat sebagai Perdana Menteri yang gemar membuat pengumuman demi pengumuman, namun tindakan tidaklah sehebat pengumuman yang dibuat.

“Contoh paling dekat, dulu tukar nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah BPR dan selepas itu kerajaan tukar nama, tukar jawatan, tukar organisasi.

“Alih-alih yang terbaru tidak berjaya selesaikan kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor baru-baru ini. Perkara sebeginilah kita tidak amhu terjadi pada penjenamaan yang baru diumumkan,” katanya.

Mengenai senarai Menteri yang dilantik sebagai ‘lead Minister’ menerajui NKRA, Dato’ Kamarudin berkata, perlantikan Menteri itu hanya buang masa.

“Najib hanya ulang balik tugas-tugas Menteri itu,” ujarnya.

Najib enggan beri ruang berbahas

Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini menyifatkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak “penakut” dan “tidak jujur”.

Ketika keluar dewan beramai-ramai kerana memprotes keengganan Najib memberi ruang untuk penjelasan ketika menggulung perbahasan Bajet 2009, beberapa anggota pembangkang melaung-laungkan perkataan “penakut, penakut!” kepada Najib.

Para pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) pula menyifatkan Najib “tidak jujur”.

“Beliau mendakwa bajet tidak ditukar, (dakwaan) yang tidak benar. Bajet telah ditukar,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sidang akhbar ahli-ahli Parlimen PR yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen .

“Beliau membentangkan bajet yang disemak semula (revised budget) sambil mendakwa ia bukan bajet yang disemak semula. Beliau tidak jujur”.

Dalam sidang akhbar ketika Najib meneruskan ucapannya tentang pakej ransangan ekonomi itu, Anwar menjelaskan bahawa ahli-ahli Parlimen pembangkang memprotes “sikap angkuh” Najib yang enggan memberi laluan untuk penjelasan ketika beliau berucap.

Menurut Ketua Umum PKR itu, ketika Yang Di-Pertua Dewan bertanya Najib adakah beliau akan memberi laluan kepada Ketua Pembangkang untuk membalas hujahnya, Timbalan Perdana Menteri menjawab, “tidak”

Najib juga berkata: “Itu hak saya (untuk tidak memberi laluan).”

“Kalau itulah caranya, apa guna kami berada di dalam Dewan,” Anwar mempersoalkan.

Anwar juga mengkritik Najib yang dianggap tidak menghormati sama sekali prosedur Dewan. Pihak pembangkang, katanya, menunggu kemunculan Najib dengan bajet yang disemak semula sejak dua minggu lalu.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang meradang, katanya, kerana mereka hanya diberikan beberapa minit sahaja untuk membincangkan bajet baru yang dipinda itu sebelum diluluskan.

Anwar juga hairan dengan tindakan Menteri Kewangan enggan memberi laluan untuk memohon penjelasan.

“Apa yang dipersoalkan ialah Najib mengemukakan angka baru dalam penggulungannya.

“Tiada makna kalau kami hanya datang untuk mendengar, kami boleh baca sendiri.

“Apa yang kami mahukan ialah penjelasan kepada angka-angka baru ini,” katanya.

Ketika menyampaikan pembentangannya, bakal Presiden Umno itu tidak membenarkan percubaan beberapa Ahli Parlimen pembangkang mendapatkan penjelasan darinya dan hanya bersedia menjawab soalan apabila beliau menghabiskan ucapannya.

Pihak pembangkang juga tidak berpuas hati apabila begitu banyak statistik yang dikemukakan oleh Najib begitu berbeza dengan statistik yang dibentangkan September lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Menteri Kewangan.

Percubaan Anwar untuk menafikan dakwaan Najib kononnya belanjawan yang dicadangkan oleh beliau mewakili PR bersifat menguncup (contractionary) juga tidak dibenarkan.

Ketika ahli-ahli pembangkang keluar beramai-ramai itu, Najib berkata, “Bagus, bagus” dan selepas itu berkata “aman sikit Dewan ni pembangkang tak ada”.

Sebelum itu, dalam kekecohan berikitan keengganan Najib memberi laluan untuk penjelasan itu, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memerintahkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua keluar dewan. Tian Chua tidak dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat sehingga esok.

Najib ‘takut’ dan tutup ruang bahas dengan MP Pakatan Rakyat

Seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan ketika Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 petang tadi.

Tindakan itu dibuat selepas Najib menutup ruang ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mencelah dalam perbahasan yang telah berlangsung selama sejam.

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali bangun bagi meminta ruang berbahas dengan beberapa hujah Najib yang dianggap Anwar sebagai tidak benar tidak diendahkan Najib.

Anwar mendakwa apa yang dibahaskan Najib adalah ‘belanjawan tambahan’ dan bukannya penggulungan bagi perbahasan Belanjawan 2009.

Namun Najib memberitahu dewan bahawa beliau akan menjawab soalan-soalan dari ahli Parlimen selepas selesai menyampaikan ucapannya.

Sehubungan itu, beliau tidak membenarkan beberapa percubaan oleh ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan penjelasan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga kecewa kerana perangkaan dalam ucapan Najib itu, berbeza dengan perangkaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri kewangan September lalu.

Malah sampai satu ketika, apabila Anwar meminta Najib membuat keputusan sama ada ruang akan diberikan ketika itu atau selepas menjawab yang akhirnya menyaksikan Najib sekali lagi menutup ruang menyebabkan Anwar bertindak keluar dewan.

Tindakan itu diikuti seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan pimpinan pakatan yang lain.

Sebelum itu, insiden tersebut pada asalnya bermula apabila di awal membentangkan penggulungan, Najib menyatakan beliau tidak akan membuka ruang perbahasan (penjelasan) sehingga beliau selesai membacakan cadangan dalam rang undang-undang tersebut.

Berang dengan tindakan Najib itu, Dato’ Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) bangun mempertikai dan meminta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat ‘ruling’ bagi peraturan mesyuarat 37 (1)(b) bagi membolehkan Najib membuka ruang perbahasan.

Beberapa orang ahli parlimen termasuk, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); Salahuddin Ayob (PAS-Kubang Kerian) ; Azmin Ali (PKR -Gombak); Lim Kit Siang; Karpal Singh (DAP-Bukit Jelutong): Gobindh Singh (DAP-Puchong) dan beberapa yang lain yang bangun mempertikai.

Sebelum bertindak keluar dewan, seorang ahli Dewan, Tian Chua (PKR – Batu) diarahkan Speaker untuk keluar dewan berikutan dikatakan tidak mengendahkan arahan Speaker di bawah 42 (1).

Di luar dewan, Anwar dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat mengadakan sidang media bagi mengecam tindakan Najib yang tidak membuka ruang dan dianggap ‘takut’ kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk berbahas.

Isu melanda bakal PM ….. Anwar minta Najib disiasat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan dikenakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkenaaan dakwaan salahguna kuasa dalam ke spembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Datuk Seri Najib Razak ... banyak isu sedang melanda bakal PM

Datuk Seri Najib Razak ... banyak isu sedang melanda bakal PM

Pihak berkuasa sepatutnya menjalankan siasatan terhadap semua tuduhan salahguna kuasa yang dikaitkan dengan bakal Perdana Menteri.

“Dengan kes pembunuhan Altantuya, pembelian kapal selam dan Eurocopter serta pendedahan sms dengan peguam …. (kenapa) tidak ada sebarang reaksi, siasatan dan laporan,” katanya di lobi Dewan Rakyat.

Belaiu berkata ketika mengulas isu sms antara Datuk Seri Najib dengan Peguam (Datuk Muhamad Shafee Abdullah) berhubung terhadap penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menurut Anwar, beliau juga ada membaca salinan kandungan sms itu dan berharap satu siasatan telus dikenakan kepada Timbalan Perdana Menteri.

Isu-isu yang melanda Najib itu menyebabkan umum ingin mengetahui kebenaran yang terselindung selama ini.

Contoh salahguna kuasa yang paling ketara adalah berhubung penehanan pemilik bloh Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang ditahan selama dua tahun dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengaitkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.

Perkara ini secara tidak langsung telah mencemarkan kredibiliti perundangan negara ini, tegas Anwar.