Perbincangan Sidang Meja Bulat Parlimen mengenai Ketua Polis Baru untuk Malaysia Lebih Selamat (3)

Perbincangan meja bulat Pakatan Rakyat hari ini memutuskan sebulat suara supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan digantikan.

9. Ucapan YB Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen DAP-Beruas)

10. Ucapan Wakil SUARAM

11. Ucapan Wakil HAKAM

12. Ucapan Wakil Akademik

13. Ucapan Wakil Tokoh

Empat resolusi yang diluluskan dalam perbincangan meja bulat tersebut ialah:
1. Mendesak Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan agar tidak memohon perlanjutan tempoh perkhidmatannya selama dua tahun disebabkan kegagalannya sebagai ketua polis negara dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) sepanjang tiga tahun lepas di dalam semua fungsi teras Polis termasuk pengekalan kadar jenayah yang rendah, pembendungan rasuah dan perlindungan hak asasi manusia.

Teruskan membaca

Perbincangan Sidang Meja Bulat Parlimen mengenai Ketua Polis Baru untuk Malaysia Lebih Selamat (2)

Perbincangan meja bulat Pakatan Rakyat hari ini memutuskan sebulat suara supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan digantikan.
5. Ucapan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim

6. Ucapan Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

7. Ucapan Bekas Anggota Polis 1

8. Ucapan Bekas Anggota Polis 2

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama kumpulan ahli parlimen DAP (15 orang), PKR (10), PAS (3), seorang senator, wakil-wakil NGO dan orang awam.

Sesi di bangunan parlimen tersebut dipengerusikan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai pemudahcara perbincangan tersebut.

Empat resolusi yang diluluskan dalam perbincangan meja bulat tersebut ialah:
1. Mendesak Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan agar tidak memohon perlanjutan tempoh perkhidmatannya selama dua tahun disebabkan kegagalannya sebagai ketua polis negara dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) sepanjang tiga tahun lepas di dalam semua fungsi teras Polis termasuk pengekalan kadar jenayah yang rendah, pembendungan rasuah dan perlindungan hak asasi manusia.

2. Mendesak Perlantikan ketua polis negara yang baru bagi membekalkan kepimpinan polis yang baru, mengimbas kembali tahap jenayah sepanjang lima tahun yang lalu demi memastikan Malaysia selamat dan memaparkan satu imej baru polis berjiwa demokrasi di Malaysia.

3. Mendesak Perdana Menteri supaya menyertakan di dalam KPI pembasmian jenayah, bukan sahaja pengurangan jenayah di jalan raya sebanyak 20% pada tahun 2010, tetapi juga kesemua kategori jenayah seperti yang diusul oleh laporan yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya Diraja Polis Dzaidin pada Mei 2005 yang lalu.

4. Menegaskan permintaan umum rakyat Malaysia bahawa Perdana Menteri sepatutnya Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan aja Polis dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang dicadangkan oleh Pesuruhjaya Diraja Polis Dzaidin agar keyakinan umum terhadap penguatkuasa polis dapat dipulihkan.

Pegawai Polis dalam JSJ Komersial dengan tiba2 diambil tindakan menjadi tandatanya?

Ucapan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian] pada perbahasan peringkat Jawatankuasa
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini dengan mengemukakan butiran 02000 menyentuh tentang Badan Pencegah Rasuah di bawah kepala perundangan dan pendakwaan.

Tuan Pengerusi, BPR telah menjalankan tanggungjawab dan saya ingin merakamkan ucapan tahniah kerana baru-baru ini telah datang ke negeri Kelantan dengan begitu tangkas dan cepat untuk mengambil penyiasatan terhadap ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan tentang dakwaan beliau disogokkan dengan sejumlah wang dalam tempoh 16 tahun yang lalu.

Saya juga bila menyentuh tentang butiran 020100 – Pendakwaan ini juga saya ucapkan tahniah di atas tangkasnya BPR menyiasat Ketua Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman baru-baru ini yang melibatkan Datuk Ramli Yusuff tentang pelbagai pendakwaan dan dakwaan yang melibatkan beliau dengan unsur-unsur rasuah.

Saya mengharapkan ketangkasan BPR ini dapat dipertingkatkan apabila kita melihat rupa bentuk ataupun budaya rasuah ini telah mula menjelmakan dirinya dengan wajah-wajah yang lebih baru dengan menggunakan taktik dan pendekatan-pendekatan yang lebih sofistikated dengan izin, dengan lebih canggih, bersesuaian dengan cara budaya hidup masyarakat dalam negara kita pada hari ini.

Saya suka untuk mengemukakan dalam Dewan yang mulia ini tentang satu buku yang ditulis oleh Syed Husin Al-Attas tahun 1969, sebuah buku yang bertajuk “Total Corruption vs. Pocket of Corruption” dengan izin. Buku ini ditulis oleh Al-Marhum Syed Husin Al-Attas tahun 1968 yang saya merasakan pandangan beliau terhadap gejala rasuah ini pada waktu itu adalah merupakan satu bentuk atau aktiviti yang dilakukan kebanyakannya oleh pegawai-pegawai di peringkat bawah.

Rasuah pada ketika itu dalam tahun-tahun 60-an mungkin awal 70-an yang melibatkan pegawai-pegawai yang terlibat dalam kes-kes penguatkuasaan, kes mungkin yang melibatkan tentang saman-saman kecil seperti saman-saman trafik dan seumpamanya kerana pihak yang memberi merasakan tidak puas hati dan pihak yang menerima merasakan puas hati terhadap aktiviti ini.

Namun apa yang berlaku pada hari ini kita melihat zaman telah jauh berubah, cara dan pendekatan, dan taktik-taktik yang digunakan selalunya kita lihat semakin up to date.

Dalam seminar yang baru-baru ini, seminar tentang korupsi, tentang corruption yang diadakan di dalam negara kita yang dihadiri oleh negara-negara seperti negara-negara barat seperti Kanada, ada wakil daripada negara Scandinavia yang kita lihat telah mengemukakan kertas-kertas kerja yang begitu menarik perhatian kita semua tentang bagaimana kita melihat dalam proses pendakwaan dan perundangan ini, mereka telah jauh ke hadapan dengan mereka memberikan kuasa-kuasa yang lebih luas kepada BPR, kepada agensi-agensi rasuah dalam negara mereka untuk bertindak bersesuaian dengan zaman dan pendekatan masa kini.

Negara jiran kita sebagai contoh Singapura, yang kita melihat kertas-kertas kerja yang dibentangkan telah menggunakan peralatan yang lebih canggih, peralatan-peralatan, kamera-kamera yang begitu canggih, yang sudah tentu melibatkan perbelanjaan ataupun bajet yang lebih banyak.

Saya menyokong sekiranya perbelanjaan ataupun bajet yang diperuntukkan kepada BPR bagi tahun ini bagi tujuan perbelanjaan mengurus, diperuntukkan RM146,727,000 ini tidak menjadi masalah untuk saya menyokongnya malahan saya suka mencadangkan kalau ada bajet tambahan pada masa-masa yang akan datang, BPR diperuntukkan lagi sejumlah wang untuk mereka membeli peralatan-peralatan yang lebih canggih ini, saya akan turut menyokong kerana sudah sampai masanya kita melihat BPR ini perlu lebih ke hadapan untuk menghadapi situasi pada zaman ini.

Tuan Pengerusi. Saya terus kepada di bawah Kepala 020000 di bawah tajuk BPR – Perundangan dan Pendakwaan.
Teruskan membaca