Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak Idea Penubuhan Kerajaan Perpaduan

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia pada 22 Jun 2009.

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Kenyataan ditandatangan DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG.

Para Wakil media menunggu sidang media yang akan diadakan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Pra Mesyuarat:

Pra Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia pada jam 1.00 tengahari 22 Jun 2009.

Kenyataan media Pakatan Rakyat akan menyusul.

PM nafi jumpa pembangkang

PM dan TPM gelak, nak jatuh kot?

PM dan TPM gelak, nak jatuh kot?

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sehingga kini tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Pakatan Rakyat dengan pihaknya bagi membincangkan masa depan politik dan pembentukan kerajaan baru oleh pembangkang.

“Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang-orang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi 2008 yang kedua di sini.

Beliau mengulas laporan agensi berita AFP hari ini bahawa pertemuan sudah mula diadakan di antara wakil Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat berhubung perkara berkenaan.

Undi Tidak percaya kepada Pak Lah pada sidang Dewan Rakyat mulai 23 Jun nanti?

Pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab hari ini apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) didakwa akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Badawi dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

“Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataan yang tersiar dalam satu laporan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato’ Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato’ Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.
Teruskan membaca

Sidang media penjelasan keganasan Polis di Batu Buruk

Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan sidang media khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini pada jam 1 petang hari ini bagi menerangkan insiden serangan/ keganasan polis yang berlaku di Batu Buruk,Terengganu sabtu lalu.

Menurut jurucakap Bersih, antara yang akan hadir dalam sidang akhbar tersebut adalah Dato’ Mustapa Ali (PAS), Tan Sri Khalid Ibrahim (KeADILan), Azmi Hamid (Teras), Ronnie Liu (DAP) dan Tian Chua (keADILan).

Dewan Rakyat tolak usul bincang isu ADUN Pelabuhan Klang

Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang untuk membincangkan isu pengguguran 37 pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros yang sebelum ini didakwa di bawah Akta Syarikat 1965.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika menolak usul yang dibentangkan oleh Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) itu berkata, setelah menimbang usul tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2), beliau berpendapat, ia tidak perlu disegerakan kerana mahkamah juga telah membuat keputusan.

“Saya anggap isu itu sudah selesai kerana mahkamah sudah menetapkan keputusan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Zakaria bersama lima rakan kongsi niaganya sebelum ini didakwa di mahkamah antara lain atas tuduhan gagal mengadakan mesyuarat agung syarikat dan gagal menyerah simpan penyata akaun untung rugi kepada pendaftar syarikat.

Kit Siang ketika membentangkan usul itu berkata, pengguguran tuduhan terhadap Zakaria merupakan tamparan terbaru yang boleh memusnahkan keyakinan orang ramai dan para pelabur terhadap kedaulatan undang-undang negara ini.

“Kegagalan memberi penerangan yang memuaskan hati 37 tuduhan terhadap Zakaria, mengukuhkan persepsi orang ramai bahawa terdapat mereka yang berkuasa dalam politik di negara ini menikmati hak istimewa dan imuniti sehingga undang-undang yang dikenakan ke atas mereka berbeza daripada undang-undang biasa dikenakan terhadap rakyat lain,” katanya.

Bodoh, binatang, pergi jahanam!, ucapan harian MP BN bila bertegang leher dengan pembangkang

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Taib hari ini memberi amaran kepada semua anggota parlimen (MP) agar tidak lagi menggunakan perkataan kesat dan berbaur prejudis ketika berbahas.

Amaran itu diberikan ketika beliau cuba meredakan ketegangan antara anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang yang saling tuduh-menuduh mengenai sikap patriotisme mereka.

Pertikaman lidah itu bermula apabila Datuk Mohd Said Yusoff (BN-Jasin) bangun mempersoalkan tindakan anggota parlimen parti pembangkang yang didakwa tidak berdisiplin dan tidak mempunyai sikap patriotik apabila tidak bangun semasa sorakan “Merdeka” dilaungkan sebelum persidangan bermula sebelah pagi.

“DAP ni macam mana kita nak buat contoh soal disiplin, pagi tadi masa kita laung merdeka dia tak bangun… Ini menunjukkan mereka tidak setia kepada negara,” katanya yang disambut sorakan anggota parlimen BN yang lain.

Kenyataan Mohd Said itu membuatkan Ketua Pembangkang Lim Kit Siang bangun mempertahankan barisan pembangkang dan menyifatkan apa yang berlaku pagi itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada anggota dewan.

“Apa yang berlaku tanpa notis… kita pun tak tahu,” katanya yang disambut ejekan beberapa anggota kelab penyokong kerajaan.

Mohd Said berkata sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, secara automatik akan melaungkan “Merdeka”, setiap kali diminta berbuat demikian.

Keadaan menjadi bertambah gamat apabila kedua-dua pihak saling bertikam lidah hampir 10 minit sebelum Ramli campur tangan dan meminta mereka bertenang.

“Minta semua duduk dan bertenang… Siapa yang tidak bangun dan melafazkan ‘merdeka’ tadi belum tentu dia tidak taat setia,” katanya yang disokong oleh anggota parti DAP.

Belum reda ketegangan itu, keadaan kecoh kembali apabila Timbalan Menteri Pelajaran yang sedang menjawab soalan mengenai isu disiplin pelajar sekali lagi mengaitkan DAP sebagai parti yang tidak mengikut peraturan.

Mendengar kenyataan itu, beberapa anggota pembangkang bangkit membantah dan meminta supaya tuduhan itu, dan tuduhan yang mendakwa anggota parti DAP tidak patriotik, ditarik balik.

Dalam ketegangan dan saling membalas tuduhan itu, beberapa anggota parlimen telah menggunakan pelbagai perkataan kesat seperti bodoh, binatang dan go to hell (pergi jahanam).

Kekecohan kali kedua itu memaksa Ramli sekali lagi campur tangan dan mengeluarkan amaran supaya kedua-dua pihak tidak lagi mengeluarkan kata-kata kesat dan menghentikan pertikaman lidah itu.