Penglibatan Senator PAS di Dewan Negara, 15 Dis. 2008

Penglibatan Ahli Dewan Negeri (PAS) negeri Kelantan dan Kedah pada Sesi soalan jawab lisan Dewan Negara 15 Disember 2008

Senator Dato’ Rosli: Sesi soalan jawab lisan, Dewan Negara 11 Dis. 2008

Soalan tambahan Senator Dato’ Ahmad Rosli Ibrahim kepada soalan No. 1 – Datuk Soon Tian Szu minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kerangka strategi Kerajaan untuk memperhebatkan pembangunan lebih banyak jenama tempatan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan Malaysia di peringkat antarabangsa, yang berteraskan ‘jenama unggul’ daripada Malaysia, yang sekali gus akan lebih memberi kesan positif apabila persaingan perniagaan menjadi lebih sengit melewati perbatasan sempadan.