MP PAS Shah Alam: Sesi soalan jawab lisan, 4 Dis. 2008

Soalan No. 8 – Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah siasatan polis terhadap kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin dan kes penculikan Sharlinie Mohd Nashar.

MP PAS Jerai: Sesi soalan jawab lisan, 4 Dis. 2008

Soalan tambahan:

Soalan No. 7 – Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang komitmen Lembaga Tabung Haji dan lain-lain agensi Kerajaan ke arah melaksanakan tanggungjawab sosial terutamanya terhadap masyarakat luar bandar seperti di kawasan Kinabatangan.

MP PAS Titiwangsa: Sesi soalan jawab lisan, 4 Dis. 2008

Soalan No. 6 – Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) perancangan Kerajaan ke atas tapak tanah di Kg. Kerayong dan juga Kg. Indian Settlement dalam Parlimen Titiwangsa; dan
(b) apakah tawaran Kerajaan bagi penduduk yang ingin berpindah dan bagaimana pula nasib bagi mereka yang enggan berpindah.

MP PAS Rantau Panjang: Sesi soalan jawab lisan, 4 Dis. 2008

Soalan tambahan:

No. 4 – Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah hotel yang sedang beroperasi di seluruh negara mendapat pengiktirafan “Logo HALAL” dan berapakah yang masih belum mendapat pengiktirafan tersebut. Apakah usaha untuk mengatasi masalah ini.

MP PAS Shah Alam: sesi soalan jawab lisan, 4 Dis. 2008

Soalan tambahan:

Soalan No. 3 – Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimana untuk mengubah pandangan negara luar terhadap orang Islam yang sering dikategorikan sebagai pengganas dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

MP PAS Bachok: Sesi soalan jawab lisan, 4 Dis. 2008

Soalan tambahan:

Soalan No. 1 – Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing dan jumlah hasil pekerja-pekerja asing dari Sabah, Sarawak serta Semenanjung Malaysia.

MP PAS Parit Buntar: Sesi soalan jawab lisan, 3 Dis. 2008

Soalan tambahan:

No. 3 – Dato’ Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah jumlah / luas ladang kelapa sawit yang telah diusahakan oleh syarikat swasta dan pekebun-pekebun kecil di Sarawak.

MP PAS Padang Terap: Sesi soalan jawab lisan, 3 Dis. 2008

Soalan tambahan :

No. 11 – Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang tanpa izin yang datang ke negara ini pada tahun 2008 dan jumlah mereka yang dihantar pulang serta jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan apabila menghantar mereka pulang.

MP PAS Kuala Selangor: Sesi soalan jawab lisan, 3 Dis. 2008

Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kemalangan maut dan parah sejak tahun 2004 hingga 2007 dari Kuala Selangor hingga Kepong.

MP PAS Pengkalan Chepa: Sesi soalan jawab lisan, 3 Dis. 2008

Soalan tambahan kepada soalan No. 5:

No. 5 – Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) berapakah jumlah keuntungan pihak FELCRA dan RISDA hasil dari pelaksanaan projek-projek ladang sawit dan getah di negeri Pahang ; dan
(b) berapakah hasil daripada jumlah keuntungan ini telah diperoleh oleh masyarakat Orang Asli negeri Pahang yang terlibat dengan projek ladang ini