Profil MP PAS

Profil ringkas Ahli Dewan Rakyat, Parlimen ke 12 (2008-2012)

Presiden PAS1. Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang – Presiden PAS) menang di Marang mengalahkan Calon BN, Ahmad Ramzi bin Mohamad dengan majoriti 2,747. Tuan Guru Abdul Hadi memperolehi 33,435 undi manakala Ahmad Ramzi memperolehi 30,688 undi.

2. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa (Bachok – Timbalan Presiden PAS)menang di Bachok mengalahkan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti 2901 undi. Ustaz Nasharudin memperolehi 28,835 undi manakala Dr Awang Adek memperoleh 25,934 undi.

3. Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat – Setiausaha Agung PAS) menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki dengan majoriti 9,377. Dato’ Kamarudin memperoleh 36,714 undi manakala Asyrah memperoleh 27,337 undi.

Dilahirkan pada 3 November 1951 di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan
Pendidikan :
SRJK Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan (1958-1963)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1964-1970)
University Of Kent, Canterbury, England (1971-1974)
University Of London (1975-1976)

Jawatan Dalam Kerajaan yang pernah disandang:
Pen. Setiausaha, Bhg. Penyelidikan, Jab. Perdana Menteri (1974-1975)
Penyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975-1985)
Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri.( 1986-1991)

Jawatan Dalam Politik:
Setiausaha Agung PAS Sesi 2005-2007 dan sesi 2007-2009
Ahli J/Kuasa PAS Pusat Sesi 2003-2005
Ajk Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan 2003-2005
Bendahari PAS Kawasan Tumpat (2003 hingga kini)

Exco Pemuda Umno Malaysia
Ketua Pemuda Umno Negeri Kelantan.
Ketua Umno Bahagian Tumpat 1998
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

Alamat Surat Menyurat: Setaiusaha Agung PAS, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-26925000, 0322841975 Fax: 03-26938399 , 03-22835613

4. Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian – Pengerusi Lajnah Parlimen PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAs Pusat) menang bagi penggal kedua menewaskan pencabarnya dari BN, Abdul Ghani bin Mamat dengan majoriti 10,642 undi. Salahuddin memperoleh 27,179 undi manakala Abdul Ghani memperoleh 16,537 undi.

Dilahirkan pada 1 Disember 1961 di Kg. Serkat, Pontian, Johor. Berketurunan kacukan Melayu-Cina

Mendapat pendidikan awal di Sek. Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973), Sek. Men. Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976), Sek. Men. Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) dan Sek. Men. Datuk Penggawa Barat (1979-1980). Mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Khas pada 1977, sebelum telah mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan mendapat ijazah BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Fatimah Taha pada 1985 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata.

Memulakan kerjaya sebagai pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.

Mula terlibat dengan gerakan Islam melalui penyertaan dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai Setiausaha ABIM Pontian antara 1981-1983. Pada 1983, bergerak aktif bersama PAS sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Dewan Pemuda PAS (2003-sekarang).

Dalam Pilihan raya Umum 2004, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Di samping itu turut diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001), Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001), Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003). Selain itu, pernah diamanahkan sebagai Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995), Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003).

Antara pengalaman yang pernah dilalui adalah Himpunan Gabungan Pemuda Malaysia untuk menyokong rakyat Lubnan oleh semua pimpinan Parti Politik Negara pada tahun 2006, Debat Perdana dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 2003 dan pernah di penjara pada 2001 kerana telibat dalam perhimpunan Ops Kriket. Pernah beberapa kali mengetuai misi kemanusiaan Dewan Pemuda PAS ke Kosova (1999), Afghanistan (2002), Vietnam (2002), Iraq (2003) dan Lubnan (2006).

Beliau juga telah di lantik oleh Kerajaan Malaysia semasa menjadi Ahli Parlimen untuk menganggotai Jawatan Kuasa Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan PLKN. Beliau juga menjadi anggota International Parliamentary Organization (IPO) dan anggota kepada Caucus Pembelaan Perjuangan Kemanusian.

Alamat Surat Menyurat: Ketua Dewan Pemuda PAS, Aras 2, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-26925000, Fax: 03-26938399

5. Dato. Ab. Halim bin Ab Rahman (Pengkalan Chepa – Ahli Majlis Syura PAS dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat) turut mengekalkan kerusinya buat kali kedua di Pengkalan Chepa apabila menewaskan calon BN, Rahim Mohd Zain dengan majoriti 11,311 undi apabila Dato’ Abdul Halim memperolehi 26,763 undi manakala Rahim memperolehi 15,452 undi.

Jawatan Dalam Parti: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Alamat Surat Menyurat: S/1 313, Kampung Penambang, 15350 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7486505 Faks: 09-7473561

6. Mahfuz Haji Omar, (Pokok Sena – Ketua Penerangan PAS Pusat) juga turut menang di Pokok Sena menewaskan Calon BN, Abdul Rahman Ibrahim dengan majoriti 5731 undi. Mahfuz memperolehi 29,687 undi manakala Abdul Rahman memperolehi 23,956 undi.

7. Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai – Bendahari PAS Pusat) beralih angin ke Kuala Krai, Kelantan menewaskan Calon BN Che Musa bin Che Omar dengan majoriti 4,984 undi. Dr Hatta memperolehi 23,562 undi manakala Che Musa memperolehi 18,578 undi.

8. Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor – Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat) juga turut menang di Parlimen Kuala Selangor apabila mnewaskan Calon BN, Jahaya bin Ibrahim dengan majoriti 862 undi. Dr Dzulkifli memerolehi 18,796 undi manakala Jahaya memperolehi 17,934 undi.

9. Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali (Titiwangsa – Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat) pula berjaya menewaskan Calon BN di Titiwangsa, Datuk Aziz Jamaludin bin Haji Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Dr Lo’ Lo’ memperolehi 17,857 undi manakala Datuk Aziz memperolehi 15,885 undi.

10. Dr Hjh Siti Mariah bt Mahmud (Kota Raja – Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat) juga turut menang di Kota Raja, Selangor apabila menewaskan S.Vigneswaran a/l M.Sanasee dengan majiriti 20, 751 undi. Dr Siti Mariah Merolehi 38,630 undi manakala S.Vigneswaran memperolehi 17,879 undi.

11. Mujahid Haji Yusof Rawa, (Parit Buntar – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat) menang di Parit Buntar Perak apabila menewaskan Abdul Rahman Suliman dengan majoriti 7,551 undi. Mujahid memperolehi 21,221 undi manakala Abdul Rahman 13,670 undi.

12. Siti Zailah bt Mohd Yusuf, (Rantau Panjang – Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan) menang di Rantau Panjang Kelantan menewaskan Calon BN, Mohd Afandi bin Yusof dan calon Bebas Isma Airfath bin Hassanuddin dengan majoriti 4,486 undi. Siti Zailah memperolehi 19,344 undi, CAlon BN memperolehi 14,858 undi manakala calon Bebas hilang deposit memperolehi 330 undi.

13. Dr Mohd Hayati bin Othman (Pendang) Othman menang di Pendang buat kali kedua apabila menewaskan Calon BN, Md Rozai bin Shafian dengan majoriti 4,073 undi. Dr Mohd Hayati memperolehi 27,311 undi manakala Md Rozai memperolehi 23,238 undi.

Kp 570612-02-6223.
Tempat lahir Kpg Batu Hampar, Pendang, Kedah.

Sekolah Kebangsaan Pendang, darjah 1 hingga 6.
Menengah: Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah. 1969 hingga 1974
Kolej Islam Kelang 1974 hingga 1975.
Matrikulasi Sek Men Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah 1976.
Universiti Kebangsaaan Malaysia, Fakulti Perubatan UKM. 1977 hingga 1983

Housemenship 1983 -1984 Hospital Kuala Lumpur.
1984-1985, Institut Radiotherapy, Onkology dan Perubatan Nuklear.
1985-1988 Padietrik Unit, Hospital Alor Star.
1988-1991 Hospital Baling, Kedah.
1991-1994 Hospital Alor Star,
1994-1995 Poliklinik Simpang Kuala.
1995 letak jawatan.
1995 Klinik swasta di Pendang, Kedah.
1982 Pengarah Minggu Suaikenal Perstuan Mahasiswa Perubatan UKM PERSIAP.
1981 Setausaha OPKIM JAKSA Asrama Klinikal, UKM, di Jengka 8, Pahang.
1982 Presiden JAKSA, Asrama Klinikal UKM.

Parti.
Naib YDP PAS Kawasan Pendang sesi 2007-2009
Pengerusi Badan Kebajikan PAS Pendang.
Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kedah.
Bekas Ketua Penerangan PAS Kedah, 2005- 2006.
Ahli Perhubungan PAS Kedah.
Bendahari Masjid Batu Hampar, Pendang.

Alamat Surat menyurat: 53A, Taman Mawar, 06700 Pendang, Kedah.
Tel: 04-7597032/ 04-7597255 Faks: 04-7572106

14. Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah, (Kota Bharu – bekas Speaker DUN Kelantan) berjaya di Kota Bharu, Kelantan menewaskan Calon BN, Datuk Mohamad Fatmi bin Che Salleh dengan majoriti 11,288 undi. Dato’ Wan Rahim memperolehi 32,129 undi manakala Datuk Fatmi memperolehi 20,841 undi.

15. Khalid Abdul Samad (Shah Alam – Yang Dipertua PAS Shah Alam) menang di Shah Alam Selangor menewaskan calon BN yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Aziz Shamsuddindengan majoriti 9,314 undi. Khalid memperolehi 33,356 undi manaka Datul Abdul Aziz memperolehi 24,042 undi.

16. Taib Azamuddin Md Taib (Baling – AJK PAS Pusat) menang di Baling menewaskan Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim dengan majoriti 7,613 undi. Ustaz Taib memperolehi 36,074 undi manakala Abdul Azeez memperolehi 28,461 undi.

17. Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas – Bebas)
juga turut menang di Pasir Mas atas tiket PAS dengan majoriti 8,991 undi menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi bin Mahmad. Dato Ibrahim memperolehi 28,673 undi manakala Ahmad Rosdi memperolehi 19,682 undi.

18. Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat – AJK PAS Hulu Langat) juga turut menang di Hulu Langat, Selangor menewaskan Calon BN, Markiman bin Kobiran dengan majoriti 1,745 undi. Dr Che Rosli memperolehi 36,124 undi manakala Markiman memperolehi 34,379 undi.

19. Muhammad bin Husin (Pasir Puteh – AJK PAS Pasir Puteh) juga menang di Parlimen Pasir Puteh dengan menewaskan Calon BN Amran bin Mat Nor dengan kelebihan 3,968 undi. Muhamad Husin memperolehi 28,365 undi manakala calon BN memperolehi 24,397 undi.

20. Roslan bin Shaharum (Bukit Gantang – AJK Penerangan PAS Negeri Perak) buat kali pertamanya berjaya di Bukit Gantang, Perak menewaskanBendahari Umno Malaysia (calon BN), Abdul Azim bin Mohd Zabidi dan calon Bebas Mohganan A/l P.manikam dengan majoriti 1,566 undi. Calon PAS, Roslan memperolehi 20,015 undi manakala Calon BN memperolehi 18,449 undi dan calon Bebas hilang deposit memperoleh 872 undi.

21. Nasir Bin Zakaria (Padang Terap – YDP PAS Subang) menang di Padang Terap menewaskan calon BN, Ghazali bin Ibrahim dengan majoriti 369 undi. Calon PAS Nasir mendapat 15,003 undi manakala calon BN memperoleh 14,634 undi.

22. Mohd Firdaus bin Jaafar (Jerai – AJK Dewan Pemuda PAS Pusat) menang di Jerai Kedah menewaskan penyandang sebelum ini calon BN Datuk Badruddin bin Amiruldin dengan kelebihan 2,299 undi. Mohd Firdaus memperolehi 26,510 undi manakala Datuk badruddin memperolehi 24,211 undi.

23. Che Uda bin Che Nik (Sik – Bekas Guru) menang di Sik, Kedah menewaskan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Othman bin Desa dengan kelebihan 481 undi. Calon PAS, Cikgu Che Uda memperoleh 16,864 undi manakala Calon BN memperoleh 16,383 undi.

Profil ringkas Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Ke 11 Sesi 2004 – 2008

1. Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian – Ketua Whip)

Dilahirkan pada 1 Disember 1961 di Kg. Serkat, Pontian, Johor. Berketurunan kacukan Melayu-Cina

Mendapat pendidikan awal di Sek. Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973), Sek. Men. Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976), Sek. Men. Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) dan Sek. Men. Datuk Penggawa Barat (1979-1980). Mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Khas pada 1977, sebelum telah mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan mendapat ijazah BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Fatimah Taha pada 1985 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata.

Memulakan kerjaya sebagai pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.

Mula terlibat dengan gerakan Islam melalui penyertaan dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai Setiausaha ABIM Pontian antara 1981-1983. Pada 1983, bergerak aktif bersama PAS sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Dewan Pemuda PAS (2003-sekarang).

Dalam Pilihan raya Umum 2004, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian. Di samping itu turut diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001), Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001), Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003). Selain itu, pernah diamanahkan sebagai Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995), Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003).

Antara pengalaman yang pernah dilalui adalah Himpunan Gabungan Pemuda Malaysia untuk menyokong rakyat Lubnan oleh semua pimpinan Parti Politik Negara pada tahun 2006, Debat Perdana dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 2003 dan pernah di penjara pada 2001 kerana telibat dalam perhimpunan Ops Kriket. Pernah beberapa kali mengetuai misi kemanusiaan Dewan Pemuda PAS ke Kosova (1999), Afghanistan (2002), Vietnam (2002), Iraq (2003) dan Lubnan (2006).

Beliau juga telah di lantik oleh Kerajaan Malaysia semasa menjadi Ahli Parlimen untuk menganggotai Jawatan Kuasa Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan PLKN. Beliau juga menjadi anggota International Parliamentary Organization (IPO) dan anggota kepada Caucus Pembelaan Perjuangan Kemanusian.

Alamat Surat Menyurat: Ketua Dewan Pemuda PAS, Aras 2, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-26925000, Fax: 03-26938399

2. Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat)

Dilahirkan pada 3 November 1951 di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan
Pendidikan :
SRJK Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan (1958-1963)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1964-1970)
University Of Kent, Canterbury, England (1971-1974)
University Of London (1975-1976)

Jawatan Dalam Kerajaan yang pernah disandang:
Pen. Setiausaha, Bhg. Penyelidikan, Jab. Perdana Menteri (1974-1975)
Penyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975-1985)
Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri.( 1986-1991)

Jawatan Dalam Politik:
Setiausaha Agung PAS Sesi 2005-2007 dan sesi 2007-2009
Ahli J/Kuasa PAS Pusat Sesi 2003-2005
Ajk Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan 2003-2005
Bendahari PAS Kawasan Tumpat (2003 hingga kini)

Exco Pemuda Umno Malaysia
Ketua Pemuda Umno Negeri Kelantan.
Ketua Umno Bahagian Tumpat 1998
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

Alamat Surat Menyurat: Setaiusaha Agung PAS, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-26925000, 0322841975 Fax: 03-26938399 , 03-22835613

3. Dato. Ab. Halim bin Ab Rahman (Pengkalan Chepa)
Jawatan Dalam Parti: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Alamat Surat Menyurat: S/1 313, Kampung Penambang, 15350 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7486505 Faks: 09-7473561

4. Haji Abdul Fatah Haji Haron (Rantau Panjang)
Jawatan Dalam Parti: Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kelantan dan Yang Dipertua PAS Kawasan Rantau Panjang
Alamat Surat Menyurat: Lot 984, Hadapan Sekolah Kebangsaan Mekasar, 17000 Pasir Mas,
Kelantan.
Tel: 09-7900319 Faks: 09-7909460

5. Ustaz Ismail bin Noh (Pasir Mas)
Jawatan Dalam Parti: Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas
Alamat: Maahad Darul Quran, Slow Machang, 17000 Pasir Mas, Kelantan.
Tel: 09 – 7900509 Faks:

6. Dr Mohd Hayati bin Othman (Pendang)
570612-02-6223.
Tempat lahir Kpg Batu Hampar, Pendang, Kedah.

Sekolah Kebangsaan Pendang, darjah 1 hingga 6.
Menengah: Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah. 1969 hingga 1974
Kolej Islam Kelang 1974 hingga 1975.
Matrikulasi Sek Men Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah 1976.
Universiti Kebangsaaan Malaysia, Fakulti Perubatan UKM. 1977 hingga 1983

Housemenship 1983 -1984 Hospital Kuala Lumpur.
1984-1985, Institut Radiotherapy, Onkology dan Perubatan Nuklear.
1985-1988 Padietrik Unit, Hospital Alor Star.
1988-1991 Hospital Baling, Kedah.
1991-1994 Hospital Alor Star,
1994-1995 Poliklinik Simpang Kuala.
1995 letak jawatan.
1995 Klinik swasta di Pendang, Kedah.
1982 Pengarah Minggu Suaikenal Perstuan Mahasiswa Perubatan UKM PERSIAP.
1981 Setausaha OPKIM JAKSA Asrama Klinikal, UKM, di Jengka 8, Pahang.
1982 Presiden JAKSA, Asrama Klinikal UKM.

Parti.
Naib YDP PAS Kawasan Pendang sesi 2007-2009
Pengerusi Badan Kebajikan PAS Pendang.
Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kedah.
Bekas Ketua Penerangan PAS Kedah, 2005- 2006.
Ahli Perhubungan PAS Kedah.
Bendahari Masjid Batu Hampar, Pendang.

Alamat Surat menyurat: 53A, Taman Mawar, 06700 Pendang, Kedah.
Tel: 04-7597032/ 04-7597255 Faks: 04-7572106

Ahli-Ahli Dewan Negara (Yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan)
1. Hjh Wan Ubaidah bt Omar
Penggal pertama: 30 Jun 2003 hingga 29 Jun 2006)
Penggal kedua : 30 Jun 2006 hingga 29 Jun 2009
Jawatan Dalam Parti: Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat
Alamat Surat Menyurat: 2834 Lorong Masjid Padang Bongor, Bt 2 Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7436478

2. Puan Mumtaz binti Md Nawi
Penggal pertama: 30 Jun 2006 hingga 29 Jun 2009
Jawatan Dalam Parti: Ahli Jawatan Dewan Muslimat PAS Pusat
Alamat Surat Menyurat: PT 1546, Tingkat 2, Wisma Yusmah, Tjg. Chat, Jln Long Yunus,
15400 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-7431488/ 09-7431489 Fak 09-7431490

Alamat Pejabat Sekretariat:
Jabatan Hal Ehwal Parlimen, PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS),
Aras 3, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26925000 Fax: 03-26938399
email: parlimen.pas@gmail.com
(Pegawai: Wan Mohd Johari bin Wan Omar)

19 Respons

  1. Mohon data lengkap biodata MP PAS utk info kami yg jauh- Suhailin , Paris

  2. Perantau Paris diminta bersabar,
    kita akan perlengkapkan.
    Harap bersabar. Kita akan update dari masa ke semasa.

    Yang penting blog KITA disebar melata.

  3. Tahniah atas kejayaan membangunkan laman ini, ini usaha yang amat-amat bagus.

    Saya nak bagi sedikit pandangan, kalau boleh soalan dewan, dan jawapan ahli parlimen kita di ruangkan dalam web ini, kalau ada saya minta maaf kerana mungkin tak tengok – Rizal Sik Kedah

  4. Askum wbt.

    Saya nak cadangkan kepada PAS PRU12 ni gunakan sepenuhnya kemudahan WEBTV PAS menyiarkan secara LIVE di setiap UPU menggunakan widescreen, sekiranya ada penyelewengan nama-nama pengundi, samada pengundi yang datang dari luar kawasan yang mencurigakan. Adakan sebanyak munkin spy camera man dan disiarkan live. Dengan ini rakyat umum atau yang atas pagar dapat maklumat terkini.

  5. salam,
    adelah baik kalau semua ahli2 parlimen pas ni ade e-mail mereka sendiri disamping email yg sedia ade.

    mudah nak disalurkan masalah2 kami di lokaliti masing2.
    asif

  6. Assalaimu’alaikum,

    Harapan saya agar di paparkan juga semua ADUN dan MP serta Senator dari PAS, agar sennagn untuk berimteraksi.

    Saya juga berharap agar semua Yang Di pertua Bahagian Pas mempunyai email address dan dipaparkan juga agar senang untuk dihubungi bagi sesuatu perkara oleh semua ahli Pas atau symphatiser kepada Pas.

    Dengan adanya email kita boleh berinteraksi selalu dan juga boleh buat Home Satay service atau Surau stay servive bagi yg ber musafir. Adalah lebih baik berada di dalam kelompok jemaah sokmo daripada tidor di hotel2.

    Kita (ahli Pas) kan diajar agar berinteraksi selalu dan juga selalu berada di dalam jemaah, walaupun di mana kita berada.

    TQ Wassalam.

  7. Tahniah..webmppas diharap dapat siar artikel/ isu terkini ,untuk pilihanraya umum 12 , siarkan juga gambar 2 penindasan BN
    Tahniah

  8. Terlalu hebat membuat konen terhadap pihak yang lain tetapi kadaang2 cuba fikir sejauh manakah kehebatan atau kewibawaan para pimimpim Pas dalam membagunakan kawasan yang mereka jelajahi atau DUN mereka.
    Masih banyak yang harus di ambik kira oleh para pemimpim Pas dalam membangunkan kawasan mereka yang masih jauh ketinggalan dalam arus pembangunan yang sebenarnya.
    Cuba kita lihat terutamanya dari segi yang paling kecil, iaitu Ketua Kampung , kebanyakan tidak aktif dalam menjaga kebajikan atau cuba membuat sesuatu yang dapat meningkatkan hasil sesebuah kampung.
    Jika lihat di bandar, masih banyak kelemahan, seperti kawasan pentadbiran MPKB, yang membenarkan para penjajaj di tepi jalan2 seolah seperti bandar koboi, yang tak terurus. sistem pengurusan bandar yang tak terancang di semua bandar. Entah apa yang dok diulit dalam mimpi-mimpi indah para pemimpin Pas.
    Jangan hanya menunding jari kepada pihak Umno sahaja.
    fikirkan lah demi kesinambungan yang sebenarnya.

  9. Salam

    Insyallah PRU 12 lebih mencabar dan sengit. Harap jemaah dapat melipat ganda usaha untuk menarik pengundi.

  10. Salam,

    I have high respect to many PAS MPs due to their ability in presenting facts and debating issues with sufficient knowledge. I hope if the webmaster can list down all their MPs and ADUNs profile so that the viewer can know more about them. I see that many of professionals and ex-students of well-known schools such as MCKK, TKC, SIC, and many other premier schools are involved in PAS movement. Such a great development!

  11. Assalammualaikum. Saya tak setuju desakan ahli PAS yang menuntut agar Pak Lah meletak jawatan. Biarkan Pak Lah menerajui negara. Kita biarkan BN ditererajui oleh PM yang lembek. Inilah peluang PAS nak jatuhkan BN pada pilihanraya akan datang. Gunakan kesempatan ini

  12. Assalamualaikum. bila nak update dan masukkan biodata kesemua 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat. Ini penting untuk rakyat mengenali dengan lebih rapat kepimpinan mereka yang bakal menerajui negara kelak. wassalam

  13. salam,

    harap dapat paparkan emel address MPs supaya ianya dapat dijadikan saluran untuk rakyat menyampaikan suara, pandangan, teguran atau cadangan membina khasnya untuk memartabatkan syariah di malaysia.

  14. Salam,
    Saya baru sahaja melawat ke web suara keadilan,
    berkenaan penjelasan Ketua AMK shamsul iskandar.
    Dalam temuramah video nya yg pada asal nya utk mempertahankan boss nya tentang hubungan dengan yahudi.tetapi pekung telah terbuka diman dalam sidang video tu beliau mengaku bossnya anwar sivaji da booos memang ada hubungan dgn yahudi atas dasar universalnya bossnya itu.Persoalannya apakah hubungan ini boleh diterima oleh PAS atau yahudi pemain kriket sahaja yang perlu ditentang dan tidak boleh dibuat kawan.Paul wolfowit boleh kawan.Sila beri penjelasan anda. siarkan komen ini.

  15. hak pasir mas tu apa cerita?,..suke2 nak lompat….bebas

  16. Please get all MPs and ADUNs to create blogs to interact with constituents. As a second step get all Kawasan publish homepage all blogs especially in areas where PAS need penetration for the next election. Thirdly get them published in all websites and finally encourage all Markas to take steps to go IT and start promoting IT use for the contituents. This is the only way to combat UMNO media..
    http://pakatanonline.blogspot.com/

  17. Salam.Tahniah!!Laman web yg berguna dan menarik utk semua rakyat Malaysia amnya dan yg diperantauan khasnya.Harap dpt memaparkan profil untuk semua MPs.Masih boleh diperbaiki…

    Allahuakbar!!

  18. Walaupun surat ini tidak di tulis dalam bentuk surat rasmi tapi mesejnya adalah ingin meluahkan, memberitahu keadaan sebenar tentang kehidupan saya yang agak perit sepanjang 10 tahun selepas menamat kan SPMV pada tahun 1997 (gred 2 / 27 agreged )

    Mungkin kerana saiz badan saya yang agak kecil (5 kaki tepat), rupa parah yang tidak seberapa saya begitu susah untuk mendapatkan tempat dalam sesuatu pekerjaan. Tambahan lagi prasyarat ketinggian dalam apa jua kerja yang di tawarkan memerlukan ketinggian minima setinggi 5 kaki lebih atau dengan ketinggian lebih 163 cm DAN berat minima 48 KG bagi seseorang lelaki atau 45KG bagi seseorang wanita.

    Sepanjang 10 tahun saya cuba minta pelbagai pekerjaan di sector awam, tapi kesemuanya hampa. Balik dengan ati yang sedih, pemikiran yang kusut. Yang terakhir terjadi atau berlaku pada bulan lepas, SAYA DI TAWARKA UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA SEBAGAI PEMBANTU PENGUATKUASA KASTAM BERTEMPAT DI KUANTAN PAHANG, dengan bersemangat saya dari gua musang menghadirkan diri untuk memenuhi syarat atau menepati tarikh temuduga. Habiskan belanja ratusan ringgit sebagai kos pergi balik, sewa hotel murah, tinggal isteri dalam syarat mengandung.

    TAPI SESAMPAINYA DI SANA, MASUK DEWAN 20 MINIT UNTUK DENGAR SEDIKIT TAKLIMAT, PASTU IKUT GILIRAN UNTUK DI TEMUDUGAKAN. SESAMPAINYA NAMA SAYA DI PANGGIL, ARAHAN PERTAMA DARIPADA PANEL PENEMUDUGA UNTUK TIMBANG BERAT BADAN, SAYA LAKUKAN APA YANG DI SURUH.. KEPUTUSANYA KURANG BERAT 2 KILO, TANPA SOAL PANJANG, TANPA PERTIMBANGKAN DALAM BANYAK PERKARA, TIDAK DI TANYA DARI MANA LAGI DATANG, DENGAN RINGKAS PANEL PENEMUDUKA KATA, ANDA TAK CUKUP BERAT, TERIMA KASIH KERANA DATANG ATAU HADIRI TEMUDUGA. TERUS SAHAJA DI PANGGIL NYA PENAMA SELEPAS DARI SAYA.. HAMPA, DENGAN SEDIH, SAYA MELANGKAH KELUAR DARI PUSAT TEMUDUGA.. WALAU TIDAK MENANGIS DENGAN TERESAK-ESAK HATI SAYA BERSEDIH, TERSENTUH, TIADA TEMPAT, SAMPAI BILA AKAN DI BAGI PELUANG?

    Memandangkan umur saya hampir mencecah 30 tahun, peluang untuk mendapatkan peluang begitu tipis. Tujuan saya kemukakan pengaduan peribadi saya ini bukan ingin meminta sedekah, tapi ingin di beri perhatian, ingin kan tempat yang sesuai untuk di tapatkan ke mana-mana sector pekerjaan yang sesuai, berterusan yang menjamin masa hadapan. Bukan semacam sector swasta yang mana ia perlukan pada pekerja di ambil atau ditawarkan nya, sampai tempoh setelah idea, tenaga kita di perah, di curi, sewenang2 tendang kita, walau tidak secara langsung tapi dengan memberi tekanan kerja yang tidak munasabah, dengan menggunakan saikologi yang tinggi, akhir sekali bila tak tahan dengan saikologi yang melampau dengan sendiri berundur dengan melepaskan jawatan.

    Sebelum ini banyak tempat saya adukan, tanpa balasan, tak pernah mendapat saranan, mendapat langkah-langkah susulan yang patut daripada apa yang di adukan. Ada sesetengah pihak langsung tiada respond daripada Emel / surat yang di kemukakan.

    saya perlukan, benar-benar memohon tempat dalam apa jua kerja yang berkaitan seiring dengan kelulusan dan pengalaman saya sebelum ini (pengelaman semasa kerja dengan sector swasta yang di maksudkan diatas). Saya betul2 buntu sekarang.

    saya cacat pun tidak, sempurna dengan “tinggi & berat” mana-mana prasyarat untuk dapatkan kerja dalam sector awam pun tidak. Di manakah patut saya berada? Beruntung warga orang kurang upaya (OKU), mereka sentiasa mendapat tempat, di dahulukan, berkemungkinan orang2 sesama cam saya terlepas pandang, sebab yang di titikberatkan adalah Penganggur yang berstatus graduan (Graduan Menganggur).

    Pernah saya kemukakan perkara sebegini kepada pihak yang sepatut seperti SPA, Tanya, kemukakan pandangan, kemukakan issue, kemukakan permassalahan.. Tapi tida tindakan atau respond.
    Sepanjang 10 tahun selepas spm saya hanya di terima kerja dengan sector swasta dan hanya bekerja sendiri. Bukan tak layak menyambungkan pelajaran, tapi kewangan keluarga tidak menizinkan.

    palbagai pihak saya adukan, tapi semua nya hampa.
    sekarang saya betul2 bermasalah.
    Sekian Terima kasih, Assalamualaikum

  19. Kita perlu lagi MP PAS untuk Dewan Rakyat .. Allahu Akbar!!

Tinggalkan komen