Presiden PAS mahu MP tingkat keilmuan

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kepada seluruh ahli parlimen agar meningkatkan keilmuan serta kefahaman dengan mengambil kira pengalaman kerja yang lalu di samping pengetahuan dalam bidang masing-masing.

Menurutnya, ia adalah perlu bagi mempertingkatkan keberkesanan peranan yang bakal dimainkan menjelang persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula.

“Terdapat sebahagian daripada ahli parlimen kita yang sebelum ini telah memiliki pengetahuan serta pengalaman sedia ada, namun ia perlu dimantapkan dengan ilmu mengenai badan legislatif untuk proses penggubalan perlembagaan,” ujarnya ketika ditemui di pejabat pembangkang bangunan Parlimen pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau mengakui bahawa terdapat kekuatan baru pada barisan ahli dewan rakyat sejak 1990 lalu.

“Saya melihat terdapat kekuatan baru yang berbeza sejak tiga penggal lalu, dengan perbezaan yang begitu ketara sejak 1959 apabila berlaku pertambahan bilangan ahli parlimen pembangkang,” katanya.

Sungguhpun begitu, perbezaan tersebut adalah positif ke arah mengetengahkan konsep nasihat-menasihati kerajaan secara membina.

“Walaupun kita berbeza ideologi dengan mereka (BN) namun saya rasakan ianya tidak menjadi masalah dengan penglibatan PAS dalam parlimen yang lebih menumpukan kepada agenda perubahan dalam banyak perkara,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi juga mengharapkan agar media arus perdana dapat menjalankan peranan dengan lebih demokratik dalam membuat liputan dengan lebih tepat dan telus.

“Meskipun mereka memperuntukkan selama setengah jam untuk siaran langsung sesi soal jawab lisan dalam televisyen, saya tidak yakin jika sekiranya pihak penganjur akan lebih mementingkan BN sekaligus mengurangkan ruang kepada pembangkang,” katanya lagi.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Marang, mereka seharusnya mengambil contoh beberapa negara lain dari segi kebebasan media mereka supaya rakyat mendapat kematangan dengan maklumat yang diperolehi secara seimbang dan telus.

“Kita lihat rakyat di luar dan bandar sudah dapat menerima pembangkang setelah terkesan dengan pengaruh maklumat penerangan media kerana info mempengaruhi pemikiran pengundi.

“Kita harap media mesti berani melakukan perubahan untuk menyelamatkan negara untuk membijakkan rakyat dan bukannya membodohkan mereka”.

Beliau bersama 82 ahli parlimen Pakatan rakyat yang lain hari ini telah rasmi mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat di depan Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia yang dipilih sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib

Manakala Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan ahli Parlimen Beluran, Dato’ Ronald Giandi dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua selepas sesi undian bertulis dijalankan.

Ini kerana terdapat cadangan daripada Pakatan Rakyat untuk melantik Dr Tan Seng Giaw bagi mengisi salah satu daripada jawatan timbalan YDP tersebut.

2 Respons

  1. Sehubungan dengan itu saya ada terjumpa 1 catatan blog yang meminta supaya beberapa soalan tentang program angkasawan ditanyakan di parlimen.

    http://ikam-space.blogspot.com/2008/04/10-soalan-berkenaan-program-angkasawan.html

  2. ========
    ========

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
    (Themenya Terlampau Cantik & Boleh Pula Letak Adsense)

    ========
    ========
    ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik

Tinggalkan komen