MP PAS Sik: Ingin tahu kemana Pakej Rangsangan RM 7 bilion

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya nak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Batu Pahat, adakah bersetuju jika pakej rangsangan ekonomi yang dilaksanakan ini termasuk RM7 bilion yang dulu dan yang akan diluluskan kemudian nanti sepatutnya diberitahu kepada rakyat ataupun Ahli Dewan ke mana pakej itu ditujukan.

Kalau tidak kita pun tak tahu, mungkin bila kita tak tahu itu, pakej itu akan tak tahulah pergi ke mana, jadi apa salahnya kalau pakej yang dilaksanakan itu dihebohkan sikit atau diberitahu ke mana perginya pakej itu. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya, saya rasa itu satu perkara yang patut menjadi perhatian, iaitu bahawa rakyat perlu tahu dan Ahli-ahli Parlimen juga perlu tahu, kerana seperti mana yang sering dibangkitkan dalam sehari dua ini bahkan dalam media seperti disebut oleh Yang Berhormat Klang tadi, iaitu hanya 70% sahaja yang sampai maka di mana lebihnya.

Sebab itulah saya mengatakan tadi bahawa pakej rangsangan mini bajet ini harus tertumpu sampai kepada rakyat dan dapat memberikan satu jaminan bahawa rakyat sebenarnya menikmati mini bajet yang kedua ini. Kerana kita tahu bahawa krisis kewangan antarabangsa ini adalah bersifat global. Ia bukan 1977 dulu hanya berlaku di peringkat di Asia dan Asia Pasifik, tetapi kali ini di peringkat global dan recession yang berlaku di Amerika yang akan berlaku dalam begitu lama.

Sudah tentulah kesannya akan mula dirasakan di negara kita ini pada akhir tahun ini
dan tahun hadapan. Kita tidak tahu! Ada yang meramalkan bahawa ia mengambil masa yang lebih lama sebenarnya untuk pulih berbanding dengan pengalaman kita pada tahun 1998.

Oleh kerana itulah, kita berharap mini bajet ini yang akan dibentangkan adalah satu
perkara yang cukup penting untuk kita berikan perhatian.
[MP PAS Sik Mencelah Ucapan MP BN Batu Pahat membahaskan Titah Diraja pada 18 Februari 2009]

Tinggalkan komen